Tempoh percubaan, atau lebih dikenali sebagai probation period, adalah satu fasa penting dalam proses pekerjaan. Ia merupakan satu jangka masa di mana prestasi dan kesesuaian pekerja baharu dinilai sebelum disahkan sebagai pekerja tetap.
Proses review pekerja probation bukan sahaja membantu majikan memastikan pekerja tersebut mampu memenuhi jangkaan kerja, malah menjadi asas untuk membuat keputusan sama ada untuk mengekalkan atau menamatkan kontrak pekerja tersebut.
Tanpa penilaian yang teliti dan objektif, organisasi berisiko mengekalkan individu yang tidak produktif atau tidak sesuai dari segi budaya kerja. Hal ini boleh memberi kesan kepada produktiviti, moral pasukan, dan imej syarikat dalam jangka panjang.
Bila dan Siapa Perlu Buat Review Probation?
Secara amnya, tempoh probation di Malaysia berlangsung antara tiga (3) hingga enam (6) bulan, bergantung kepada polisi syarikat dan jawatan yang ditawarkan.
Proses penilaian pekerja probation sebaiknya dilakukan oleh penyelia seperti ketua jabatan (team lead) kerana mereka lebih dekat dengan prestasi harian pekerja. Bahagian sumber manusia (HR) juga memainkan peranan penting sebagai pemudah cara dan penjaga dokumentasi penilaian.
Adalah disyorkan dilakukan review secara berkala seperti:
- Review bulanan: Untuk pantau prestasi secara konsisten.
- Review pertengahan probation: Untuk kenal pasti kekuatan dan kelemahan awal.
- Review akhir probation: Untuk menentukan kelayakan disahkan sebagai pekerja tetap.
6 Kriteria Utama Penilaian Pekerja Probation
Proses review yang berkesan perlu menggunakan kriteria yang menyeluruh dan objektif. Berikut ialah enam aspek penting yang perlu dinilai:
- Prestasi Kerja
- Adakah pekerja mencapai sasaran atau KPI yang telah ditetapkan? Kualiti kerja, kecekapan masa, dan keupayaan menyiapkan tugasan mengikut tarikh akhir menjadi antara penanda utama prestasi.
- Sikap dan Etika Kerja
- Nilai seperti ketepatan masa, disiplin dalam tugasan, dan rasa tanggungjawab mencerminkan etika kerja seseorang pekerja. Pemahaman serta pematuhan terhadap peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) juga sangat penting.
- Penyesuaian Diri & Kerjasama
- Seorang pekerja yang baik perlu mampu menyesuaikan diri dengan budaya organisasi dan menjalin hubungan kerja yang baik dengan rakan sekerja serta atasan. Kebolehan berkomunikasi secara profesional juga menjadi penanda aras utama dalam aspek ini.
- Kemampuan Selesaikan Masalah
- Penilaian juga perlu mengambil kira sama ada pekerja menunjukkan sikap proaktif dalam menyelesaikan masalah. Adakah mereka boleh bertindak secara berdikari atau menunggu arahan? Inisiatif dan kreativiti dalam mengatasi cabaran harus diambil kira.
- Sikap Terhadap Maklum Balas
- Kebolehan menerima teguran dan maklum balas secara positif menunjukkan kematangan dan keterbukaan pekerja untuk berkembang. Pekerja probation yang cemerlang biasanya akan menunjukkan tindakan susulan atau penambahbaikan selepas diberi nasihat.
- Integriti dan Perilaku
- Akhir sekali, tingkah laku pekerja mestilah profesional dan beretika. Elakkan salah laku seperti ponteng, lewat hadir, atau tidak menghormati rakan sekerja. Nilai integriti yang tinggi serta kesetiaan terhadap organisasi adalah indikator penting sebelum disahkan sebagai pekerja tetap.
Langkah-Langkah Buat Review Probation Secara Profesional
- Gunakan Borang Penilaian Standard
- Pastikan syarikat mempunyai borang penilaian probation yang seragam. Borang ini seharusnya mengandungi semua kriteria penting seperti prestasi kerja, etika, kerjasama, inisiatif dan integriti.
- Sediakan Contoh dan Bukti Prestasi
- Sertakan contoh konkrit seperti pencapaian KPI, hasil kerja sebenar, atau insiden tertentu yang menunjukkan kekuatan dan kelemahan pekerja.
- Libatkan Supervisor atau Team Lead
- Pihak yang paling sesuai untuk menilai ialah mereka yang bekerja secara langsung dengan pekerja probation.
- Bina Suasana Maklum Balas yang Konstruktif
- Sampaikan maklum balas dalam suasana terbuka dan profesional, elakkan nada menyindir, serta galakkan pekerja bertanya atau berkongsi pandangan.
- Dokumentasikan dalam Laporan HR
- Setiap review probation perlu direkodkan secara rasmi dalam laporan ringkas dan objektif sebagai rekod HR.
Baca juga: Kenapa Syarikat Adakan Tempoh Percubaan?
Kesimpulannya, review pekerja probation yang dilakukan secara telus, objektif dan berstruktur adalah asas kepada proses pembangunan tenaga kerja yang berkualiti. Ia membantu organisasi mengekalkan bakat yang betul, memperbaiki prestasi dalaman, dan mengurangkan risiko kesilapan dalam pengambilan pekerja tetap.
Kepada semua majikan dan pihak HR, ambillah proses ini dengan serius dan jika perlu hantar pekerja hadiri program latihan atau kursus pembangunan kemahiran yang diiktiraf oleh HRD Corp seperti yang dianjurkan MySyarikat Academy.
Terdapat pelbagai jenis kursus latihan yang berkualiti untuk menambah kemahiran pekerja dalam membantu syarikat bergerak ke arah lebih maju. Tidak dilupakan, kursus ini layak dituntut di bawah HRD Corp, sekali gus membolehkan anda mengakses latihan ini secara percuma.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
