Skip to main content

Akta Kerja 1955 kini telah diwartakan Pindaan 2022 berkuatkuasa serta merta bermula 1 September 2022 menyatakan bahawa sesuatu kontrak perkhidmatan tidak membenarkan seorang pekerja bekerja:

  • Melebihi 5 jam berturut-turut tanpa rehat kurang dari 30 minit;
  • Bekerja lebih dari 8 jam sehari;
  • Lebih dari tempoh 10 jam sehari; dan
  • Lebih 45 jam seminggu.

Tetapi, perlu diingatkan bahawa akta ini hanya boleh dituntut oleh pekerja yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sahaja (tidak kira pangkat). Jadi, kalau anda bergaji pokok RM4,000 ke atas, tiada bayaran kerja lebih masa yang anda akan terima.

Definisi Kerja Lebih Masa/Overtime (OT)

Menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, kerja lebih masa atau lebih difahami dengan istilah overtime (OT) merupakan kerja yang yang dilakukan pada masa melebihi waktu kerja normal.

Sebagai contoh, Amir bekerja dari pukul 9 pagi sehingga pukul 5 petang, tetapi, diminta untuk bekerja sehingga pukul 10 malam. Maka, lebihan jam selepas pukul 5 petang sehingga 10 malam tersebut dikira sebagai kadar jam kerja lebih masa. Mudah untuk difahami, kan?

Berapakah Kadar Kerja Lebih Masa Berdasarkan Akta Kerja 1955?

Kadar kerja lebih masa adalah berbeza bergantung pada sama ada kerja dilakukan pada hari kerja biasa, hari rehat atau cuti umum, serta sama ada semasa atau di luar waktu kerja biasa.

(i) Hari Biasa

Khusus untuk pekerja yang bekerja melebihi waktu normal pada hari bekerja biasa atau normal, pekerja tersebut perlu dibayar dengan kadar tidak kurang daripada 1.5 kadar gaji sejam mereka.

Untuk mudah faham, rujuk formula di bawah ini:

Gaji Pokok / 26 x 1.5 x Bilangan Jam Bekerja Lebih Masa

(ii) Hari Cuti Rehat

Ingat tak artikel sebelum ini yang berkaitan dengan 6 cuti yang berhak untuk pekerja? Antaranya adalah cuti rehat yang memperuntukkan pekerja menerima satu hari cuti rehat dalam seminggu dan bagi pekerja yang bercuti rehat lebih dari satu hari iaitu mereka yang bekerja 5 hari seminggu, hari terakhir cuti rehat mereka adalah cuti rehat bagi kerja lebih masa.

Untuk lebih mudah difahami, pekerja yang bekerja pada hari Isnin sehingga Jumaat, hari cuti rehat mereka jatuh pada hari Ahad. Jadi, jika pekerja tersebut bekerja lebih masa pada hari cuti rehat, mereka perlu dibayar dengan kadar 2.0 kadar gaji sejam mereka. Cara kiraannya adalah seperti berikut:

Gaji Pokok / 26 x 2.0 x Bilangan Jam Bekerja Lebih Masa

(iii) Hari Cuti Umum

Cuti umum di dalam Akta Pekerja 1955 merangkumi 11 hari cuti berbayar termasuklah Hari Kemerdekaan, Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri, Hari Buruh, serta Hari Malaysia.

Seperti ditetapkan di dalam Akta Pekerja 1955, pekerja yang bekerja dengan waktu normal semasa cuti umum, tambahan bayaran gaji cuti umum layak diterima iaitu 2 hari gaji pada kadar gaji normal, tidak kira tempoh waktu kerja yang dilakukan pada hari tersebut kurang dari tempoh waktu kerja biasa.

Tambahan lagi, kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja di luar waktu bekerja normal pada hari cuti umum, layak menerima kadar tidak kurang daripada 3 kali ganda gaji sejam. Formula kiraan kadar bayaran lebih masa untuk cuti umum adalah seperti berikut:

Gaji Pokok / 26 x 3.0 x Bilangan Jam Bekerja Lebih Masa

Had Bekerja Lebih Masa

Majikan perlu mengambil berat tentang perkara ini kerana tenaga manusia ada hadnya. Jadi, seorang majikan tidak boleh mengerah tenaga pekerjanya sepenuh hati. Oleh sebab itu, telah termaktub di dalam Seksyen 60A (4) Akta Pekerja 1955 dan Peraturan (Had Kerja Lebih Masa) 1980, had bekerja lebih masa sebulan adalah 104 jam sahaja.

Jika anda dikerah bekerja lebih masa melebihi had yang sepatutnya, adukan isu tersebut di saluran yang betul ya. Jangan biarkan tenaga anda dikerah percuma sahaja.

Kiraan Bayaran Kerja Lebih Masa di MySyarikat

Kesimpulannya, dalam bahasa mudah difahami:

  1. Jika berpendapatan RM4,000 ke bawah, anda secara automatik tertakluk di bawah Akta Pekerja 1955. Manakala bagi anda yang berpendapatan RM4,001 dan ke atas, anda tertakluk dengan kontrak pekerjaan dengan majikan.
  2. Jadi, bagi yang bergaji RM4,000 ke bawah tadi, sekiranya jumlah waktu kerja anda setiap minggu melebihi 45 jam, anda wajib di bayar dengan kadar kerja lebih masa yang tertakluk di dalam akta dan merupakan hak anda.
  3. Kiraan OT tidak akan berubah (kadar bayarannya adalah tetap tertakluk kepada akta).

Bagi majikan yang mempunyai kesukaran menyediakan kadar bayaran kerja lebih masa, sistem di dalam MySyarikat menyediakan kemudahan untuk mengira dan merekodkan kadar bayaran dan jumlah tempoh kerja lebih masa pekerja anda.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, ya!

Daftar segera dengan MySyarikat dan kami akan bantu memudahkan pengurusan syarikat anda.

96 Comments

  • Ruben says:

    Gaji pokok saya RM1,800 , kalau saya buat ot adakah syarikat saya ada hak untuk tolak ot saya , kiraan ot pon bermula dari selepas ot selebih 2 jam dan syarikat saya ada 1 syarikat International

    • Zahin Byond says:

      Kini pekerja yang bergaji RM4,000 layak untuk menerima bayaran overtime (OT) jika diminta untuk melakukan kerja tambahan melebihi tempoh waktu bekerja normal yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955.

  • Kifli says:

    Boleh kah majikan memaksa perkerjanya untuk berkerja lebih masa?

    • Zahin Byond says:

      Kerja lebih masa (OT) adalah atas persetujuan diantara majikan dan pekerja. Sekiranya majikan meminta pekerja untuk kerja lebih masa maka pekerja layak mendapat bayaran OT.

  • Anon says:

    Bolehkah kalau syarikat tetapkan kadar ot sebulan sebanyak 13 jam sahaja? Gaji basic RM1,600 sebulan.

    • Zahin Byond says:

      Boleh kerana OT adalah berdasarkan persetujuan diantara pekerja dan majikan untuk membuat kerja tambahan selepas tempoh waktu bekerja yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

      • Aien says:

        Saya bekerja dari pukul 8-5 ptg isnin hingga jumaat, cara kiraan ot sy Rm1800 ÷ 22 ÷8 @9 jam yea? Maaf sy keliru..

        • Zahin Byond says:

          Di sini anda perlu bahagikan jumlah gaji bulanan dengan 26 untuk dapat kan ORP. Kemudian ORP tersebut perlu dibahagi dengan jam bekerja untuk dapatkan HRP. Jumlah HRP tersebut kemudian baru didarab dengan kadar OT untuk dapatkan jumlah bayaran OT. Untuk rujukan lanjut boleh tekan sini.

  • adila says:

    Boleh ke syarikat ganti jam OT pekerja dengan cuti bukan bayaran. bagaimanakah cara kiraan jam cuti ganti tersebut?

    • Zahin Byond says:

      Mengikut Akta Kerja 1955, jika pekerja bekerja lebih masa atau ketika waktu cuti maka majikan wajib bayar OT. Namun, jika terdapat persetujuan kedua-dua pihak, majikan boleh berikan time off. Contohnya jika pekerja bekerja lebih 4 jam, maka mungkin boleh masuk 4 jam lewat. Tetapi pada dasarnya OT perlu dibayar mengikut penetapan Akta Kerja 1955.

  • Zi says:

    Jika bertahun-tahun kerja OT pada hari ahad dibayar 1.5,boleh ke tuntut semula dari majikan?

    • Zahin Byond says:

      Boleh. Untuk kes tuntutan pekerja boleh buat laporan berkaitan majikan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan mengemukakan bukti-bukti bahawa pekerja telah menjalankan tugasan.

  • Rayna says:

    Gaji rm 1700. Waktu kerja isnin – sabtu 9.30a.m. – 6 p.m.. Hari rehat adalah hari ahad, tapi ada pada bulan tertentu majikan akan minta pekerja untuk bekerja isnin – ahad. Bagaimana cara kiraan gaji pada hari ahad tersebut?

    • Zahin Byond says:

      Mengikut Akta Kerja 1995, hari bekerja yang dibenarkan adalah 6 hari seminggu dengan 1 hari rehat. Manakala, waktu bekerja yang lebih akan dikira sebagai overtime.

  • Firdaus Iskandar says:

    Kes 1
    Rate ot normal 1.5
    Rate ot rest 1.5 untuk 8 jam pertama, 2.0 untuk lepas 8 jam.
    Rate ot public 2.0 untuk 8 jam pertama, 3.0 untuk lepas 8 jam.

    Kes 2
    Cuti bersalin 98 hari tetapi cuti berbayar untuk 2 bulan/60 hari sahaja. Selebihnya, dikira cuti tidak berbayar.

    Apa pandangan tuan?

    • Zahin Byond says:

      Bagi kes 1, <4 jam pertama 1/2 x ORP dan >4jam ke atas 1 X ORP.
      Untuk kes 2 adalah menjadi kesalahan kerana penetapan cuti bersalin yang diberikan Akta Kerja 1955 adalah sepanjang 98 hari.

  • Huda says:

    Bagaimana perkiraan gaji bagi pekerja yang bekerja pada hari sabtu, sekiranya syarikat hanya beroperasi pada hari isnin hingga jumaat sahaja, mengikut undang-undang buruh malaysia.
    Adakah terdapat perbezaan kadar gaji bagi pekerja yang bekerja pada hari sabtu dari pukul 8.30pagi hingga ke pukul 1.00ptg berbanding pekerja yang bekerja pada hari Sabtu dari pukul 8.30pagi hingga 5.00petang ; untuk syarikat yang beroperasi isnin – jumaat

    • Zahin Byond says:

      Tempoh waktu bekerja yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 adalah tidak lebih 45 jam seminggu. Bergantung kepada polisi syarikat, mungkin ada yang bekerja dari Isnin ke Jumaat atau Isnin ke Sabtu. Bagi pembayaran OT pula ia tertakluk pada kadar OPR tempoh bekerja tersebut.

  • fara says:

    Jika pekerja di kehendaki kerja 12 jam , tetapi datang lewat 2 jam dan bekerja 10 jam sahaja, layak kah kita bayar ot 2 jam atau bayar ot 4 jam dan potong masa 2 jam dari basic.

    • Zahin Byond says:

      OT dan bayaran waktu kerja tidak sama. Jadi pekerja layak dapat OT sebab waktu bekerja adalah ditetapkan, contoh 8-5. Jadi Lebih dari 5, pekerja perlu dibayar OT. Bagi lewat 2 jam terbabit, HR perlu mengeluarkan surat tunjuk sebab diatas kelewatan dan mengenakan tindakan terhadap pekerja jika didapati bersalah.

  • yana says:

    bagaimanakah pengiraan bagi pekerja yang bekerja 5 hari seminggu (45jam/5hari)=9 jam? adakah akta membenarkan untuk pengiraannya orp dibahagikan dengan 9 jam?

  • Umira says:

    Waktu bekerja 9am-5pm..pekerja cuti halfday pagi, msuk jam 1 petang dan pulang jam 6.30 petang. Adakah pekerja ini layak mendapat bayaran OT bermula jam 5.00 ptg hingga 6.30 ptg. Mohon penjelasan.

    • Zahin Byond says:

      Jika mengikut Akta Kerja 1955 pekerja layak terima OT. Ini disebabkan cuti tersebut telah diluluskan dan pekerja bekerja untuk separuh hari sahaja. Jadi lebih dari jam bekerja, perlu dibayar OT.

  • Badrul Amin says:

    Maaf nk tnya, waktu sya kerja isnin hingga jumaat. Hari cuti sabtu & ahad. Bleh ke sya overtime sabtu & ahad?

    • Zahin Byond says:

      Mengikut Akta Kerja 1955 mana-mana majikan yang meminta pekerja untuk bekerja melebihi waktu ditetapkan atau pada hari cuti (Rest Day) seperti hari Ahad, maka pekerja itu layak untuk dibayar overtime (OT).

      • Badrul Amin says:

        Makna nya overtime(OT) weekend sabtu & ahad tidak dikira dlam Akta 7 hari bekerja?

        • Zahin Byond says:

          Seperti dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 dalam tempoh seminggu majikan mesti berikan 1 hari cuti (rest-day), jika pekerja diminta bekerja pada hari tersebut maka dia layak dapat bayaran OT.

  • MD shabi says:

    Pekerja dikehendaki menjalani latihan(training)di satu tempat atas arahan syarikat pada hari off day. syarikat tidak mengikut kadar bayaran OT. Diganti dengan allowance yang kurang dari kadar upah gaji Boleh syarikat berbuat demikian?

    • Zahin Byond says:

      Boleh, tetapi syarikat perlu berikan hari cuti ganti. Hal ini kerana dalam tempoh seminggu bekerja, pekerja perlu diberi 1 hari cuti.

    • Wan says:

      Assalam. Adakah akta yg membenarkan bayaran OT mempunyai potongan socso dan juga Eis? Setahu saya OT mesti di bayar penuh tanpa ada potongan2 berkaitan. Boleh beri pencerahan?

      • Zahin Byond says:

        OT dibayar sekali dalam gaji dan ia dibayar pada kadar bulanan. Gaji pekerja perlu dipotong caruman wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP.

  • Nur says:

    Hi, jika kita bekerja pada hari cuti umum, 8 jam normal day dan bukan overtime. Bagaimana pengiraannya? Dan di pay slip under Overtime atau Salary – PH?

    • Zahin Byond says:

      Ini tertakluk pada kadar OT hari cuti umum. Ini bermakna 8 jam adalah bersamaan 2xORP (ordinary rate pay).

  • AABA says:

    Assalam,

    mohon pencerahan tuan.

    saya dah signed empolyment letter dan waktu bekerja saya dari Isnin-Jumaat. jadi company arahkan saya untuk bekerja pada hari sabtu tanpa mahu membayar OT. Di kira sabtu itu termasuk dalam hari bekerja yang normal. boleh kah company saya berbuat begitu?
    dan jika company ada mengeluarkan employment letter yang baru(revise waktu bekerja) adakah saya ada hak untuk tidak tandatangan employment letter yang baru tu ye?

    dan jika company tidak mahu membayar OT sy bekerja hari sabtu adakah saya boleh membuat aduan?

    mohon pencerahan. terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Jika penambahan hari bekerja sabtu tersebut tidak melebihi 45 jam seminggu, boleh. Perlu difahamkan bahawa setiap syarikat memiliki polisi mereka sendiri, jadi dinasihatkan untuk berbincang dengan HR dan majikan untuk penerangan lanjut. Untuk persoalan tandantangan kontrak baharu tersebut ia adalah hak anda tetapi perlu diingatkan kontrak pekerjaan adalah dokumen yang mengikat perhubungan kerja.

  • Nimra says:

    Assalam,

    mohon pencerahan tuan.

    saya dah signed empolyment letter dan waktu bekerja saya dari Isnin-Jumaat. jadi company arahkan saya untuk bekerja pada hari sabtu tanpa mahu membayar OT. Di kira sabtu itu termasuk dalam hari bekerja yang normal. boleh kah company saya berbuat begitu?
    dan jika company ada mengeluarkan employment letter yang baru(revise waktu bekerja) adakah saya ada hak untuk tidak tandatangan employment letter yang baru tu ye?

    dan jika company tidak mahu membayar OT sy bekerja hari sabtu adakah saya boleh membuat aduan?

    mohon pencerahan. terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Menurut Akta Kerja OT perlu dibayar jika pekerja bekerja lebih dari masa yang ditetapkan. Di sini pekerja boleh menolak untuk sign new employment letter jika syarikat tidak sertakan sebab jelas terhadap perubahan waktu bekerja. Tetapi seeloknya berbincang dengan HR terlebih dahulu.

      • Leeya says:

        Assalam tuan,

        Mohon pencerahan, sekiranya staff sy perlu dari jb ke KL utk kerja luar kawasan (factory visit), tetapi bertolak pada malam hari tersebut…adakah waktu bertolak hingga balik bermulanya kiraan jam OT?

        Atau waktu yg ditetapkan bagi factory visit tersebut hingga selesai?

        Terima kasih tuan.

        • Zahin Byond says:

          Untuk kes seperti ini ia tidak dikira OT kerana tak melakukan kerja. OT diberikan bila melakukan kerja sahaja. Tetapi majikan boleh beri elaun tambahan untuk perjalanan terbabit seperti elaun makan, travel allowance dan sebagainya. Dinasihatkan untuk rujuk semula HR dan polisi syarikat berkaitan perkara ini.

  • Mohamad Riduan bin mukeri says:

    Bolehkah ot dibayar pada bulan depan.contoh buat ot pada bulan Julai dan dibayar pada bulan ogos

  • Anuar zain says:

    Sy bekerja 9-6 rehat 1 jam..6hri seminggu..total 48 jam…adakah sy blh claim ot 3 jam? Sebab majikan hanya membayar gaji pokok rm1500 tnpa potongan kwsp dan ot

    • Zahin Byond says:

      Majikan perlu membuat potongan untuk caruman KWSP kerana ia merupakan sebahagian daripada potongan wajib yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Selain itu, OT perlu dibayar sekiranya pekerja bekerja melebihi waktu kerja normal jika diminata oleh majikan.

  • izan says:

    Bolehkan bayaran OT di buat selepas bayaran gaji? Contoh OT utk bulan Julai dibayar selepas 5hb Ogos (tarikh pembayaran gaji). Dalam tempoh (6hb Ogos hingga 31 Ogos) Atau bayaran OT dibuat selepas bulan Ogos?

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran OT selalunya akan dibayar sekali dengan gaji. Contohnya OT pada bulan Ogos akan dibayar pada tarikh penggajian 1 September. Sila rujuk HR atau polisi syarikat untuk rujukan lanjut mengenai perkara ini.

  • Yusuf says:

    Syarikat tempat saya bekerja menetapkan bahawa pekerja yang mempunyai gaji basic RM2k ke atas tidak boleh memohon bayaran untuk sebarang OT yang dilakukan, dan jam OT tersebut cuma boleh dikumpul untuk tujuan pelepasan bekerja. Contoh, 4 jam OT, boleh dapat pelepasan setengah hari bekerja. Tapi dalam masa yang sama, sekiranya OT yang terkumpul kurang daripada 4 jam, permohonan pelepasan tidak akan diterima. Boleh ke syarikat buat macam ni?

    • Zahin Byond says:

      Tidak. Bagi pekerja yang bergaji RM4,000 ke bawah dan dilindungi Akta Kerja dan melakukan kerja selepas dari waktu kerja, layak memohon bayaran kerja lebih masa.

  • Danish says:

    Adakah perjalanan pulang dari site ke office termasuk dalam ot sekiranya sudah lebih waktu bekerja ?

    • Zahin Byond says:

      OT hanya akan dikira apabila pekerja melakukan tugasan kerja sahaja. Untuk perjalanan pulang dari luar ke pejabat atau pejabat ke luar atas urusan kerja boleh minta bayaran elaun berdasarkan polisi syarikat.

  • IJAM says:

    NAK TANYA,SAYA OT LEBIH MASA RITU TAPI SAYA TAK TULIS DEKAT BUKU OT SEBAB SAYA TAK TAHU SEBAB SAYA STAFF BARU,LEPAS TU HR CAKAP DUIT SAYA BURN SEBAB TAK ISI,DIA KATA KALAU TAK TAU KENAPA TAK TANYA.ADAKAH OT SAYA BURN MACAM TU JA?

  • Stupid says:

    Majikan paksa OT atas alasan kurang pekerja. Saya tak boleh OT sebab ada ambil kelas online/tak larat sebab kesihatan. Boleh ke paksa? Bila tanya majikan mengamuk kata dah memang kerja. Majikan kata saya kerja elok nak naikkan pangkat lagi cuma saya tak nak OT je jadi isu. Untuk makluman, saya tak nak pun naik pangkat. Dah selesa kerja takat ni.

    • Zahin Byond says:

      Majikan boleh meminta pekerja untuk melakukan OT sekiranya diperlukan tetapi wajib untuk membayar pekerja untuk masa kerja tambahan tersebut. Jika majikan minta buat OT dan dibayar tidak menjadi masalah. Dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak majikan anda.

  • Saif says:

    Kalau kita bekerja 4jam pada cuti umum adalah kita akan dibayar 8jam?

    Dan akta buruh apa yang diguna pakai untuk kenyataan ini?

    • Zahin Byond says:

      Tidak. Anda perlu kira ORP dan HRP kemudian kali dengan 3 memandang itu adalah kadar hari cuti umum. Rujukan boleh dibuat pada Akta Kerja 1955.

  • nurul says:

    assalamualaikum ..

    saya nak tanya ,,boleh ke syarikat membuat bayaran OT mengikut Satu basic sahaja iaitu RM1500 dan limit RM300 sahaja sebulan ?memamg ade dalam akta ke ?

  • nurul says:

    assalamualaikum..kalau kerja ot pada hari malaysia,pengiraan gaji mcm mana ye?keje slama 4jam setengah..adakah gaji ot X 2 or dikira gaji jam biasa X 2?

    • Zahin Byond says:

      Hari Malaysia merupakan sebahagian daripada Hari Kelepasan Am yang wajib majikan ambil. Jika pekerja bekerja pada hari tersebut maka kadar OT yang layak diterima pekerja adalah sebanyak 3x.

  • Mohammad Fathi says:

    Salam, saya ingin bertanya , jika staff itu OT untuk Hari Malaysia hanya 3 jam, berapakah kiraan untuk OT itu? adakah rate dia untuk sehari atau kiraan jam ot itu sahaja?

    • Zahin Byond says:

      OT kira ikut jam berdasarkan formula :

      Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26

      Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari

  • Nurul says:

    Saya join training 1 hari dan waktu training tersebut telah melebihi waktu kerja normal saya. Adakah layak untuk claim overtime?

  • Eliyana says:

    Kerja 9pagi – 6 petang. Dan perlu ot dari pukul 8 malam – pukul 7 pagi. Dan perlu bekerja semula pukul 1 tengah hari. Hanya berehat tido 5 jam sahaja. Adakah ini Betul mengikut akta ?

  • Rohayu says:

    Assalam. Abg sy kerja sbg pengawal keselamatan. Dia belum tetap dan skrg tempoh bekerja 7 hari selama 12 jam. 3 jam rehat dlm tempoh bkerja tsbut. Ditawarkan RM1800 sebulan. Bole ke mcmtu?

    • Zahin Byond says:

      Jika jenis pekerjaannya memerlukan ia berterusan maka majikan boleh minta pekerja bekerja lebih waktu kerja normal dengan syarat masih berikan waktu rehat dan hari cuti rehat (rest day/ off day) dalam seminggu.

  • f says:

    mohon pencerahan tuan, sewaktu saya menerima offer letter sebagai pekerja kontrak dari company, dia nyatakan di offer letter saya mempunyai gaji bulanan dan tidak menyatakan gaji saya di bayar per hari saya bekerja. tetapi selepas saya bekerja dan menerima gaji pertama,saya dapati gaji saya dibayar ikut hari kerana saya ada mengambil cuti. boleh ke saya nak fight dengan hr tentang isu ni?

    • Zahin Byond says:

      Bergantung kepada jenis cuti yang diambil. Jika cuti tersebut adalah cuti tanpa gaji (unpaid leave) maka majikan boleh untuk tidak bayar gaji pada hari pekerja tidak bekerja.

  • Hr says:

    Sekiranya pekerja dari cawangan datang bertugas di HQ tetapi di cawangan waktu bekerja adalah berbeza. Bila pekerja kena bekerja Ahad adakah kiraan ot atau kira ikut waktu bekerja di cawangan?

  • adila says:

    mohon pencerahan .. kalau gaji pokok RM1800 .. dan bekerja 8pagi -5 petang ..pada setiap hari isnin-sabtu ..so 26hari bekerja .. kalau hari ahad diminta untuk bkerja dan contoh jatuh pada cuti 1 malaysia ..pukul 8pagi-3ptg .. boleh tak tolong kira pengiraan dia macam mana ..

    • Zahin Byond says:

      Kadar OT pada cuti umum adalah seperti berikut:

      8 jam – 2 x kadar upah biasa
      selepas 8 jam – 3 x kadar upah biasa

      Pengiraan:

      Upah bulanan/26×2

  • Mohd Termezi says:

    Saya bekerja dari 8am-5pm dan ot 5pm-9pm, office tolak 1 jam dari untuj waktu rehat. Office dibenarkan buat begini?

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja tetapkan pekerja layak mendapat rehat sekurang-kurangnya 30 minit selepas 5 jam bekerja. Kebanyakan syarikat di Malaysia amalkan tempoh waktu rehat 1 jam.

  • Zizi azreq says:

    Company i keje amalkn 6 hari kerja seminggu dgn 45jam/seminggu dan cuti sehari seminggu. So
    ORP : 57.69
    HRP : 7.69

    Ada 1 minggu sy kerja tnpa cuti, contoh; hari cuti sy hari rabu. Tp sbb xde staff lain sy kena keje dr 10.30pg-10.30mlm (1jam rehat).

    Soalan sy, brapakah rate yg wajib dibyr majikan sy utk normal hour yg pertama 10.30pg-6.30ptg dan rate dr 6.30ptg-10.30mlm pada hari yg sy trpaksa kerja pada hari yg sepatutnya sy cuti rehat. Adakah sama mcm hari kerja biasa atau mcm mana rate ikut law?

    • Zahin Byond says:

      OT akan dikira selepas waktu kerja biasa.

      OT pada hari kerja: 1.5 x kadar upah sejam
      OT pada hari rehat: 2.0 x kadar upah sejam
      OT pada cuti umum: 3.0 x kadar upah sejam

      Pengiraan: Upah bulanan/26 x bilangan jam bekerja x kadar OT

    • Zizi azreq says:

      Adakah dr 10.30pg -6.30ptg tu dibyr rate mcm hari biasa atau rate OT atau rate double pay? Dan rate dr 6.30ptg-10.30mlm rate OT biasa atau rate double @ 2x rate OT? Ini pada hari sy dipaksa kerja dihari sya cuti wajib sehari/ week tau.. plz sy perlukan penjelasan

  • MOHD says:

    Saya kerja pengawal keselamatan di sekolah, dan kontrak syarikat diperbaharui setiap 2 atau 3 tahun sekali. Masalanya adalah

    1) Terima gaji tidak mengikut kiraan Akta Kerja 1955
    2) Unsur ugutan – jika tidak setuju, boleh berhenti kerja
    3) Sekerang perbaharui kontrak, boleh tidak saya tuntuk gaji ‘seleweng’ syarikat lama
    4) Kemana boleh saya ajukan aduan saya?

    • Zahin Byond says:

      Untuk masalah seperti ini adalah dinasihatkan untuk membuat aduan ke saluran yang betul seperti Jabatan Buruh.

  • Zizi azreq says:

    Maksudnya pada hari sy dipaksa kerja pada hari cuti, 7.5jam pertama dr 10.30pg – 6.30ptg tu dikira sbgai rate biasa saja mcm hari biasa walaupon sy kerja pada hari sy sepatutnya sy wajib rehat?

    Cuma bezanya dr jam 6.30ptg -10.30mlm dikira 2x upah sejam bukan 2x ot rate?

  • Ada pekerja jawatan supervisor yg masuk kerja selepas bulan Jun2023 dinafikan ot 2.0,pada hari ahad, mereka dibayar hanya dibayar 1.0 sahaja, adakah ini salah disegi undang2.

  • Luqman says:

    Hi, saya bekerja 8am-6pm hari isnin-jumaat. Waktu rehat adalah 1pm-1.55pm. sabtu ahad adalah cuti. Bermakna saya bekerja selama 9 jam sehari ya? Kena tolak 1 jam rehat atau tkperlu ya?

  • remmy says:

    Saya sebagai pemandu lori..waktu kerja sy dari jam 8.30am sehingga 5.30pm..

    sewaktu perjalanan out station sy sampai kilang jam 11 malam..jd ot sy di situ 5.5jam..

    so pihak majikan perlu ke pertikaikan perkara ini?

    sehingga kan di marah kenape saya pulang lewat & ot sy nak di potong..

    di pertikai kan masa untuk makan & solat..

    • Zahin Byond says:

      Boleh beri penerangan lanjut mengenai situasi Tuan/Puan?

      Dalam pada itu jam bekerja sehari ditetapkan Akta Kerja adalah tidak lebih 8 jam. Namun, bagi yang bekerja shift pekerja dibenarkan untuk bekerja lebih dari waktu ditetapkan.

      • remmy says:

        saya sebagai pemandu lori..

        waktu kerja normal saya 8.30am – 5.30pm

        tetapi saya di minta out station ke ipoh untuk penghantaran barang customer..

        so dalam perjalanan pergi saya ade berhenti rehat selama 30 minit di r&r dalam waktu tengah hari sekitar jam 12pm macam tu..

        kemudian sy selesai melakukan tugas dalam jam 5pm..
        sewaktu jam 5pm ni saya ade la berhenti beli makanan & solat asar..

        lepas tu saya sampai di r&r sudah hampir waktu maghrib.. then sy berhenti sekali lagi..

        selesai solat maghrib sy terus bertolak ke kilang di klang..

        dan saya sampai di kilang dalam jam 11pm

        so bermakna OT saya 5.5jam di kira selepas jam 5.30pm – 11.00pm

        jadi majikan saya pertikai kan kenapa saya sampai lewat sehingga jam 11.00pm..

        so majikan nak tolak OT saya..adakah boleh macam tu..??

Leave a Reply