Bayangkan anda membuat keputusan berhenti dalam 24 jam, keesokan harinya gaji dipotong. Tiada perbincangan, tiada rundingan.  Di sinilah konflik bermula. Majikan melihatnya sebagai pelanggaran kontrak. Pekerja pula melihatnya sebagai ketidakadilan.

Maka, timbul persoalan yang sering menjadi igauan, iaitu adakah potongan gaji kerana berhenti 24 jam itu sah, atau sekadar penyalahgunaan kuasa?

Artikel kali ini akan mengupas tentang perkara ini dengan penerangan undang-undang serta cara pengiraan potongan yang dibenarkan.

Adakah Resign 24 Jam Dibenarkan Undang-Undang?

Di bawah Seksyen 12 Akta Kerja 1955, pekerja wajib memberikan notis bertulis sebelum menamatkan perkhidmatan. Tempoh ini bukan rawak, ia biasanya ditetapkan dalam kontrak kerja, lazimnya antara 1 hingga 2 bulan.

Kontrak kerja bukan sekadar dokumen HR. Ia adalah garis sempadan:

  • Berapa lama notis perlu diberi
  • Apa berlaku jika notis tidak dipatuhi
  • Siapa bertanggungjawab dalam situasi konflik

Dalam konteks ini, resign 24 jam tanpa rujukan kontrak hampir pasti mencetuskan isu undang-undang.

Apabila pekerja berhenti serta-merta tanpa persetujuan majikan, ia biasanya diklasifikasikan sebagai:

Pelanggaran kontrak kerja

Implikasinya bukan kecil. Majikan berhak untuk:

  • Menolak permohonan resign serta-merta
  • Menuntut pampasan notis (indemnity) bagi tempoh yang tidak diservis

Dalam erti kata lain, berhenti 24 jam bukan sekadar tindakan drastik, tetapi ia adalah keputusan yang datang dengan kos.

Bila Pekerja BOLEH Berhenti 24 Jam Secara Sah?

Namun, undang-undang juga tidak membiarkan pekerja terperangkap. Dalam keadaan tertentu, pekerja boleh berhenti tanpa notis dan masih berada di landasan sah.

Antaranya:

  • Majikan gagal membayar gaji secara konsisten
  • Berlaku gangguan, ugutan, atau layanan tidak adil (constructive dismissal)
  • Majikan mengubah terma kerja tanpa persetujuan pekerja

Dalam situasi ini, pekerja tidak melanggar kontrak, tetapi mereka bertindak balas terhadap pelanggaran.

Jika alasan berhenti adalah sah:

  • Pekerja tidak perlu membayar ganti rugi notis
  • Majikan tidak boleh mengenakan penalti sewenang-wenangnya

Ini adalah garis pemisah kritikal antara tindakan yang melanggar kontrak dan tindakan yang dilindungi undang-undang.

Bolehkah Majikan Potong Gaji Sebab Tak Beri Notis?

Jawapan ringkasnya, ya, boleh. Majikan mempunyai hak untuk membuat potongan gaji sebagai “payment in lieu of notice”, iaitu bayaran ganti bagi tempoh notis yang tidak dipenuhi. Potongan gaji hanya dianggap sah jika:

  • Dinyatakan secara jelas dalam kontrak kerja atau offer letter
  • Dikira berdasarkan kadar gaji harian
  • Hanya melibatkan tempoh notis yang tidak diservis, bukan keseluruhan gaji

Jika mana-mana syarat ini gagal dipenuhi, potongan tersebut boleh dipersoalkan dan berpotensi menjadi kes undang-undang.

Contoh Pengiraan Potongan Gaji

Untuk memahami kesannya, lihat bagaimana potongan ini dikira dalam situasi sebenar.

Situasi Dalam KontrakNotis DiberiBaki NotisPotongan Gaji
Pekerja A1 bulan1 hari29 hari29 hari gaji
Pekerja B2 minggu1 hari13 hari13 hari gaji

Logiknya mudah, iaitu lebih pendek notis yang diberi, lebih besar potongan yang dikenakan. Kiraan dibuat berdasarkan baki hari notis yang tidak dipenuhi, kemudian ditukar kepada nilai gaji harian pekerja.

Bolehkah Majikan Tahan Semua Gaji?

Di sinilah ramai tersilap faham. Berdasarkan Seksyen 19 dan Seksyen 20 Akta Kerja 1955:

  • Majikan wajib membayar gaji untuk hari yang telah bekerja
  • Gaji akhir mesti dibayar tidak lewat daripada hari terakhir bekerja

Ini bukan opsyen. Ini kewajipan undang-undang.

Apa Yang Majikan TIDAK BOLEH Buat

Majikan tidak boleh:

  • Menahan keseluruhan gaji pekerja
  • Melambatkan bayaran tanpa sebab yang sah

Tindakan sebegini bukan sekadar tidak beretika tetapi ia melanggar undang-undang.

Apa Yang Majikan BOLEH Buat

Namun, majikan masih mempunyai ruang tindakan:

  • Memotong gaji setara dengan notis yang tidak diservis
  • Menahan final pay sementara, dengan justifikasi bertulis dan alasan munasabah

Perbezaannya jelas di mana memotong sebahagian adalah dibenarkan, tetapi menahan semuanya adalah pelanggaran.

Baca juga: Panduan Notice Berhenti Kerja Untuk Pekerja dan Majikan

Kesimpulannya, jawapan kepada persoalan bolehkah majikan tolak gaji sebab berhenti 24 jam adalah boleh tetapi bukan sewenang-wenangnya.Majikan mempunyai hak termasuk juga pekerja mempunyai hak terhadap gaji mereka.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Panduan Cuti Sakit (Medical Leave) Di MalaysiaFakta HR

Panduan Cuti Sakit (Medical Leave) Di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondJune 8, 2026
Bolehkah Berhenti Kerja Dalam Tempoh Kontrak?Fakta HR

Bolehkah Berhenti Kerja Dalam Tempoh Kontrak?

Zahin ByondZahin ByondJune 5, 2026
Bolehkah Majikan Mesej Lepas Waktu Kerja? Ini Hak AndaFakta HR

Bolehkah Majikan Mesej Lepas Waktu Kerja? Ini Hak Anda

Zahin ByondZahin ByondMay 21, 2026

2 Comments

  • Glory bin godfrey says:

    Sabah..

    Berkerja sebagai salesman.

    07.05.2026 Saya telah menghantar notis berhenti kerja 24jam kepada majikan.

    04.06.2026 Hr telah menghantar pay slip melalui whatsapp kepada saya..

    Dalam pay slip mengatakan gaji saya sebulan berjumlah 2500 dan incentive 3000, jumlah keseluruhan gaji adalah 5500.

    Namun majikan telah memotong gaji saya berjumlah 2400 sebagai ganti notice (short notice) dan selebihnya gaji saya ditahan oleh majikan..

    Saya nak tanya bolehkah majikan menahan kesemua balance gaji saya? Jika ya, berapa lama kah majilan boleh dibenarkan untuk menahan gaji saya mengikut undang2?

    • Zahin Byond says:

      Potongan ganti notice adalah perlu memandangkan berhenti 24 jam. Bagi persoalan menahan gaji, kemungkinan untuk tujuan percukaian atau sebagainya namun majikan masih perlu bayar gaji terakhir pekerja.

Leave a Reply