Skip to main content

Amalan standard di Malaysia adalah merekod kehadiran (attendance) untuk pengiraan gaji. Jika pekerja mengambil cuti tanpa gaji atau upaid leave, maka gaji pada bulan tersebut akan ditolak dengan jumlah hari pekerja tidak hadir bekerja.

Disebabkan itu penting untuk syarikat memiliki sistem merekod kehadiran tepat, mudah dan efisien. Mengenal pasti kepentingan merekod kehadiran secara tepat, mudah dan efisien ini MySyarikat menawarkan fungsi Smart Attendance yang membolehkan pekerja merekod kehadiran dengan menggunakan selfie sahaja!

Menariknya Smart Attendance MySyarikat kini dipertingkatkan dengan fungsi geofencing untuk menyelesaikan masalah manipulasi rekod attendance guna selfie dan menyelesaikan keraguan majikan apabila pekerja rekod kehadiran di mana-mana sahaja.

Apa Itu Geofencing?

Geofencing atau geo-fencing adalah perkhidmatan berdasarkan lokasi di mana sebuah aplikasi atau program menggunakan sistem penjejak global (GPS), pengenalan frekuensi radio (RFID), capaian internet seperti Wi-Fi atau data selular untuk menentukan sempadan geografi maya apabila peranti memasuki atau keluar dari sempadan ditetapkan.

Macam mana tu?

Mudahnya, ia menggunakan data penjejak lokasi peranti untuk kenal pasti kedudukan anda dalam sempadan maya yang ditetapkan untuk suatu tempat. Contoh penggunaan geo-fencing dapat dilihat pada aplikasi Setel yang memboleh pengguna mengisi minyak hanya apabila berada dalam kawasan ditentukan. 

Selain itu, penggunaan geo-fencing ini sering kali digunakan untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan di mana apabila anda berada dalam sebuah kawasan ditetapkan ia akan cetus (trigger) sistem untuk menghantar maklumat seperti emel atau sebarang notifikasi.

Kata kuncinya di sini adalah lokasi masa nyata berdasarkan kedudukan geografi. Jadi apabila anda berada di luar kawasan ditetapkan ia tidak akan trigger sebarang reaksi. Hanya apabila anda berada di dalam kawasan ditetapkan sahaja ia memberi kesan.

Dalam pada itu, terdapat banyak lagi kegunaan lain geo-fencing ini terutamanya untuk tujuan pemasan. Antara fungsi utama teknologi geo-fencing ini adalah seperti berikut:

  • Geotargeting – difokuskan kepada penyampaian iklan yang disasarkan kepada pengguna berdasarkan lokasi dan minat atau niat mereka.
  • Beaconing – difukuskan kepada penghantaran mesej dan maklumat yang disasarkan ke peranti mudah alih berdekatan.
  • Geofencing – difokuskan pada perimeter maya yang ditetapkan di sekitar lokasi geografi tertentu untuk menyampaikan pesanan.

Teknologi Geofencing Dalam Sistem MySyarikat

Bagi yang belum tahu, sistem MySyarikat menawarkan inovatif baharu dalam cara mengambil dan merekod attendance pekerja. Kini pekerja tidak perlu lagi rekod kehadiran guna punch card atau thumprint lagi, gunakan sahaja smartphone untuk mengambil selfie!

Fungsi merekod attendance menggunakan selfie ini dikenali sebagai Smart Attendance, di mana selepas pekerja mengambil gambar segala butiran seperti tarikh, masa, lokasi dan bukti bergambar akan ditetapkan secara automatik dalam aplikasi.

Jadi tiada lagi masalah pekerja manipulasi attendance seperti menyuruh rakan untuk punch card (buddy-punch). Pekerja perlu rekod kehadiran sendiri, majikan juga puas hati!

Selepas rekod attendance pekerja diambil, semua butiran disimpan dan diselaraskan dalam sistem perisian MySyarikat bahagian pengurusan. Di sini bahagian pengurusan misalnya pegawai sumber manusia (HR) dapat membuat pengiraan gaji pekerja dengan lebih mudah.

Kelebihan utama fungsi ini bukan sahaja mengautomasikan pengiraan gaji pekerja dengan gaji semata-mata, tetapi membantu dalam menguruskan rekod kehadiran pekerja dan pengurusan masa untuk menjadi lebih efisien.

Tapi kalau rekod guna selfie dekat mana-mana je boleh, tak payah masuk office!

Jangan risau, kami dengar keluhan anda dan sentiasa memperbaiki sistem kami. Kemas kini terbaru MySyarikat telah dipertingkatkan dengan teknologi geo-fencing pada fungsi Smart Attendance kami.

Dengan menggunakan teknologi geo-fencing ini pekerja hanya boleh merekodkan kehadiran mereka di dalam kawasan radius yang telah ditetapkan sahaja. Mudah kata kalau pekerja nak selfie, mereka hanya boleh selfie di kawasan yang ditetapkan syarikat sahaja contohnya 10 meter dari bangunan pejabat.

Ini bermakna apabila pekerja ingin merekod kehadiran mereka, sistem MySyarikat akan mencatat butira-butiran seperti berikut:

  • Tarikh
  • Masa
  • Lokasi (Geo-fencing)
  • Bukti Bergambar (Selfie)

Apa jadi kalau pekerja rekod selfie di luar kawasan?

Andai pekerja berada di luar kawasan geo-fencing ditetapkan, sistem tidak akan membenarkan pekerja untuk clock-in. Seterusnya ia akan memaklumkan kepada pekerja untuk bergerak lebih dekat ke radius kawasan ditetapkan.

Jadi sudah tiada alasan lagi untuk pekerja memanipulasi rekod kehadiran kerana di tidak berada di dalam radius ditetapkan pekerja tidak boleh mengambil selfie. Majikan juga boleh menetapkan radius kawasan sehigga 50 meter untuk memudahkan pekerja rekod kehadiran.

Selain itu, MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang dapat membantu majikan dan pegawai HR seperti pengurusan payroll, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan kehadiran, pengurusan KPI dan banyak lagi! Paling best segala fungsi-fungsi ini boleh bantu anda untuk selaraskan gerak kerja dengan penetapan Akta Kerja 1955.

Dengan MySyarikat pengurusan syarikat anda akan menjadi lebih lancar dan efisien. Rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software terbaik di Malaysia – MySyarikat sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk tetapkan temujanji demo sistem secara percuma!

Leave a Reply