Alam pekerjaan mempunyai banyak cabaran dan liku-likunya yang perlu ditempuhi. Kita semua pernah lalui masa-masa sukar ketika bekerja terutamanya apabila berkaitan dengan masa. Tanpa pengurusan masa yang bagus, produktiviti kerja boleh terjejas.
Dalam alam pekerjaan, terdapat banyak perkara yang perlu diambil berat seperti pengurusan kerja, persediaan untuk mesyuarat dan sebagainya. Maka, setiap individu perlu peka terhadap tugasan yang diberikan supaya tidak mengganggu aliran kerja (workflow) syarikat.
Secara mudahnya, tanpa pengurusan masa yang bagus, suasana kerja akan menjadi serabut dan memeningkan kepala. Jadi, adalah sangat penting untuk belajar dan praktikkan teknik pengurusan masa yang cemerlang.
Fahami Maksud Pengurusan Masa
Pengurusan masa pada asasnya adalah kemahiran atau kebolehan seseorang individu untuk menyusun atur penggunaan masa dengan tugasan harian. Jika gagal mengurus masa dengan sebaiknya, ia boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal seseorang.
Mengurus masa dengan baik adalah sangat penting kerana emosi kita boleh terjejas jika diendahkan. Tindakan melengahkan kerja akan menyebabkan bebanan kerja (workload) bertamabah dan bertimbun. Maka, amatlah penting untuk kita berusaha belajar mengurus masa dengan baik demi menjauhkan diri daripada tekanan (stress) yang melampau.
Cara Betul Menguruskan Masa Untuk Pekerja
Setiap individu memiliki cara pengurusan masa mereka sendiri kerana kehidupan seharian setiap orang berbeza-beza. Sungguh pun begitu terdapat beberapa teknik pengurusan masa asas yang setiap orang boleh kuasai.
Berikut adalah beberapa cara betul pengurusan masa efektif yang boleh pekerja amalkan bagi mengurangkan stress dalam diri:
- Kenal Pasti Corak Kehidupan Seharian
Langkah pertama dalam membaiki pengurusan masa adalah dengan mengenal pasti corak kehidupan seharian kita. Mudah kata kita perlu ketahui cara, masa, kelajuan dan corak bekerja serta bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan peribadi.
Apabila sudah berjaya mengenal pasti perkara-perkara tersebut, ia memudahkan kita untuk merancang pengurusan masa dan seterusnya menghapuskan gangguan yang menyebabkan kita lambat atau gagal menyelesaikan tugasan yang diberikan.
- Wujudkan Jadual Harian
Seterusnya, mewujudkan jadual harian yang bersesuaian dengan diri sendiri juga boleh membantu kita untuk mengatur segala tugasan-tugasan yang bakal dilakukan. Dengan cara ini setiap kerja boleh dikategorikan berdasarkan masa, tempat dan butiran penting yang lain.
Maka, workflow pekerja akan menjadi lebih kemas, teratur dan kita akan jadi sangat peka terhadap masa. Selain itu, juga kualiti kerja akan bertambah baik apabila bila dapat menyelesaikan tugasan dalam tempoh waktu ditetapkan.
- Susun Keutamaan
Kerja-kerja yang telah diberi semestinya mempunyai level kepentingan masing-masing. Beberapa aspek boleh menjadikan sesuatu kerja itu lebih utama daripada kerja yang lain. Contohnya, tarikh deadline dan keperluan tenaga kerja.
Oleh itu, kita dinasihatkan untuk menyusun segala tugasan mengikut kepentingan yang lebih utama. Tentunya, apabila kita berjaya menyusun mengikut keutamaan ia juga dapat membantu mengurangkan tekanan yang seterusnya menjaga kesihatan mental kita.
- Selesaikan Tugasan Berat Terlebih Dulu
Tugasan yang sukar sering menjadi beban seperti batu di kepala. Kita akan serabut memikirkannya sehingga terabai kerja yang lain. Cara yang paling berkesan dalam situasi ini adalah untuk mendahulukan dan menyelesaikan tugasan berat dulu supaya tidak menjejaskan kerja serta tugasan yang lain.
- Elak Lakukan Dua Kerja Dalam Satu Masa
Multi-tasking mungkin dipandang sebagai cara terbaik yang boleh memaksimumkan produktiviti kerja, tetapi ia juga boleh melumpuhkan kualiti kerja. Terutamanya untuk orang yang gemar untuk melengahkan kerja.
Disebabkan itu kita dinasihatkan untuk menyiapkan satu tugasan terlebih dahulu sebelum melakukan kerja lain. Secara teorinya multi-tasking adalah kebolehan untuk membuat 2 tugasan yang sama dalam satu masa, bukan sebaliknya.
- Hapuskan Gangguan
Gangguan (distraction) selalu merosakkan kualiti kerja dan boleh memakan masa yang banyak. Contohnya media sosial yang menyediakan kandungan menarik yang terlampau banyak sehingga membuat orang ramai terleka.
Oleh itu, dalam pengurusan masa yang betul kita dinasihatkan untuk kurangkan gangguan dengan mengehadkan masa melayari media sosial. Gunakan masa layari media sosial untuk berehat sebentar sahaja.
- Gunakan Aplikasi Pengurus Masa
Teknologi boleh digunakan dengan secara baik jika tahu cara-cara untuk menjadikan ia sebagai alat bagi menolong urusan harian kita. Dengan teknologi yang canggih sekarang, pengguna boleh tetapkan fungsi seperti peringatan dan jadual digital untuk melancarkan lagi kualiti hidup dan kerja masing-masing.
Pengurusan Masa Efektif Hasilkan Pekerja Berkualiti
Pengurusan masa yang efektif amatlah penting dalam perihal pekerjaan lebih-lebih lagi dalam mengurangkan tekanan kerja. Dengan perancangan yang teliti, tugasan boleh diagihkan dengan teratur dan mengelakkan sebarang kecelaruan yang boleh menambahkan tekanan kerja.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk mengurus masa yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Ingat, pengurusan masa yang baik dapat hindarkan diri daripada masalah stress tambahan yang tidak diperlukan.
Efisienkan Pengurusan Masa Pekerja Anda Dengan MySyarikat!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!