Bayangkan, anda sudah menghantar 50 resume. Setiap hari menunggu e-mel dan berita baik, namun masih sunyi. Masalah ini mungkin bukan pada diri anda tapi pada resume itu sendiri.
Resume adalah ‘first impression’ anda kepada bakal majikan, dan jika resume itu gagal menarik perhatian perekrut, maka peluang untuk dipanggil interview sudah pun tertutup sebelum ia terbuka.
Macam Mana Nak Tahu Resume Anda Berkesan?
Resume yang berkesan bukan diukur mana yang paling panjang, mana yang paling cantik atau mana yang paling kreatif. Tapi resume yang berkesan diukur dengan bagaimana ia berjaya menyampaikan mesej jelas kepada majikan dalam satu bentuk dokumen 1 hingga 2 muka surat.
Perbezaan antara resume yang berkesan dan resume yang lemah adalah terletak pada satu kesilapan yang ramai buat tanpa sedar iaitu menulis senarai tugasan dan bukannya pencapaian.
Mari perhatikan dua contoh ini:
- Resume lemah: “Bertanggungjawab mengurus akaun media sosial syarikat.”
- Resume berkesan: “Mengurus akaun media sosial syarikat dan meningkatkan kadar engagement sebanyak 25% dalam tempoh tiga bulan.”
Di sini, ayat pertama memberitahu majikan apa yang anda lakukan manakala ayat kedua pula membuktikan apa yang anda mampu capai. Menariknya, ada kajian mendapati perekrut lazimnya mengambil masa 6 hingga 10 saat untuk menilai sesebuah resume.
Jadi, apa yang anda tulis dan bagaimana anda menulisnnya sangat penting!
Asas Resume yang Menarik
Sebelum masuk kepada cara buat resume yang betul, mari kenali dahulu lima prinsip asas ini:
- Panjang yang ideal. Satu muka surat untuk fresh graduate atau mereka yang berpengalaman kurang dari lima tahun. Satu hingga dua muka surat untuk yang lebih senior.
- Bahasa formal yang kemas. Resume dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris perlu bebas daripada penggunaan ayat singkatan, bahasa rojak, atau ayat tidak lengkap.
- Susunan kronologi. Pengalaman kerja dan pendidikan terkini perlu diletakkan di bahagian atas. Majikan mahu tahu siapa anda sekarang bukan 10 tahun lalu.
- Resume yang disesuaikan (tailored) mengikut jawatan. Elak menghantar resume yang sama kepada semua iklan kerja. Setiap jawatan ada keperluan yang berbeza dan resume anda perlu mencerminkannya.
- Bebas kesilapan ejaan dan format. Satu kesilapan ejaan sudah cukup untuk meragukan profesionalisme anda. Semak dan semak lagi. Kemudian minta orang lain semak sekali.
Cara Buat Resume Berkesan
- Maklumat Peribadi
Bahagian ini ringkas tetapi kesilapan di sini boleh menghilangkan peluang sebelum resume anda sempat dibaca. Pastikan yang berikut ada dan tepat:
- Nama penuh seperti dalam IC atau pasport
- Nombor telefon aktif (lebih baik yang boleh dihubungi melalui WhatsApp)
- Alamat e-mel yang profesional contohnya [email protected] adalah baik, [email protected] kurang sesuai
- Bandar dan negeri tempat tinggal (contoh: Shah Alam, Selangor)
- Pautan LinkedIn atau portfolio jika ada
- Ringkasan Profesional / Objektif Kerjaya
Bahagian ini sering dipandang ringan, padahal ia adalah peluang emas anda untuk membuat kesan pertama yang kuat. Dalam 2 hingga 4 ayat ringkas, sampaikan snapshot tentang siapa anda, pengalaman teras anda, dan nilai yang anda boleh bawa kepada majikan.
Pastikan anda menyelitkan keywords yang selari dengan jawatan yang dipohon kerana ini penting untuk lepas tapisan ATS dan menarik perhatian perekrut yang membaca.
- Pengalaman Kerja
Inilah bahagian yang paling diperhatikan oleh majikan, jadi tulis dengan penuh terliti. Format yang perlu ada bagi setiap jawatan:
- Nama jawatan, nama majikan, lokasi, dan tempoh (bulan/tahun mula hingga akhir)
- 3 hingga 6 bullet points yang fokus kepada pencapaian, bukan sekadar tugas harian
Gunakan kata kerja yang kuat. Mulakan setiap bullet point dengan perbuatan yang aktif seperti diuruskan, dilaksanakan, dibangunkan, dipertingkatkan, dikoordinasikan dalam Bahasa Melayu atau managed, implemented, improved, led, developed dalam Bahasa Inggeris.
- Pendidikan
Susun dalam kronologi kelayakan tertinggi dahulu. Yang perlu disertakan:
- Nama kelayakan, nama institusi, lokasi, dan tahun tamat
- CGPA jika 3.0 ke atas masih relevan dan dihargai dalam pasaran Malaysia, terutama untuk fresh graduate
- Projek akhir tahun, tesis, atau kursus yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon
- Kemahiran
Pecahkan kemahiran kepada dua kategori yang jelas:
- Kemahiran teknikal: Microsoft Excel, SQL, AutoCAD, Canva, sistem HRIS, bahasa pengaturcaraan Python, dan sebagainya.
- Kemahiran insaniah (soft skills): Komunikasi berkesan, kerja berpasukan, pemikiran analitikal, kepimpinan projek.
Tip penting untuk ATS: Selaraskan kemahiran yang anda senaraikan dengan keywords dalam iklan jawatan yang anda pohon. Sistem ATS menapis resume berdasarkan padanan keyword. Jika kemahiran anda tidak sepadan dengan apa yang dicari, resume anda mungkin tidak sampai ke tangan manusia pun.
- Pencapaian, Sijil & Aktiviti Lain
Bahagian ini adalah tempat anda menonjolkan bukti nilai tambahan nilai. Sesuatu yang tidak dapat disampaikan semata-mata melalui tajuk jawatan atau senarai tugas. Contohnya:
- Sijil kursus profesional (contoh: HRDF Train-the-Trainer, Google Data Analytics, peperiksaan ACCA)
- Anugerah dan pengiktirafan (contoh: Pekerja Cemerlang, Dean’s List, pemenang pertandingan)
- Peranan kepimpinan (contoh: Presiden Kelab, Pengarah Program sukarela)
- Rujukan (References)
Anda tidak perlu menyenaraikan nama dan nombor telefon referee secara terus dalam resume. Amalan terkini sama ada dalam konteks Malaysia mahupun antarabangsa adalah dengan meletakkan baris ringkas ini sahaja: “References available upon request.”
Baca juga: Cara Masukkan ‘Skill’ dengan Betul dalam Resume
Kesimpulannya, buka semula resume anda hari ini. Baca setiap baris seperti anda seorang perekrut yang baru menerima dokumen itu buat pertama kali. Tanya diri sendiri dengan jujur: “Jika saya yang menerima resume ini, adakah saya akan angkat telefon dan hubungi orang ini?”
Jika jawapannya ragu-ragu, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan.
Dalam pada itu, jika anda ingin tambah kemahiran untuk dimasukan dalam resume, jom sertai kursus anjuran MySyarikat Academy yang merupakan program di bawah HRD Corp. Melaluinya, anda bukan sahaja boleh dapatkan kursus percuma (HRD Corp Claimable) tetapi anda juga mendapat latihan rapi yang diajar oleh HRD Corp certified trainer.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!







