Sebilangan besar daripada kita mahukan kerjaya yang kekal agar dapat menjamin masa depan, sama ada dalam sektor awam atau swasta. Bekerja di sektor awam merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia terutama yang baru menamatkan pengajian di sekolah atau universiti. Bekerja dalam perkhidmatan awam mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.
Tambahan itu, semua pekerja harus cakna mengenai undang-undang yang berkaitan pekerja. Terdapat undang-undang yang mengawal waktu bekerja dan kerja lebih masa untuk pekerja di bawah undang-undang pekerjaan di Malaysia.
Undang-undang Buruh di Malaysia dikawal terutamanya oleh Akta Pekerjaan, 1955. Undang-undang ini mengawal terma dan syarat pekerjaan seperti waktu bekerja, cuti, tempoh rehat, gaji, kerja lebih masa, dan syarat pekerjaan lain.
Waktu Kerja Biasa
Waktu bekerja biasa bagi pekerja dan waktu bekerja pada waktu malam tidak boleh melebihi 8 jam sehari dan tidak melebihi daripada 45 jam seminggu. Tempoh kerja spread-over tidak boleh melebihi 10 jam sehari tidak termasuk kerja lebih masa termasuk waktu rehat.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kerja Lebih Masa?
Kerja lebih masa merujuk kepada mana-mana jam bekerja oleh pekerja yang melebihi waktu kerja biasa mereka yang dijadualkan.
Bagi kakitangan kerajaan yang diarahkan menjalankan kerja lebih masa, elaun lebih masa boleh dibayar tertakluk kepada peraturan semasa berkaitan Elaun Lebih Masa. Apabila anda bekerja melebihi minggu kerja 40 jam kebiasaanya, anda mungkin layak mendapat gaji lebih masa. Terdapat garis panduan kebangsaan dan tempatan menentukan kadar gaji lebih masa.
Memahaminya boleh membantu anda menentukan kelayakan anda dan menjangkakan jumlah yang anda akan perolehi apabila bekerja lebih masa di tempat kerja.
Keadaan kerja lebih masa yang melayakkan kakitangan kerajaan itu menuntut Elaun Lebih Masa adalah meliputi tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemprosesan, penyeliaan, dan pengawasan serta tertakluk kepada salah satu daripada syarat-syarat seperti berikut :
- Kerja-kerja kecemasan.
- Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya.
- Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh Pegawai melebihi daripada bidang tugas biasanya.
- Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangka masa yang terhad.
Kadar Elaun Lebih Masa Bagi Kakitangan Kerajaan
Terdapat dua tempoh masa bagi kerja lebih masa iaitu:
- Kerja Siang = Sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan diantara jam 6 pagi hingga 10 malam.
- Kerja Malam = Sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan diantara jam 10 malam hingga 6 pagi.
Formula kadar tuntutan lebih masa adalah seperti berikut:
- Kakitangan Kerajaan: Kadar Sejam = (Gaji Pokok x 12 bulan) dibahagikan dengan (313 hari x 8 jam)
Tuntutan Elaun Lebih Masa (ELM) yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan sebelum atau pada 15 haribulan dalam bulan yang berikutnya. Pemohon yang lewat mengemukakan tuntutan lewat perlu melampirkan memo tunjuk sebab yang kukuh atas kelewatan dan disahkan oleh Ketua Jabatan.
Antara Contoh Cara Kira Kerja Lebih Masa Pekerja Swasta (ianya mungkin berbeza bergantung kepada organisasi)
Kenal pasti jadual kerja mingguan masing-masing.
Sekiranya anda bekerja 6 hari seminggu, maka waktu kerja anda sehari maksimum adalah 45 jam/6 = 7.5 jam sehari.
Selain itu juga, sekiranya anda bekerja 5 hari seminggu maka waktu kerja anda sehari maksimum adalah 45 jam/5 = 9 jam sehari. Tapi kebiasaan pekerjaan 5 hari ini 8 jam sehari sahaja (8 jam x 5 hari = 40 jam).
Kesimpulannya, kalau jumlah kerja seminggu sekarang kurang dari 45 jam, maka waktu kerja anda tak berubah. Jika lebih daripada 45 jam sahaja akan berubah.
Walau bagaimanapun bagi anda bekerja 5 hari iaitu 40 jam seminggu, elaun kerja lebih masa biasanya akan dikira apabila anda kerja Lebih 45 jam. (5 jam tambahan tidak dikira).
- Bayaran Elaun Kerja Lebih Masa diantara Kakitangan Kerajaan dan Pekerja Swasta adalah berbeza. Ini bergantung kepada tangga gaji seseorang pekerja dan kadar nilai bagi setiap jam kerja lebih masa yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi itu.
Kerja Lebih Masa Pada Cuti Umum
Jika pekerja bekerja pada waktu normal pada hari cuti umum, sebagai tambahan bayaran gaji cuti umum yang layak diterima, seseorang pekerja layak mendapat 2 hari gaji pada kadar gaji normal. Tidak kira tempoh kerja yang dilakukan pada hari itu adalah kurang daripada waktu kerja biasa.
Kerja Lebih Masa, Hari rehat dan Jam Bekerja
1. Bagaimana seorang pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari rehat perlu dibayar?
- Pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari rehat, hendaklah dibayar tambahan sehari gaji kadar yang biasa bagi pekerja tersebut.
2. Berapakah hari cuti rehat yang pekerja dapat di bawah Akta 1955?
- Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan.
3. Berapakah kadar bayaran kepada pekerja yang bekerja lebih masa?
- Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut: Pada hari kerja biasa, 1 1/2 kali kadar gaji sejam. Pada hari rehat, 2 kali kadar gaji sejam. Pada hari cuti am, 3 kali kadar gaji sejam.
Dengan menggunakan perisian applikasi daripada MySyarikat ianya dapat membantu majikan khususnya untuk mengira gaji serta elaun kerja lebih masa dengan efisyen. Ianya merupakan sistem yang teratur, pantas dan menjimatkan masa.
Salam sejahtera
Waktu bekerja biasa saya terbahagi kepada dua.
1. waktu bekerja pejabat seperti yang ditetapkan dalam Perintah Am 1 Bab G. (8 pagi sehingga 5 petang pada hari kerja biasa)
2. waktu bekerja separa syif yang mana satu set syif ada am duty (7pg – 2 ptg), turun untuk nd duty (9mlm – sehingga esok 7 pagi) dan kembali pada pm duty (2 ptg – 9 mlm). Set ini mesti dilengkapkan pada hari kerja biasa.
Contoh Senario 1
Isnin Bekerja pejabat (9jam)
Selasa Am (7 jam), Nd (10jam – dibayar ELKM 9j)
Rabu Pm (7 jam)
Khamis Bekerja pejabat (9jam)
Jumaat Am Nd (7 jam), Nd (10jam – dibayar ELKM 9j)
Sabtu Pm (7 jam) dibayar ELKM
Ahad – rehat (tiada penjadualan untuk syif)
Contoh Senario kerja 2
Isnin Am , Nd
Selasa Pm
Rabu Am , Nd
Khamis Pm
Jumaat Am , Nd
Sabtu Pm
Ahad Am, Nd
Isnin Pm
Soalan
1. Apakah jumlah jam kerja saya mencapai 45 jam seminggu?
2. Adakah 45 jam ini termasuk waktu kerja lebih masa?
3. Jika tidak, adakah perlu dikemaskini waktu kerja am dan pm pada hari bekerja biasa dari 7 jam kepada
9 jam bagi mematuhi waktu kerja 45 jam seminggu?
4. Dengan senario kerja begini, adakah saya masih perlu memenuhi waktu kerja pejabat 9 jam sehari / 45
jam seminggu?
5. Apakah takrifan yang betul bagi kategori kerja begini AM ND, PM (double syif/kerja terus-menerus/…)
Mohon penerangan. Terima Kasih atas perhatian.
Boleh saya tahu dari sektor swasta atau sektor kerjaan?