Pada tahun 2025, ekonomi Malaysia menunjukkan tanda pemulihan yang stabil dengan pertumbuhan sektor strategik dan peningkatan pelaburan asing. Dengan landskap dunia kerja semakin kompleks, syarikat kini perlu lebih pantas dalam merangka strategi pengurusan sumber manusia yang efisien.
Salah satu aspek penting ialah trend payroll yang bukan mempengaruhi bajet tetapi juga strategi jangka panjang syarikat dalam menarik dan mengekalkan bakat. Pemahaman mendalam tentang perubahan dalam kenaikan gaji, struktur gaji minimum, dan keperluan teknikal dalam pengurusan HR akan menjadi kunci utama kejayaan syarikat.
Trend Kenaikan Gaji Purata dan Minimum
Menurut laporan kenaikan gaji purata dijangka berlaku sekitar 5% merentasi pelbagai industri di Malaysia. Ini adalah hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang kukuh serta peningkatan persaingan global yang menuntut syarikat memberikan ganjaran lebih kompetitif kepada pekerja.
Antara sektor yang mencatatkan peningkatan tertinggi adalah,
- sektor tenaga
- perkhidmatan kongsi
Jadi majikan harus menilai semula skala gaji syarikat bagi memastikan kekal berdaya saing dan keupayaan mengekalkan tenaga kerja berkemahiran.
Selain itu, majikan harus ambil maklum dengan kadar gaji minimum Malaysia akan dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 bermula 1 Februari 2025. Kenaikan ini memberi kesan langsung kepada struktur kos organisasi, terutamanya bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME).
Trend Pengambilan Pekerja Tahun 2025
- Pendekatan Berhati-hati oleh Majikan
Walaupun 24% syarikat menyatakan hasrat untuk menambah bilangan pekerja, trend pengambilan tahun 2025 menunjukkan pendekatan yang lebih berhati-hati. Ketidaktentuan ekonomi global, inflasi, dan perubahan dasar serantau mendorong majikan untuk lebih selektif dalam melantik tenaga kerja baharu.
Penting bagi syarikat memahami cara urus payroll dengan lebih efisien agar perbelanjaan pengambilan pekerja tidak membebankan aliran tunai.
- Permintaan Tinggi untuk Kemahiran Teknikal
Industri teknologi, penjagaan kesihatan dan kepakaran khusus seperti kejuruteraan data serta sains data terus mencatatkan permintaan tinggi untuk tenaga kerja. Majikan kini lebih cenderung mencari calon yang mahir dalam AI, data science, dan infrastruktur digital bagi menyokong transformasi digital dan kecekapan operasi syarikat.
Pengurusan tenaga kerja yang berasaskan kemahiran ini memerlukan sistem HR yang dinamik. Maka, pelaburan dalam HR software Malaysia menjadi pelengkap penting dalam memastikan proses pengambilan, penilaian, dan ganjaran selaras dengan trend semasa.
Persediaan Majikan Untuk Payroll 2025
- Peralihan kepada Sistem Automasi HR
Peralihan kepada HR software bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan ketelusan, kepatuhan dan kecekapan pengurusan gaji.
Fungsi utama automasi termasuk pengurusan payroll, cuti, kehadiran, dan penilaian prestasi pekerja amat penting. Dengan penggunaan sistem automatik, syarikat mampu mengurangkan kos pentadbiran, meningkatkan ketepatan pengiraan gaji, serta mematuhi syarat terkini gaji minimum Malaysia tanpa risiko kesilapan.
- Tawar Faedah dan Bonus Lebih Kompetitif
Kira-kira satu daripada tiga pekerja dijangka menerima bonus antara satu hingga dua bulan gaji sebagai bentuk penghargaan terhadap prestasi dan kesetiaan mereka kepada syarikat. Ini adalah strategi yang berkesan dalam mengekalkan pekerja berprestasi tinggi serta mengurangkan kadar keluar masuk pekerja.
- Fleksibiliti Kerja
Trend kerja fleksibel semakin mendapat tempat, terutamanya dalam kalangan pekerja muda yang menghargai keseimbangan kerja dan kehidupan. Syarikat yang menawarkan susunan kerja fleksibel dan faedah tambahan seperti cuti bergilir atau kerja dari rumah mempunyai kelebihan dalam menarik bakat terbaik.
Baca juga: Kesan Gaji Minimum RM1,700 Kepada Majikan & Pekerja
Kesimpulannya, tahun 2025 membawa pelbagai perubahan penting dalam pengurusan gaji dan strategi tenaga kerja. Jadi pelaburan dalam HR software Malaysia dan penilaian semula terhadap cara urus payroll menjadi asas kepada perancangan tenaga kerja yang moden dan mampan.
Rancang bajet, struktur gaji, dan strategi sumber manusia anda lebih awal kerana syarikat yang bersedia hari ini akan menjadi peneraju industri esok.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
