Skip to main content

Akan tiba satu masa apabila seorang pekerja perlu membuat pilihan untuk terus kekal dengan syarikat yang sama bagi satu tempoh jangka panjang atau mencari peluang perkembangan kerjaya di tempat kerja baharu.

Pilihan-pilihan ini ada kelebihan dan kekurangannya apabila dilihat pada pelbagai sudut pandangan, dan ia bergantung kepada perspektif pekerja itu sendiri. Boleh jadi kekal dengan syarikat sama untuk jangka panjang adalah satu perkara baik tetapi mungkin juga sebaliknya.

Kelebihan Bekerja Jangka Masa Panjang Dengan Syarikat Sama

Tentunya terdapat beberapa kelebihan kepada seseorang pekerja itu apabila bekerja jangka masa panjang dengan syarikat sama. Antara kelebihan tersebut adalah,

  • Jaminan Kerja

Kelebihan utama bekerja jangka masa panjang dengan syarikat sama tentunya jaminan kerja yang stabil. Ini bermakna pekerja tidak perlu bimbang akan risiko kehilangan kerja atau perlu fikirkan kesukaran tanggung komitmen sambil mencari kerja baru.

  • Pengetahuan dan Pengalaman Mendalam

Apabila seorang pekerja itu benar-benar memberi fokus mendalam kepada tugasannya, maka ia dapat menambah pengetahuan dan pengalaman mereka. Ini secara tidak langsung menjadikan pekerja itu lebih mahir untuk membuat tugasannya dengan lebih pantas.

  • Potensi dan Prospek Kenaikan Jawatan

Kebiasaannya budaya syarikat akan mendahulukan pekerja yang bekerja lama untuk dinaikkan jawatan terlebih dahulu berbanding pekerja baru. Maka, potensi untuk dinaikkan jawatan untuk pekerja yang bekerja lebih lama adalah besar.

  • Faedah-faedah Kesetiaan

Habuan utama kepada pekerja yang bekerja jangka masa panjang dengan syarikat sama tentunya faedah kesetiaan. Terdapat banyak jenis faedah kesetiaan ditawarkan syarikat, dan bergantung kepada polisi seorang pekerja itu mungkin diberikan satu unit saham.

Kekurangan Bekerja Jangka Masa Panjang Dengan Syarikat Sama 

Disebalik kelebihan di atas, seseorang pekerja juga perlu pertimbangkan beberapa kekurangan apabila bekerja jangka masa panjang dengan syarikat sama. Antara kekurangannya adalah,

  • Tugasan Stagnasi

Masalah utama bagi pekerja yang bekerja jangka masa panjang dengan syarikat sama adalah tugasan yang diberikan adalah sama (stagnasi). Ini bermakna pekerja akan membuat tugasan yang sama berulang-ulang untuk satu tempoh masa lama.

  • Tiada Perkembangan Kemahiran Baru

Sama seperti tugasan yang stagnasi, risiko apabila pekerja membuat tugasan yang sama berulang-ulang adalah ketiadaan kemahiran baru untuk dipelajari. Dan ini seterusnya membuatkan pekerja mudah berasa bosan atau kurang bersemangat untuk bekerja.

  • Peluang Kenaikan Lambat

Walaupun terdapat potensi kenaikan pangkat namun tidak boleh dinafikan prosesnya mungkin mengambil masa yang panjang. Berbanding dengan pekerja yang melompat-lompat kerja, peluang kenaikan jawatan untuk pekerja yang bekerja dengan syarikat sama jauh lebih lambat.

  • Terlewat Untuk Cuba Perkara Baru

Kerugian terbesar pekerja yang bekerja jangka panjang dengan syarikat sama adalah apabila umur meningkat semakin kurang daya ataupun nafsu untuk cuba perkara baru. Ia secara tidak langsung membuatkan pekerja hilang kepercayaan kepada diri sendiri.

Tip Tetapkan Matlamat Kerja

Walau apa pun keputusan yang dibuat, sama ada untuk kerja jangka panjang dengan syarikat sama atau mencari peluang di tempat baru, penting untuk seorang pekerja itu tetapkan matlamat kerjaya (career goal).

Bawah adalah beberapa tip dalam menetapkan career goal yang pekerja boleh pertimbangkan.

  1. Kenaikan Gaji dan Pangkat
  2. Peroleh Kemahiran Tertentu
  3. Bina Rangkaian Kerja (Networking)
  4. Tingkatkan Kredibiliti Diri
  5. Pilih Syarikat Yang Sesuai Dengan Kerjaya

Jadikan Pengalaman Tempat Kerja Lebih Baik Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, tidak salah seseorang pekerja itu bekerja dengan syarikat sama untuk satu tempoh masa panjang. Jika pengurusan syarikat berikan yang terbaik untuk memenuhi segala keperluan pekerja maka, tiada alasan untuk pekerja perlu mencari tempat kerja baru.

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. 

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply