Selain daripada cukai pendapatan dan cukai syarikat yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sesebuah syarikat juga perlu menabung ke dalam Dana Pembangunan Sumber Manusia atau turut dikenali sebagai Human Resource Development Fund (HRDF).
Tujuan tabungan ini dibuat adalah untuk membantu syarikat-syarikat memperkasakan para pekerja dengan latihan-latihan serta meningkatkan kemahiran kerja yang diperlukan. Kutipan dana (cukai) ini adalah wajib dan diselia oleh Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001.
Sebagai pengetahuan, HRDF telah menjenamakan diri kepada HRD Corporation (HRD Corp) pada 2021 lalu dan pertukaran ini juga bagi menambahbaikkan lagi perkhidmatan sedia ada yang ditawarkan.
Kewajipan Mendaftar Dengan HRD Corp
Menurut Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001, majikan WAJIB untuk mendaftar dengan HRD Corp bagi mana-mana syarikat yang memiliki sekurang-kurangnya 10 orang pekerja dan peroleh keuntungan tahunan melebihi RM500,000.
Perluasaan pendaftaran bersama HRD Corp kini dibuka kepada semua industri, dengan syarikat memiliki 5 hingga 9 pekerja diberi pilihan sama ada untuk mendaftar atau tidak. Kegagalan mendaftar boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara 1 tahun.
Pendaftaran HRD Corp ini memiliki banyak manfaatnya termasuk memberi akses kepada modul latihan dan kemahiran untuk membangunkan sumber manusia, bantuan kewangan untuk program latihan serta sokongan teknikal dalam membangunkan program latihan berkualiti.
Antara kelebihan lain mendaftar bersama HRD Corp pula adalah,
- Akses latihan berstruktur
- Pemangkin produktiviti organisasi
- Pengiktirafan peringkat kebangsaan
- Bekalan kursus berkualiti untuk industri
Pendaftaran dan Kadar Cukai HRD Corp
Bagi tujuan pendaftaran, majikan perlu mengisi Borang 1 HRD Corp dan lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan. Semakan untuk jenis perniagaan yang wajib mendaftar boleh dirujuk pada Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001.
Jumlah bagi kadar kutipan cukai HRD Corp adalah sebanyak 1% daripada gaji bulanan pekerja, bagi majikan dengan 10 pekerja sementara 0.5% secara sukarela bagi majikan dengan 5 ke 9 pekerja. Formula pengiraannya adalah seperti berikut:
Cukai HRD Corp = Cukai HRD% x (Gaji Asas + Elaun Tetap)
- Levi = 1% x (Jumlah Gaji Pokok + Elaun Tetap)
- Levi = 0.5% x (Jumlah Gaji Pokok + Elaun Tetap
Cara Claim Cukai HRD Corp
Untuk pengetahuan, majikan yang menghantar pekerja ke program-program anjuran HRD Corp layak untuk menuntut bayaran semula (claim) dana yang dicarum sebelum ini. Di bawah HRD Corp Claimable Courses: Skim Bantuan Latihan Khas, majikan boleh claim perbelanjaan kursus latihan.
Syarat dan keperluan yang digariskan untuk claim HRD Corp adalah:
- Syarikat sudah mendaftar sebagai Majikan dengan HRD Corp
- Penyedia latihan sudah mendaftar sebagai Penyedia Latihan dengan HRD Corp
- Kemukakan sebut harga (qoutation) dan invoice modul latihan
- Kemukakan kandungan modul latihan
- Kemukakan tarikh dan jadual modul latihan
- Kemukakan profil pelatih
Panduan untuk claim HRD Corp pula adalah seperti berikut:
- Log masuk ke ETRiS
- Tekan pada bahagian ‘Application’ dan pergi ke bahagian ‘Grant’
- Tekan pada bahaguan ‘Apply Grant’ kemudian semak bagi levi sebelum membuat permohonan
- Pergi ke bahagian HRD Corp Claimable Course: Skim Bantuan Latihan Khas dan tekan ‘Apply’
- Seterusnya pergi ke bahagian ‘Training Provider Name’ atau ‘MyCoID’ kemudian tekan ‘Next’
- Langkah seterusnya adalah untuk pilih dan isikan bahagian ‘Course Title’, ‘Type of Training’, ‘Training Location’, ‘Level of Certification’ dan ‘Add Batch’
- Pada langkah seterusnya pula lengkapkan bahagian ‘Add Trainee Details’, Training Fees’ dan ‘Allowance’ kemudian tekan ‘Save’
- Perkara terakhir yang perlu dilengkapkan adalah tekan bahagian ‘Declaration Form’, semak maklumat dan tambah dokumen sokongan yang diperlukan pada ‘Required Documents’
Selepas selesai langkah-langkah di atas, majikan hanya perlu menunggu permohonan mendapat kelulusan daripada pegawai HRD Corp. Ia mungkin akan mengambil masa beberapa hari untuk pihak HDR Corp menyemak dan meluluskan permohonan tersebut.
Pengurusan Claim Kini Lebih Mudah Dengan MySyarikat!
Ternyata, terdapat banyak faedah menabung dengan HRD Corp. Daripada membekal kursus latihan yang dapat meningkatkan kemahiran dan kualiti kerja pekerja, sehingga bantuan kewangan kepada syarikat untuk menyediakan latihan kepada pekerja.
Dalam pada itu, suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Bagi syarikat yang berdepan masalah pengurusan tuntuan pekerja, fungsi Claim Management – MySyarikat dapat automasikan pengiraan tuntutan terus kepada gaji dengan sekali tetapan sahaja!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!