Skip to main content

Pembayaran cukai adalah perkara wajib yang terpakai untuk setiap individu yang layak dan ke atas keuntungan syarikat yang diperolehi bagi satu tempoh tahun kewangan. Selalunya tempoh pembayaran cukai, turut disebut musim percukaian di Malaysia berlangsung dari bulan Mac sehingga Jun.

Khas untuk syarikat mereka akan dikenakan Cukai Korporat. Cukai Korporat adalah komponen penting dalam operasi kewangan sesebuah syarikat di Malaysia. Memahami struktur cukai korporat dan kewajipan yang berkaitan adalah penting bagi memastikan pematuhan dan pengurusan kewangan yang efisien. 

Oleh itu, artikel kali ini akan membincangkan asas Cukai Korporat di Malaysia, kadar cukai, tanggungjawab syarikat, dan penalti bagi ketidakpatuhannya.

Apa Itu Cukai Korporat?

Sebagai pengetahuan, Cukai Korporat dikenakan kepada syarikat yang bermastautin di Malaysia dan memperoleh pendapatan di dalam atau luar negara. Penetapan ini tertakluk kepada jenis perniagaan seperti insurans, pengangkutan laut dan udara, dan perbankan. 

Kebiasannya juga Cukai Korporat ini dikenakan berdasarkan pendapatan bercukai yang diperoleh oleh syarikat sepanjang tahun taksiran. Mudah kata cukai ini dikenakan kepada syarikat setiap tahun dalam musim percukaian seperti cukai pendapatan.

Berapakah Kadar Cukai Korporat?

Kadar cukai korporat di Malaysia berbeza bergantung kepada saiz syarikat dan jumlah pendapatan bercukai. Suka diingatkan bahawa penerangan dalam artikel ini adalah ringkasan sahaja, rujukan lanjut perlu dibuat pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 

Berikut adalah ringkasan kadar cukai korporat yang dikenakan:

  • Syarikat dengan modal berbayar sehingga RM2.5 juta pada awal tempoh asas:
    • 17% bagi pendapatan bercukai RM500,000 pertama.
    • 24% bagi pendapatan bercukai selebihnya.
  • Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta pada awal tempoh asas:
    • 24% bagi semua pendapatan bercukai.

Apa Perlu Syarikat Buat?

Sebagai syarikat wajiblah untuk mereka mematuhi beberapa tanggungjawab cukai yang dikenakan bagi memastikan pematuhan dengan peraturan yang ditetapkan oleh LHDN dipenuhi.

Jika syarikat anda dikenakan Cukai Koporat, ikuti beberapa langkah berikut:

  1. Penghantaran Anggaran Cukai:
    • Syarikat mesti menghantar anggaran cukai secara e-Filing (e-CP204) dalam masa tiga bulan pertama operasi
    • Bayaran ansuran cukai perlu dibuat berdasarkan anggaran yang dihantar
  2. Penghantaran Borang e-C:
    • Syarikat perlu menghantar Borang e-C secara e-Filing, termasuk syarikat dorman
    • Bayar baki cukai (jika ada) sebelum atau pada hari terakhir penghantaran Borang e-C (7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan)
  3. Simpanan Rekod:
    • Syarikat perlu menyimpan rekod dan buku akaun selama tujuh tahun bagi tujuan semakan oleh LHDNM

Penalti dan Kesalahan Jika Tidak Bayar Cukai Koporat

Seperti kita sedia tahu, pembayaran cukai adalah wajib dan ketidakpatuhan kepada tanggungjawab membayar cukai boleh mengakibatkan penalti yang berat. Antara kesalahan yang boleh dikenakan penalti termasuk:

  • Kegagalan Menghantar dan Melaporkan Pendapatan:
    • Kegagalan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dalam tempoh yang ditetapkan atau melaporkan pendapatan yang sepatutnya boleh dikenakan denda atau penalti
  • Kegagalan Membayar Cukai Pendapatan:
    • Kegagalan membayar cukai pendapatan dalam tempoh yang ditetapkan juga boleh mengakibatkan penalti

Peranan Syarikat Bayar Cukai Korporat

Majikan, pengurus, atau bahagian Sumber Manusia (HR) yang bertanggungjawab dalam pengurusan syarikat juga boleh dikenakan penalti jika syarikat gagal mematuhi tanggungjawab pembayaran cukai. 

Ini termasuk kesalahan seperti melaporkan pendapatan palsu atau gagal menghantar dokumen yang diperlukan dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi memastikan pematuhan yang baik dan mengelakkan penalti, syarikat boleh mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Pengurusan Rekod yang Sistematik:
    • Memastikan semua rekod kewangan disimpan dengan baik dan dikemaskini secara berkala.
  2. Penasihat Cukai Profesional:
    • Menggunakan perkhidmatan penasihat cukai yang berpengalaman untuk mendapatkan nasihat mengenai pematuhan dan strategi cukai.
  3. Pelaporan yang Tepat:
    • Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan dengan tepat dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

Tanggungjawab Pembayaran Cukai

Memahami Cukai Korporat di Malaysia adalah penting bagi setiap syarikat untuk memastikan pematuhan yang betul dan pengurusan kewangan yang efisien. Dengan mematuhi peraturan cukai dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk pengurusan cukai, syarikat boleh mengelakkan penalti dan memastikan operasi perniagaan yang lancar.

Untuk maklumat lanjut mengenai cukai korporat di Malaysia, anda boleh merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Dalam pada itu adakah anda perlukan HR software terbaik yang boleh bantu naik taraf pengalaman pekerjaan? Jika jawapannya ‘YA’ HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan terbaik kepada bisnes-bisnes di Malaysia.

Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.

Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

Leave a Reply