Antara persoalan yang sering menghantui fikiran pekerja adalah tentang notis berhenti kerja. Berapa lama perlu beri notis, apa hak yang masih tinggal, dan apa risiko jika tersilap langkah.

Realitinya, berhenti kerja bukan sekadar ‘submit resignation letter’ dan angkat kaki. Ia adalah proses yang ada undang-undang, ada struktur, dan ada implikasi kepada kedua-dua pihak, pekerja dan majikan.

Bagi pekerja, ia melibatkan masa depan dan kestabilan kewangan. Bagi majikan pula, ia berkait dengan operasi, kesinambungan kerja dan penggantian tenaga kerja.

Tetapi satu perkara perlu jelas, notis berhenti kerja bukan untuk menyusahkan sesiapa, tetapi untuk melindungi kedua-dua pihak.

Tempoh Notis Penamatan Kontrak

Mengikut Seksyen 12(1) di bawah Akta Kerja 1955, mana-mana pihak sama ada pekerja atau majikan berhak mengemukakan notis penamatan kontrak bagi memaklumkan niat untuk menamatkan perkhidmatan.

Dalam bahasa mudahnya anda boleh hantar notice berhenti kerja pada bila-bila masa tanpa perlu “approval” pihak satu lagi. Namun, itu tidak bermaksud boleh berhenti serta-merta tanpa tanggungjawab.

Sebaik sahaja notice period dihantar, tempoh notis perlu dipatuhi seperti berikut:

  • 4 minggu notis jika tempoh perkhidmatan kurang daripada 2 tahun
  • 6 minggu notis jika tempoh perkhidmatan antara 2 hingga kurang 5 tahun
  • 8 minggu notis jika tempoh perkhidmatan melebihi 5 tahun
  • Bayaran ganti rugi notis jika mana-mana pihak mahu penamatan serta-merta (contohnya notis 24 jam)

Struktur ini bukan kebetulan. Ia wujud untuk memberi ruang:

  • Kepada pekerja merancang langkah seterusnya
  • Kepada majikan mencari pengganti dan memastikan operasi tidak lumpuh

Jika mana-mana pihak memilih untuk memendekkan tempoh ini (contohnya berhenti serta-merta), maka bayaran ganti rugi notis wajib dibayar berdasarkan baki tempoh notis yang tidak dipenuhi.

Hak Pekerja Semasa Notice Period

Ramai anggap bila dah hantar notice berhenti kerja, mereka sudah ‘separuh keluar’ daripada syarikat. Itu salah. Secara undang-undang, pekerja masih kekal sebagai pekerja sehingga hari terakhir notice period. Ini bermakna:

  • Masih perlu menjalankan tugas seperti biasa
  • Masih tertakluk kepada polisi syarikat
  • Masih tidak boleh mendedahkan maklumat sulit syarikat

Dalam masa yang sama, pekerja juga masih dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Kerja 1955 dan kontrak pekerjaan.

  1. Hak Mencari Pekerjaan Baru

Sepanjang tempoh notice period, pekerja dibenarkan untuk mencari kerja lain atau menghadiri temu duga. Namun, ia bukan “free pass”. Pekerja perlu:

  • Memohon cuti (biasanya cuti tahunan)
  • Mendapatkan kebenaran majikan

Ini penting untuk memastikan profesionalisme kekal terjaga sehingga hari terakhir.

  1. Hak Terhadap Baki Cuti

Jika masih ada baki cuti tahunan yang tidak digunakan selepas tamat notice period:

  • Majikan wajib membayar baki cuti tersebut

Ini kerana faedah cuti adalah hak pekerja. Jika tidak digunakan, ia perlu ditukar kepada bayaran.

  1. Hak Terhadap Gaji

Walaupun dalam tempoh notice berhenti kerja, majikan masih bertanggungjawab untuk membayar gaji pekerja seperti biasa.

Namun, ada satu situasi penting yang sering disalah faham:

  • Jika tarikh akhir notice period jatuh di pertengahan bulan, maka:
    • Majikan tidak perlu membayar gaji penuh sebulan
    • Sebaliknya, gaji dibayar secara pro-rata (berdasarkan jumlah hari bekerja)

Ini selari dengan prinsip pembayaran upah di bawah Akta Kerja 1955.

Baca juga: Bolehkah Hantar Notis Berhenti Kerja 24 Jam?

Kesimpulannya, dalam dunia kerja, keluar-masuk pekerjaan adalah perkara biasa. Tetapi cara anda keluar itu yang membezakan profesional daripada yang sebaliknya. Fahami hak, fahami tanggungjawab dan yang paling penting, uruskan perpisahan secara profesional, bukan emosional.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Bila Gaji Akhir Masuk Jika Berhenti Tengah Bulan?Asas HR

Bila Gaji Akhir Masuk Jika Berhenti Tengah Bulan?

Zahin ByondZahin ByondMay 13, 2026
Kenapa Gaji Bersih Kurang Daripada Gaji Basic?Asas HR

Kenapa Gaji Bersih Kurang Daripada Gaji Basic?

Zahin ByondZahin ByondMay 4, 2026
Pengiraan OT Bekerja Pada Hari BekerjaAsas HR

Pengiraan OT Bekerja Pada Hari Bekerja

Zahin ByondZahin ByondApril 22, 2026

101 Comments

  • Eyfa says:

    Kalau saya bekerja kurang daripada 5tahun. Brpe minggu atau bulan yang sepatutnya saya letakkan notice berhenti kerja terhadap company tersebut? Saya bekerja dibawah f&b company

    • Zahin Byond says:

      Rujuk semula penetapan pada kontrak kerja yang ditandatangangi. Sekirannya tidak dinyatakan, maka Akta Kerja menetapkan:

      – 4 minggu notis bekerja tempoh perkhidmatan kurang 2 tahun
      – 6 minggu notis bekerja tempoh perkhidmatan 2 tahun tetapi kurang 5 tahun
      – 8 minggu notis bekerja tempoh perkhidmatan lebih 5 tahun
      – Bayaran ganti rugi notis untuk pemberhentian segera

  • Nur Nadzirah says:

    Kalau saya bekerja lebih 5 tahun brpe minggu atau bulan yg sepatutnya saya letakkan notice berhenti kerja terhadap company tersebut? Jika saya hantar notice berhenti kerja 2 minggu pada company, adakah saya perlu membayar ganti rugi notis utk pemberhentian segera??

    • Zahin Byond says:

      Tempoh notis boleh dirujuk pada kontrak kerja, jika tiada dinyatakan maka akan ikut penetapan Akta Kerja iaitu 8 minggu notis untuk pekerja dengan tempoh perkhidmatan lebih 5 tahun. Jika ingin berhenti sebelum habis tempoh notis maka pekerja perlu bayar ganti rugi notis kepada syarikat.

  • no name says:

    nak tanya kalau saya letak notis pada 29/11 – 29/12 cukup sebulan then company perlu membayar gaji saya seperti biasa saya dpt sebulan gaji or dpt separuh ?

  • Mahendran says:

    Sy nk tanya,sy baru masuk kerja nk sampai 2bln,blm confirmation lagi,nk berhenti kerja,kalau nk bagi surat kena bagi berapa hari sebelum berhenti?

  • Farah says:

    Notis tamat kerja termasuk hari sabtu ahad public holiday dan mc, warded ke tuan. Dalam kontrak tidak ada menyatakan apa2. Hanya bagitahu kena bagi notis 2 bulan.

  • yaya says:

    hello , nak tanya kalau sy belum ckup 2 bulan berkerja dan ingin resign. kena bagi notice sbelum brpa hari ya spatutnya? kalau kt kontrak kerja, kena bagi notis sebulan. kena ikut juga ke? belum sign confirmation lagi

  • Azfarina says:

    Hai nak tanya, kalau notis saya 2 minggu tapi dalam contract sepatutnya 1 bulan notis. Adakah ganti rugi notis kena bayar 1 bulan gaji?

  • Fandy says:

    Jika sy bekerja 1 tahun..bolehkah sy menghantar notis berhenti kerja 14hari??dan kalau baki cuti sy ambil annual leave boleh ke?

  • fatin says:

    Betul ke dalam notice period pekerja tidak layak menggunakan lebihan cuti dari tahun sebelum?

  • sherry 91 says:

    saya sudah berkerja di sektor pendidikan ini selama 7tahun..walaubagaimanapun saya tidak pernah dapat surat pengesahan pekerja mahupun offer letter..hanya tawaran mulut ke mulut sehinggalah baru2 ini saya mndpt offerletter mnyatakan jawatan saya dilucutkn mnjadi org bawahan dan trmsuk gaji direndahkan.. setelah meeting mereka berkata surat tersebut terbatal dan xsah.. sy menuntut surat pngesahan jawatan sy yg sebenar tp mereka enggan memberi..ada apa2 akta yg boleh membantu saya?? atau bolehkah saya berhenti dgn notis 24jam tanpa mmbayar pd mereka..

    • Zahin Byond says:

      Sepatutnya Tuan/Puan perlu mendapatkan surat hitam putih rasmi. Hal ini kerana Akta Kerja menetapkan bahawa majikan wajib keluarkan kontrak kerja bertulis kepada pekerja. Untuk kes seperti ini adalah dinasihatkan untuk rujuk Jabatan Buruh bagi mendapatkan penyelesaian.

  • fanaaa says:

    saya nak tanya jika pekerja memberi notis sebulan tetapi majikan memberhentikan pekerja serta merta dan tidak mengikut tarikh notis yang diberikan adakah majikan perlu membayar gaji pekerja mengikut notis?

  • Amirul says:

    Hi, saya sudah hantar notis sebulan berhenti dan hari terkakhir saya bekerja mengikut notis adalah pada hari khamis. Kemudian, saya ada request pada minggu terkahir saya kerja untuk restday pada hari isnin dan annual leave pada hari selasa. Tetapi majikan tidak luluskan restday saya sebab majikan kata saya tidak cukup kerja seminggu pada minggu terakhir saya kerja. Soalannya, boleh ke majikan bertindak sedemikian. Ada akta yang boleh saya rujuk? Mohon pencerahan.

    • Zahin Byond says:

      Kelulusan cuti dan penjadualan kerja boleh ditetapkan oleh majikan. Sekirannya terdapat lebihan baki cuti maka majikan wajib membayarnya secara tunai kepada pekerja itu.

  • Amira says:

    Saya beri notis berhenti kerja pada majikan 14/02 dan dalam notis tersebut juga bermula pada 14/02 tetapi majikan tidak menerima saya punya notis bermula tarikh tersebut kerana saya menghantar notis diluar waktu bekerja. Saya bekerja shif malam pada hari tersebut. Majikan menyatakan notis saya bermula pada 17/2 kerana mereka baru menerima notis tersebut. Adakah betul begitu?

  • Fizzie says:

    sebagai majikan yang ingin memberi notis berhenti pekerja yg telah berkhidmat lebih 5 tahun..berapa lamakah notis perlu diberikan?

  • Kiram says:

    Salam…

    Nak tanya, saya sudah bekerja selama 6 minggu tapi belum ada surat perlantikan. Perlantikan secara lisan sahaja.

    Boleh ke saya letak jawatan dengan memberi notis 7 hari ?

    Terima kasih.

  • Zaffirah says:

    Boleh saya bertanya? Company saya mengatakan bahawa cuti tahunan saya perlu dikira balik dalam notice satu bulan. Sebagai contoh, cuti tahunan saya ada 12hari, saya meletakkan notice sebulan dan majikan beri tahu cuti saya tidak sama dgn cuti tahunan? Adakah betul/boleh syarikat potong cuti pekerja?

  • Nanad says:

    Sekiranya tidak hadir bekerja diatas sebab sebab tertentu sehari sebelum tarikh resignation, adakah saya melanggar kontrak resign dan perlu membayar in lieu pada syarikat walaupun saya dah kemukakan bukti bahawa saya ada urusan peribadi?

  • Nor Aishah BT Yahya says:

    Saya beri notis berhenti kerja pada 1/3 dan hari last saya bekerja adalah pada 31/3
    Tapi pada 7/3, pihak majikan beritahu saya tidak perlu datang lagi dan gaji saya akan dibayar selama sebulan seperti dalam surat
    Soalnya saya tidak terima surat hitam putih dari syarikat, bagaimana untuk protect diri saya sekiranya majikan tidak bayar gaji penuh?

  • Nur says:

    Bolehkah majikan tidak melepaskan last day pekerja itu dengan alasan kerja tidak siap?

  • kiki says:

    hai, jika saya hantar surat resign saya kepada assistant manager. Adakah surat tersebut sah?

  • Izzh says:

    Kalau belum dapat offer letter dari company , tapi dah hantar surat resign perlu sign offer letter ke ?

  • HL says:

    Hi nak Tanya,notis berhenti sy akan berakhir pada 15/5/2025,
    Tapi sy sdh mendapat tawaran d tempat kerja baru.bolehkah sy ambil
    cuti tanpa gaji seminggu awal Dari tarikh last sy bekerja?
    Sekiranya sy perlu membayar kepada majikan,bagaimanakah cara
    Pengiraannya?

  • albert fung says:

    kontract kerja saya selama 2 tahun (2024-2026), tapi majikan tamatkan kontract kerja saya tahun 2025 tanpa surat amaran, adakah saya layak untuk mendapat pampasan?

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk rujuk kontrak kerja kerana jika ada menyatakan mana-mana pihak yang menamatkan perkhidmatan awal dari tempoh perlu membayar pampasan maka pekerja layak untuk menerima bayaran pampasan tersebut.

  • mayyza says:

    saya bekerja kurang dari satu tahun, dalam offer letter company ada nyatakan notis berhenti adalah 3 bulan, dan waktu probation adalah selama 3 bulan sebelum saya dpt confirmation letter. tetapi hampir setahun masih belum ada confirmation letter, jika saya nk resign adakah perlu mengikut offer letter?

  • Jayss says:

    Saya sudah bekerja selama 4 tahun 8 bulan. Jika saya ingin berhenti adakah saya perlu ikut kontrak kerja saya yang ditawarkan 1 bulan tersebut atau ikut Akta Kerja yang dinyatakan di atas?

    Dan sekiranya majikan menolak untuk mengikut surat pelawaan kontrak kerja saya untuk berhenti dalam masa sebulan tersebut tanpa persetujuan, adakah menjadi kesalahan pada saya? Mohon penjelasan.

  • Kris says:

    Jika saya dalam tempoh notis berenti kerja, adakah saya tidak layak untuk mendapatkan cuti sakit?

  • sharon says:

    Nak tanya, tempoh notis satu bulan, boleh kah menggunakan baki cuti tahunan?
    dalam tempoh sebulan cuti AM sya bekerja, bolehkah sya ambil replacement cuti AM itu dlm tempoh notis sebulan sya itu?

  • Shaharudin Bakar says:

    Saya 61 tahun dan masih bekerja.Oleh kerana keadaan majikan yang merundum saya diarahkan oleh pihak majikan untuk berundur atas kekangan kewangan. Majikan hanya sanggup membayar sebulan gaji sebagai pampasan sedangkan saya sudah berkhidmat selama lebih 5 tahun.Adakah tindakan itu wajar sedangkan saya masih mampu bekerja sebagai pengurus poengeluaran.. Ini hanya perbualan dari face to face. Tiada hitam putih yang tertulis.Apa perlu saya lakukan.

  • Nona says:

    Contract setahun saya mengatakan notice period resignation is 2 month , while saya bekerja kurang dari 2 tahun .. bukan sepatututnya kurang 2 tahunn notice hanyalah 1 bulan ke

  • Roslina Abd Aziz says:

    Assalamualaikum Tuan,

    Majikan bercadang untuk memecat pekerja yang masih dalam probation period kerana syarikat mengalami kerugian dan tidak mampu membayar gaji pekerja tersebut. Apakah langkah yang perlu diambil untuk memecat pekerja tersebut supaya ia tidak menyalahi undand-undang pekerja dan bagaimana cara pengiraan pampasan?

  • Diana says:

    Assalamualaikum tuan,

    Saya merupakan pekerja kontrak berdasarkan tempoh projek. Dalam kontrak kerja saya, dinyatakan perkara-perkara berikut:

    -Tempoh kontrak adalah selama 2 tahun, bermula dari 2 Januari 2024 hingga 30 Disember 2026.

    -Kontrak menyebut bahawa ia “Subject to the extension of the contract period from time to time as determined by the company in writing.”

    -Notis berhenti kerja adalah selama 3 bulan, namun majikan berhak untuk menolak notis tersebut.

    Soalan saya:-

    -Sekiranya kontrak kerja saya tamat pada 30 Disember 2026 dan saya belum menerima sebarang surat lanjutan kontrak, adakah saya masih perlu menghantar notis berhenti selama 3 bulan?

    -Berapakah tempoh notis perlu saya bagi jika kontrak telah tamat?

    -Jika saya masih bekerja setelah tempoh kontrak tamat, adakah saya masih terikat dengan syarat-syarat dalam offer letter saya?

    Mohon pencerahan. Terima kasih

    • Zahin Byond says:

      1. Jika sudah tamat kontrak dan tidak disambung, maka pekerja tidak perlu menghantar notis kerana kontrak sudah tamat tempoh perkhidmatan.

      2. Jika sudah tamat tempoh kontrak maka pekerja tidak terikat dengan perkhidmatan majikan.

      3. Dinasihatkan untuk dapatkan kontrak baharu.

  • Aaa says:

    saya dah bekerja nak masuk 6 tahun..saya pernah sign contrak kerja tapi contrak tersebut disimpan oleh majikan saya..dalam kontrak tersebut menyatakan notis yang perlu diberikan sekiranya saya ingin berhanti kerja ialah 1 bulan sahaja..tetapi majikan saya cakap tak boleh ikut kontrak kerana level saya sekarang tak seperti dulu jadi majikan saya minta 3 bulan notis..jadi bagaimana ye sebab 3 bulan terlalu lama.

    • Zahin Byond says:

      Dinasihatkan untuk dapatkan kontrak kerja fizikal dan surat jawatan kerja kerana mungkin jawatan pekerja tidak sama semasa awal masuk kerja. Selain itu, mengikut Akta Kerja pekerja yang telah bekerja lebih 5 tahun, tempoh notis adalah sekurang-kurangnya 8 minggu notis.

      • Aaa says:

        mcm mna jika majikan saya tetap enggan berikan semua kontrak tersebut..adakah salah jika saya letak notis 2 bulan sahaja mengikut akta dan apa kemungkinan yang boleh diambil oleh majikan saya?

  • Muhammad Hazlan says:

    Saya nak resign, dalam offer letter notice 2 bulan. Saya belum dapat confirmation letter saya perlu ikut notice company atau akta 2 minggu dengan status
    contract

  • Amirah says:

    Saya krja baru 2 bulan, x de sign kontrak apa2. Dan bayaran OT selama 2 bulan saya kerja tak dapat lagi.

    Saya bagi notis berhenti start 10/2 sebab Hr yg suruh buat notis sebulan. Jadi ikut logik awal bulan 7 baru tamat notis saya. Problemnya skrg, saya dapat offer letter tmpt krja kain dan prlu lapor diri awal, pada 16/2. Jadi untuk tarikh selebihnya saya la kene byr pampasan? Tak de cara lain yg boleh selamtkan atau kurgkankan pampasan itu? Duit OT saya kd yg majikan akan tolak tuk byr ganti rugi?

    • Zahin Byond says:

      Pertama, sepatutnya mendapatkan kontrak hitam putih. Kedua, bayaran OT adalah wajib apabila pekerja bekerja lebih daripada waktu kerja normal sehari. Bagi pemberhentian tidak cukup notis, ya perlu bayar ganti rugi notis.

  • Azri khaledd says:

    Saya baru bekerja sebulan.. saya ingin resign dan dapat tawaran lain yang gaji lebih besar.. Tapi dalam masa yang sama, saya juga dlm tempoh kontrak dan tidak boleh resign sehingga habis kontrak 3 bulan.. Adakah perlu saya tolak tawaran kerja dekat tempat baru..

    • Zahin Byond says:

      Boleh bincang dengan majikan dan HR, serta semak kontrak. Hal ini kerana dalam kontrak kerja perlu dinyatakan syarat notis berhenti kerja yang sah walaupun dalam tempoh percubaan.

  • Mike says:

    Sye pekerja spv cleaner dan contract baru je bermula 1 julai and boleh kah sye buat notice 24jam atau kene buat notice 14 hari atau sebulan ?

  • Sarah says:

    Hi, saya ingin bertanya sekiranya majikan telah memberikan notis pemberhentian mengikut kontrak (1 bulan) kepada pekerja yang bekerja belum cukup tempoh 12 bulan, adakah majikan perlu membayar gaji ganti notis lagi?
    Majikan hanya perlu membayar gaji pekerja 1 bulan selama pekerja bekerja dalam tempoh notis sahaja kan?
    Mohon pencerahan. Terima kasih.

    • Zahin Byond says:

      Betul, bayaran ganti rugi notis hanya untuk mana-mana pihak yang ingin pemberhentian awal daripada tempoh notis sahaja. Dan majikan masih perlu membayat gaji akhir pekerja tersebut.

  • Norazizah says:

    salam.
    Saya adalah pekerja penjawat awam. Saya telah bekerja lebih dari 30 tahun dan telah menghantar surat berhenti pilihan pada tahun hadapan 2026. Tetapi sekiranya saya ingin berhenti lebih awal, perlukah saya menghantar notis berhenti dalam masa 8 minggu?..

  • Marina says:

    Nak tanya,saya telah menghantar notis berhenti kerja 1 bulan pada 16/7/2025 sehingga 16/8/2025..untuk pengiraan gaji adakah saya akan terima gaji penuh 1 bulan atau separuh sahaja?

  • Aa says:

    Saya majikan. Ingin berhentikan staff yang sudah confirm. Kerja baru dua bulan. Kerja bagus jadi saya confirmkn awal. Tapi syarikat alami masalah kewangan. Jika saya beri notis penamatan kerja 4 minggu awal. Berapa pampasan perlu saya beri?

  • amin says:

    hi, saya nak tanya jika saya bekerja selama 4 tahun , ikutkan notis 6minggu kan iaitu 1bulan 1minggu. tp boleh ke kalau nak bg notis 3bulan? majikan terima tak? atau valid ke notis tu

  • Adam says:

    Hi saya nak bertanya?saya bercuti setiap hari khamis dalam satu minggu bekerja.baru2 ni sye yelah menghantar notis sebulan berhentikan kerja. Kalau ikutkan kiraan saya akan bekerja pasa last hari khamis.tetapi bolehkan saye bercuti pada hari khamis Dan hari terakhir bekerja saye pada hari rabu?

  • Hisyam says:

    Hi, nak tanya. Kalau dalam contrak ada probation 6 bulan sebelum jadi pekerja tetap dan after confirmation ada notice period 2 bulan kalau nak berhenti…

    dalam probation period takde sebut wajib… jadi kalau beri 30 hari notis bolehke dan bolehke kalau majikan nak paksa untuk kita ikut Notice period 60 hari sedangkan benda tu takde dalam LOE…

    kalau dia keluar memo… tapi takde addendum atau persetujuan 2 belah pihak berkaitan apa apa perubahan kepada LOE… memo kata probation kalau nak berhenti kena 2 bulan notis…

    saya dah submit resignation letter 30 hari selepas tanya dengan Area manager tempoh notis… baru dorang forwardkan memo tu… mengatakan notice adalah 60 hari..

    saya nak ikut Kontrak? atau nak kena ikut memo?

    • Zahin Byond says:

      Jika kontrak pekerjaan menyatakan tempoh percubaan 6 bulan tanpa klausa tentang notis berhenti kerja, secara amnya undang-undang mengambil kira notis minimum mengikut Akta Kerja 1955 (Seksyen 12).

  • ERIN says:

    HAI NAK TANYA SAYA BARU KERJA SATU COMPANY NI DALAM SEBULAN TAPI SAYA TAK PERNAH SIGN APA APA SURAT AND TAK TAHU TENTANG PENERANGAN GAJI JADI KALAU SAYA NAK BERHENTI NOTIS 7 HARI BOLEH KE ?

    • Zahin Byond says:

      Perlu rujuk surat tawaran kerja, tetapi dinasihatkan untuk dapatkan kontrak dan bincang dengan majikan. Hal ini kerana jika dalam kontrak tidak dinyatakan tempoh notis, maka perlu ikut penetapan Akta Kerja kebiasannya.

  • shafinaz says:

    hi saya telah menghantar notis berhenti sebulan sebelum tarikh berhenti, adakah saya dikira menghantar short notis dan perlu bayar ganti rugikwpada majikan

    • Zahin Byond says:

      Berapa tempoh notis yang tertulis dalam kontrak? Jika sebulan maka perlu lalui tempoh notis sebulan, dan jika ingin berhenti lebih awal daripada tempoh notis maka perlu bayar ganti rugi.

Leave a Reply