Skip to main content

Dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2023, dan tahun 2024 pula menyapa dengan sinar harapan baru sudah pasti ramai mula membuat perancangan serta persiapan untuk tahun depan.

Tidak kurang juga pasti ada sesetengah daripada kita sedang lakukan pecutan terakhir untuk memenuhi segala sasaran tugasan dan tuntutan, mungkin berkaitan kerja atau azam tahun baru yang ditetapkan pada awal tahun ini.

Dalam dunia perniagaan selalunya syarikat akan mula mengeluarkan jadual tarikh-tarikh penting berkaitan program atau aktiviti yang bakal diadakan pada tahun depan. Ia selalunya akan dikeluarkan pada suku ke-3 setiap tahun. 

Maka, menjadi tanggungjawab pegawai sumber manusia (HR) untuk menyelaraskan jadual tarikh-tarikh penting tersebut bersama warga kerja syarikat agar tiada pekerja yang terlepas sebarang maklumat penting tentang program dan aktiviti syarikat.

Bagi majikan atau pegawai HR yang masih belum membuat perancangan perniagaan syarikat untuk tahun depan jangan risau, artikel kali ini akan senaraikan jadual tarikh-tarikh penting tahun 2024 untuk rujukan semasa membuat perancangan.

Para pekerja juga boleh memanfaatkan jadual tarikh-tarikh pada artikel kali ini untuk merancang percutian supaya dapat bercuti lebih panjang sebagai panduan menggunakan faedah cuti tahunan yang ada.

Fahami Kalendar Perniagaan

Penting untuk sesebuah syarikat merancang segala program dan aktiviti syarikat seawal setahun sebelum dilaksanakan. Lebih banyak masa yang diambil untuk membuat perancangan, maka lebih lancar operasi yang bakal dijalankan.

Atas faktor itu kebanyakan syarikat kini memiliki kalendar perniagaan mereka sendiri. Majikan dinasihatkan untuk mengkaji bulan manakah yang sesuai untuk mengadakan program atau aktiviti bagi memaksimumkan hasil yang boleh diperolehi.

Contohnya, jika pada bulan tersebut memiliki perayaan maka majikan boleh jangkakan hasil pada bulan tersebut lebih tinggi ataupun kurang berdasarkan keputusan perniagaan tahun lepas. Atau majikan boleh ramalkan hasil pada bulan sebelumnya juga.

Selain itu, memiliki kalender perniagaan juga dapat membantu melancarkan pengurusan seperti mengetahui bila musim percukaian dan musim laporan pendapatan syarikat. Ini adalah beberapa pengetahuan asas penting tentang kalendar perniagaan yang majikan perlu tahu.

  • Suku Pertama
    • Januari sehingga Mac – Musim Laporan Pendapatan Syarikat
  • Suku Kedua
    • April sehingga Jun – Musim Percukaian Pendapatan dan Syarikat
  • Suku Ketiga
    • Julai sehingga September – Musim Perancangan Aktivit Syarikat Tahun Berikutnya
  • Suku Keempat
    • Oktober sehingga Disember – Musim Pengiraan Pendapatan Tahunan Syarikat

Kalendar 2024

Berikut adalah perincian tarikh-tarikh penting pada 2024 berkenaan perayaan, hari cuti umum atau peristiwa yang majikan sehingga pekerja boleh pertimbangkan dalam membuat perancangan.

Suka diingatkan bahawa tarikh-tarikh pada kalendar 2024 ini tertakluk kepada kalendar Gregorian yang digunakan diseluruh dunia. Sebarang perubahan atau penambah dari pihak kerajaan mahupun negari akan dikemaskini.

Januari

  • 1 Januari 2024 – Tahun Baru (kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
  • 14 Januari 2024 – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
  • 25 Januari 2024 – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor)

Februari

  • 1 Februari 2024 – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)
  • 8 Feberuari 2024 – Israk Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu)
  • 10 Februari 2024 – Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
  • 11 Februari 2024 – Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)
  • 12 Februari 2024 – Cuti Tahun Baru Cina (kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)

Mac

  • 4 Mac 2024 – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Tereangganu sahaja)
  • 12 Mac 2024 – Awal Ramadan (Johor, Kedah dan Melaka)
  • 23 Mac 2024 – Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)
  • 28 Mac 2024 – Hari Nuzul Al-Quran (kecuali Johor, kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak)
  • 29 Mac 2024 – Good Friday (Sabah dan Sarawak sahaja)

April

  • 10 April 2024 – Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
  • 11 April 2024 – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
  • 15 April 2024 – Hari Perisytiharaan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka)
  • 26 April 2024 – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu)

Mei

  • 1 Mei 2024 – Hari Pekerja (Semua Negeri)
  • 17 Mei 2024 – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis)
  • 22 Mei 2024 – Hari Hol Pahang (Pahang
  • 22 Mei 2024 – Hari Wesak (Semua Negeri)
  • 30 Mei 2024 – Pesta Kaamatan (Labuan dan Sabah)
  • 31 Mei 2024 – Pesta Kaamatan Hari Kedia (Labuan dan Sabah)

Jun

  • 1 Jun 2024 – Hari Gawai (Sarawak)
  • 2 Jun 2024 – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
  • 3 Jun 2024 – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
  • 3 Jun 2024 – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
  • 16 Jun 2024 – Hari Arafah (Terengganu)
  • 16 Jun 2024 – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah)
  • 17 Jun 2024 – Hari Raya Haji (Semua Negeri)
  • 18 Jun 2024 – Hari Raya Haji Hari Kedua (Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)

Julai

  • 7 Julai 2024 – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
  • 7 Julai 2024 – Awal Muharram (Semua Negeri)
  • 8 Julai 2024 – Cuti Awal Muharram (kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)
  • 13 Julai 2024 – Harijadi Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
  • 22 Julai 2024 – Hari Sarawak (Sarawak)
  • 30 Julai 2024 – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang)

Ogos

  • 24 Ogos 2024 – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Melaka (Melaka) 
  • 31 Ogos 2024 – Hari Kebangsaan (Semua Negeri)

September 

  • 16 September – Maulidur Rasul (Semua Negeri) 
  • 16 September – Hari Malaysia (Semua Negeri)

Oktober

  • 5 Oktober 2024 – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Sabah (Sabah)
  • 12 Oktober 2024 – Hari Jadi Yang di-Pertuan Negeri Sarawak (Sarawak)
  • 31 Oktober 2024 – Hari Deepavali (Semua Negeri)

November

  • 1 November 2024 – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak)

Disember

  • 11 Disember 2024 – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor)
  • 25 Disember 2024 – Hari Krismas (Semua Negeri)

    Tandakan Tarikh Penting Pada Kalendar

    Berdasarkan penyenaraian tarikh-tarikh perayaan, cuti umum dan peristiwa di atas, majikan dan pegawai HR sudah boleh mula tandakan tarikh penting dalam merancang untuk menjalankan sebarang program atau aktiviti syarikat.

    Pekerja juga sudah boleh merancang percutian dan cuti tahunan yang ada untuk mendapatkan lebih banyak masa berehat. Ingat, jumlah cuti tahunan pekerja bergantung juga dengan tahun perkhidmatan.

    Walau apa pun berlaku suka diingatkan kepada majikan juga untuk meneliti hari Pelepasan Am pada kalendar 2024 dan berbincang dengan pekerja andai mahu mereka bekerja pada hari-hari tersebut.

    Jika pekerja bekerja pada hari Kelepasan Am, mereka layak untuk dibayar masa kerja tambahan atau overtime (OT) sebanyak kadar 3 kali ganda. Jadi rancang perniagaan dan susun jadual dengan betul.

    Kesimpulannya, dalam merancang kalendar perniagaan oleh majikan atau rancang percutian untuk pekerja adalah sangat penting untuk dibuat seawal mungkin agar dapat diselaraskan bersama-sama.

    Leave a Reply