Skip to main content

Dek kerana landskap dunia perniagaan yang bergerak pantas, penggunaan Sistem Pengurusan Sumber Manusia atau Human Resource Management System (HRMS) adalah sangat diperlukan. Dari pengurusan data pekerja sehingga bahagian administrasi, semuanya perlukan gerak kerja pantas dan efisien.

Mengenal pasti keperluan perniagaan untuk bergerak pantas dan kekal berdaya saing dalam pasaran, MySyarikat menawarkan platform HRMS khas untuk memudahkan segala tugasan pengurusan pekerjaan dari payroll sehingga kerja-kerja lain seperti kehadiran serta tuntutan cuti.

Apa Itu MySyarikat?

MySyarikat adalah sebuah sistem pengurusan sumber manusia (HR) yang menawarkan platform khas untuk mengautomasikan segala tugasan pegawai sumber manusia. Dari pengurusan e-cuti (e-leave), e-tuntutan (e-claim), pembayaran gaji (payroll), kehadiran (attendance), membuat pengumuman (announcement) sehingga KPI semuanya di dalam satu sistem sahaja.

Menariknya lagi platform MySyarikat bersifat intuitif di mana ia boleh diakses majikan serta pegawai HR terus pada sistem komputer, dan pekerja pula melalui aplikasi pada telefon pintar sahaja. Mudah kata kebolehcapaian sistem MySyarikat merentasi platform untuk memudahkan pengurusan pekerjaan.

Kata kuncinya di sini adalah ‘automasi’ di mana ia memfokuskan pelaksanaan penggunaan alat automatik yang dapat mengurangkan keperluan tenaga manusia dan menyingkirkan keperluan guna tenaga bagi tugasan yang berulang.  

Maka, dengan menggunakan MySyarikat segala tugasan yang berulang seperti pengiraan gaji dalam kuantiti banyak dapat diautomatikan menggunakan sistem dan seterusnya membolehkan pegawai HR memberi fokus kepada tugasan berat lain.

Fungsi Fungsi Utama MySyarikat

Tentunya sistem MySyarikat menawarkan segala fungsi asas yang diperlukan majikan dan pegawai HR untuk bantu bahagian pengurusan syarikat. Tetapi beza diantara sistem MySyarikat dan platform HRMS lain adalah penawaran fungsi tanpa kompromi.

  1. Pengurusan Kehadiran Pintar

MySyarikat memudahkan pengurusan kehadiran pekerja dengan menawarkan fungsi Smart Attendance. Melalui fungsi ini proses merekod kehadiran pekerja menjadi lebih mudah. Pekerja hanya perlu rekod kehadiran melalui selfie pada telefon pintar sahaja. Selain itu, feature geofencing MySyarikat dapat merekod masa dan tempat pekerja dengan tepat untuk merekod kehadiran.

  1. Pengurusan Gaji Pekerja

MySyarikat dapat mengautomasikan dari proses pengiraan sehingga pembayaran gaji pekerja walaupun dalam kuantiti yang banyak dengan pantas. Ini dapat memastikan tiada kesalahan pengiraan dan membolehkan pembayaran gaji dibayar tepat pada masanya walaupun semasa cuti.

  1. Pengurusan Cuti dan Tuntutan

MySyarikat boleh menyelaraskan segala permohonan pekerja seperti permohonan cuti dan tuntutan dalam satu sistem sahaja. Ia memudahkan pekerja untuk membuat sebarang permohonan dari telefon pintar, kemudian pengesahan majikan pada sistem dan dihantar semula kepada pekerja dalam satu eco-sistem sahaja.

  1. Pengurusan Jadual Kerja

MySyarikat membantu majikan dan pegawai HR yang mengamalkan gerak kerja shift. Di sini pekerja shift dapat diselaraskan pembayaran gaji mengikut waktu bekerja dengan lebih mudah dan meningkatkan efisiensi gerak kerja pengurusan dalam menentukan pembayaran. Melaluinya juga pekerja tidak perlu bimbang mengenai waktu bekerja shift mereka.

  1. Pengurusan KPI Pekerja

MySyarikat menawarkan sistem khas untuk memantau dan melaksanakan KPI dalam sesebuah syarikat. Dengan fungsi ini syarikat boleh menetapkan KPI pekerja dan memantaunya terus pada sistem sahaja. Ini secara tidak langsung dapat memastikan gerak kerja pekerja sehaluan dengan matlamat yang dituju syarikat.

  1. Pengurusan Komunikasi Syarikat 

MySyarikat mempunyai alat membuat pengumuman pintar yang terus menyampaikan sebarang makluman penting ke telefon pintar dan email pekerja. Kini sebarang notis penting dan sebarang makluman segara yang dibuat syarikat akan terus sampai ke pekerja dengan pantas. Ia secara tidak langsung juga meningkatkan cara berkomunikasi dalam syarikat. 

Siapakah Sesuai Guna MySyarikat?

Adakah anda pemilik bisnes? Majikan? Pegawai HR yang perlukan sistem pengurusan efektif?

Berita baik kepada anda kerana sistem MySyarikat sesuai digunakan oleh semua jenis perniagaan di Malaysia yang mahukan sistem pengurusan automasi dan platform intuitif  untuk bantu tingkatkan perniagaan.

Dari pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pelbagai industri seperti makanan dan minimum (F&B), klinik, syarikat kontraktor, pusat tadika sehingga syarikat gergasi konglomerat semuanya sesuai menggunakan MySyarikat dalam membantu bahagian pengurusan.

Kelebihan Guna MySyarikat Untuk Perniagaan  

Jika anda berminat untuk menggunakan sistem MySyarikat, ini adalah antara beberapa kelebihan yang boleh dimanfaat melalui aplikasi khas HRMS kami.

  • Dapat Selarasakan Pembayaran dan Agihan Gaji Dengan Tepat Permohonan

Bayaran gaji, caruman wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP serta pembayaran kerja lebih masa (OT) dapat diselaraskan dalam satu sistem sahaja, seterusnya memastikan tiada kesilapan pengiraan dan membolehkan sebarang pembayaran dibuat tepat pada masanya.

  • Dapat Lancarkan Sebarang Proses Permohonan

Dengan MySyarikat segala proses permohonan seperti cuti pekerja boleh dibuat dalam sistem sahaja dan pengesahan cuti juga dapat dibuat terus pada platform untuk memastikan kelancaran. Selain itu, permohonan claim pula hanya memerlukan pekerja ambil gambar resit dan menghantar permohonan terus pada aplikasi sahaja.

  • Dapat Pastikan Segala Data dan Rekod Pekerja Disimpan Dengan Selamat

Segala maklumat dan data pekerja seperti slip gaji sehingga kontrak-kontrak kerja disimpan dalam sistem pengawanan (cloud) MySyarikat yang memudahkan pekerja dan majikan mengaksesnya semula pada bila-bila masa apabila diperlukan nanti.

  • Dapat Tingkatkan Kepuasan dan Pengalaman Pekerja

Kemampuan sistem MySyarikat untuk penuhi segala keperluan pekerja di dalam sesebuah syarikat dapat meningkatkan kepuasan dan pengalaman pekerja. Ini secara tidak langsung turut membantu syarikat dalam mengembangkan perniagaan apabila pekerja semua berasa selesa untuk terus bekerja dengan majikan.

  • Dapat Laksanakan Gerak Kerja Mengikut Undang-Undang

Kelebihan utama menggunakan sistem MySyarkikat tentunya ia direka khas untuk memastikan segala fungsi ditawarkan adalah selari dengan penetapan yang digariskan udang-undang kerja negara, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang baharu.

FAQ

Berapakan harga langganan MySyarikat?

Berita baik kepada anda semua kerana harga langganan MySyarikat adalah sangat berpatutan di mana pada hanya RM15/bulan anda boleh menikmati akses penuh sistem daripada pengurusan claim, payroll, cuti sehingga mengeluarkan borang percukaian tahunan.

Bagaimana untuk melanggan MySyarikat?

Bagi anda yang berminat untuk melanggan sistem MySyarikat boleh layari laman rasmi kami di MySyarikat.com dan tekan ‘Sign Up’. Kemudian bahagian penjualan kami akan membantu anda dalam proses melanggan sistem kami.

Adakah sesi Demo untuk sistem MySyarikat?

Bagi anda yang ingin melihat sendiri bagaimana sistem MySyarikat berfungsi boleh ‘Book Demo’ bersama kami sekarang secara percuma.

2 Comments

  • Aina says:

    Maaf nak tanya bagaimana caranya nak buat pembayaran gaji melalui MySyarikat . Adakah perlu membuat pembayaran mengikut gaji basic atau nett gaji . Dan macam mana nak tahu pemotongan untuk EIS tu akan masuk ke dalam account EIS dan pemotongan yang dibuat oleh majikan .

Leave a Reply