“Berapa gaji kena income tax?”

Soalan ini nampak ringkas, tetapi jawapannya tidak semudah RM3,000 atau RM4,000 sebulan. Kekeliruan berlaku kerana ramai masih menyangka cukai pendapatan dikira terus daripada gaji bulanan.

Cukai tidak dikenakan berdasarkan apa yang masuk ke akaun setiap bulan, tetapi berdasarkan apa yang tinggal selepas ditolak pelepasan dan rebat cukai sepanjang setahun. Inilah sebabnya ada individu bergaji RM3,500 sebulan tidak membayar cukai, manakala ada yang bergaji hampir sama sudah mula dikenakan income tax.

Apa Itu Income Tax?

Cukai pendapatan (income tax) ialah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan tahunan individu yang layak dikenakan cukai, termasuk pendapatan penggajian dan manfaat tertentu.

Bagi tahun percukaian 2025 (e-filing 2026), ia merujuk kepada pendapatan yang diperoleh sepanjang tahun 2025, yang akan dilaporkan melalui e-Filing pada tahun berikutnya. Ini bermakna, semua pengiraan cukai dibuat secara tahunan, bukan bulanan.

Tidak semua individu yang bekerja akan terus dikenakan cukai. Faktor penentunya ialah sama ada pendapatan bercukai selepas pelepasan dan rebat melepasi ambang yang ditetapkan. Di sinilah pelepasan cukai memainkan peranan penting dalam menentukan cukai sebenar yang perlu dibayar.

Berapa Gaji Kena Income Tax 2026?

Untuk menentukan berapa gaji minimum kena income tax 2026, kita perlu bezakan dua istilah utama:

  • Pendapatan kasar: jumlah gaji tahunan sebelum sebarang potongan
  • Pendapatan bercukai: pendapatan selepas ditolak pelepasan cukai yang dibenarkan

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), seseorang individu yang mempunyai jumlah pendapatan MELEBIHI nilai ambang yang ditetapkan, yang boleh dikenakan cukai perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Individu bermastautin dikenakan cukai mengikut kadar cukai berskala serta layak menuntut potongan menurut seksyen 45A ACP hingga seksyen 49 ACP. Manakala individu bukan pemastautin dikenakan cukai pada kadar tetap 30% dan tidak layak menikmati sebarang potongan.

Individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi RM37,333 dan mereka yang mempunyai Potongan Cukai Bulanan layak dikenakan cukai.

Pendapatan Individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI

Pengiraan ambang jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI adalah mengambil kira pendapatan kasar tahunan ditolak dengan pelepasan asas individu dan rebat cukai yang layak. 

Pelepasan asas yang diambil kira adalah pelepasan individu dan saudara tanggungan serta pelepasan suami / isteri dan anak (di bawah umur 18 tahun) bagi individu yang telah berkahwin. 

Manakala tolakan rebat individu (RM400) serta pasangan (RM400 jika berkenaan) dibenarkan sekiranya pendapatan bercukai individu tersebut tidak melebihi RM35,000.

Rujuk jadual LHDN bagi jumlah pendapatan individu yang TIDAK DIKENAKAN CUKAI di bawah.

Jenis TaksiranPendapatan Tahunan (RM)Pendapatan Bulanan (RM
Diri sendiri (bujang/ janda/ balu/ duda/ pasangan tiada punca pendapatan)37,3333,111
Berasingan
Berkahwin + 0 anak37,3333,111
Berkahwin + 1 anak
Berkahwin + 2 anak41,3333,444
Bersama 
Berkwhin + 0 anak48,0004,000
Berkahwin + 1 anak 50,0004,167
Berkahwin + 2 anak52,0004,333

Nota penting:

Angka ini ialah anggaran umum. Ia boleh berubah mengikut situasi individu, jenis pendapatan dan pelepasan tambahan yang layak dituntut.

Contoh Mudah Pengiraan Income Tax 2026

  1. Contoh 1: Individu Bujang
  • Gaji tahunan: RM40,000
  • Tolak pelepasan individu RM9,000
  • Pendapatan bercukai: RM31,000

Dalam kebanyakan kes, cukai tahunan adalah sangat minimum, malah boleh menjadi sifar jika layak menerima rebat.

  1. Contoh 2: Berkahwin Tanpa Anak
  • Gaji tahunan: RM45,000
  • Pelepasan individu + pasangan mengurangkan pendapatan bercukai

Hasilnya, cukai kena bayar biasanya lebih rendah berbanding bujang, walaupun gaji hampir sama.

  1. Contoh 3: Berkahwin Dengan Anak
  • Gaji tahunan: RM50,000
  • Pelepasan anak mengurangkan pendapatan bercukai dengan ketara

Inilah sebabnya gaji lebih tinggi belum tentu cukai lebih tinggi. Struktur keluarga memainkan peranan besar dalam menentukan cukai sebenar.

Soalan Lazim (FAQ) Income Tax 2026

Gaji bulanan atau tahunan yang dikira?

  • Pendapatan tahunan.

Pendapatan bawah ambang, masih perlu e-Filing?

  • Ya, digalakkan untuk pematuhan dan rekod.

Adakah PCB & cukai sama?

  • Tidak. PCB ialah anggaran, cukai sebenar ditentukan secara tahunan.

Tak lapor pendapatan, apa jadi?

  • Boleh dikenakan penalti dan tindakan lanjut.

Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai 2025: Panduan e-Filing 2026

Kesimpulannya, jawapan kepada soalan berapa gaji kena income tax 2026 tidak boleh ditentukan dengan satu angka sahaja. Ia bergantung kepada status perkahwinan, bilangan anak dan jumlah pelepasan dan rebat cukai

Yang paling penting, cukai ditentukan oleh pendapatan bercukai bukan gaji semata-mata. Bagi pekerja, fahami struktur ini supaya tidak panik apabila gaji meningkat. Bagi majikan, pemahaman ini penting untuk pengurusan PCB yang lebih tepat dan telus.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDNCukaiFakta HR

Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDN

Zahin ByondZahin ByondFebruary 24, 2026
Di Mana Nak Dapatkan Nombor TIN? Cara Semak & Mohon TIN LHDNCukai

Di Mana Nak Dapatkan Nombor TIN? Cara Semak & Mohon TIN LHDN

Zahin ByondZahin ByondFebruary 25, 2026
picture of female employer holding tax files with LHDN logo
Apakah Dokumen Majikan Perlu Hantar Kepada LHDN untuk e‑Filing? (Senarai Lengkap & Panduan)Cukai

Apakah Dokumen Majikan Perlu Hantar Kepada LHDN untuk e‑Filing? (Senarai Lengkap & Panduan)

Zahin ByondZahin ByondFebruary 10, 2026

Leave a Reply