Dalam dunia pekerjaan, istilah ‘career break’ semakin mendapat tempat di hati pekerja. Tekanan kerja, budaya kerja negatif, dan masalah burnout mendorong ramai untuk mempertimbangkan tempoh rehat sementara daripada kerjaya mereka.
Di Malaysia, trend ini juga mulai menjadi pilihan bagi mereka yang mahu mencari semula keseimbangan hidup dan kesihatan mental. Mengambil career break bukanlah sekadar berhenti kerja tanpa hala tuju.
Ia lebih daripada itu, ia sebuah strategi kehidupan. Dengan merancang langkah ini, seseorang boleh mendapatkan kembali tenaga, menilai semula matlamat, serta kembali ke dunia pekerjaan dengan perspektif yang lebih segar dan jelas.
Apa Itu Career Break?
Secara asasnya, ‘career break’ ialah tempoh seseorang mengambil cuti panjang daripada pekerjaan tetap mereka. Tempoh ini boleh berlangsung dari beberapa bulan hingga beberapa tahun, bergantung kepada keperluan individu.
Tidak sama dengan berhenti kerja sepenuhnya, career break dilakukan dengan tujuan tertentu. Ia boleh menjadi masa untuk:
- Berehat dan pulih semula daripada tekanan kerja.
- Mengasah kemahiran baru melalui kursus atau latihan.
- Menumpukan perhatian kepada keluarga atau kehidupan peribadi, seperti menjaga anak kecil atau ahli keluarga yang sakit.
- Menilai semula arah hidup dan kerjaya supaya kembali dengan fokus yang lebih jelas.
Dengan kata lain, career break bukan noktah, tetapi tanda koma dalam perjalanan profesional tetapi satu masa rehat yang memberi peluang untuk kembali dengan kekuatan baharu.
Kelebihan Career Break
- Memulihkan Kesihatan Mental & Fizikal
Antara manfaat paling jelas ‘career break’ ialah pemulihan kesihatan mental dan fizikal. Ramai yang berdepan burnout, keletihan melampau, dan stres berpanjangan. Dengan berhenti seketika, individu mendapat ruang untuk tidur cukup, melakukan meditasi, bersenam, atau mengamalkan gaya hidup sihat yang sering diabaikan ketika bekerja.
- Peluang Refleksi Diri
‘Career break’ juga membuka peluang untuk refleksi diri. Ia masa terbaik untuk menilai hala tuju hidup, menimbang semula pilihan kerjaya, atau mengejar passion yang selama ini terpinggir. Rehat sebegini membolehkan seseorang kembali bekerja dengan motivasi baharu.
- Mengasah Kemahiran Baru
Dalam era digital, pembelajaran berterusan sangat penting. ‘Career break’ boleh dimanfaatkan untuk mengikuti kursus dalam talian, meningkatkan kemahiran teknikal, atau mengasah soft skills seperti kepimpinan dan komunikasi. Usaha ini membantu mengekalkan daya saing di pasaran kerja.
- Memberi Tumpuan Kepada Perubahan Fasa Hidup
Ada kalanya, hidup menuntut perhatian penuh, sama ada perkahwinan, kelahiran anak, atau menjaga ahli keluarga yang memerlukan. ‘Career break’ membolehkan individu memberi fokus sepenuhnya kepada fasa penting ini tanpa gangguan tuntutan kerja.
- Memperkuat Hubungan Sosial
Dengan jadual kerja yang longgar, ‘career break’ memberi peluang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Hubungan sosial yang lebih erat bukan sahaja meningkatkan kebahagiaan, malah menyokong keseimbangan kerja-hidup yang lebih sihat.
Kekurangan Career Break
- Risiko Kewangan
Kelemahan paling nyata career break ialah isu kewangan. Tanpa pendapatan tetap, individu mungkin berdepan tekanan ekonomi jika tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. Oleh itu, perancangan kewangan teliti sangat penting sebelum membuat keputusan ini.
- Cabaran Mencari Kerja Semula
Apabila kembali ke pasaran kerja, ada yang mendapati sukar mendapatkan pekerjaan baharu. Berehat terlalu lama boleh membuatkan majikan lebih memilih calon dengan pengalaman berterusan. Sebab itu, penting untuk kekal relevan dengan menambah kemahiran semasa career break.
- Persepsi Majikan Negatif
Walaupun semakin banyak organisasi menerima konsep career break, stigma masih wujud. Ada majikan yang menganggap ia sebagai tanda kurang komitmen. Namun, persepsi ini semakin berubah apabila lebih ramai pekerja menunjukkan nilai tambah daripada pengalaman rehat kerjaya mereka.
- Risiko Kehilangan Momentum Kerjaya
Rehat panjang juga boleh menyebabkan kehilangan momentum dalam kerjaya. Rangkaian profesional mungkin terputus, manakala peluang kenaikan pangkat atau projek besar berjalan tanpa penyertaan anda. Menjaga hubungan dengan rakan industri ketika break boleh membantu mengurangkan risiko ini.
Baca juga: Prospek Naik Pangkat Selepas Lama Bekerja
‘Career break’ hadir dengan dua sisi: kelebihan yang mampu memulihkan kehidupan dan kekurangan yang boleh menjejaskan kerjaya jika tidak dirancang dengan baik.
Ia boleh menjadi tempoh berharga untuk menjaga kesihatan, mengembangkan diri, dan memberi perhatian kepada keluarga. Namun, risiko kewangan dan cabaran kerjaya tidak boleh dipandang ringan.
Yang paling penting, rancanglah dengan teliti. Dengan strategi yang betul, career break bukan sekadar jeda, tetapi pelaburan masa untuk kehidupan yang lebih bermakna.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
