Skip to main content

Tempoh percubaan (probation period) sangat tidak asing dalam kalangan pekerja di Malaysia. Hal ini kerana hampir kesemua syarikat mengamalkan polisi tempoh percubaan kepada setiap pekerja sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 bulan.

Tanpa mengira status sama ada sebagai seorang eksekutif atau pekerja berjawatan lain, bila anda baru menyertai syarikat pasti kontrak kerja akan menyatakan tempoh percubaan. Tetapi bagaimana pula dengan pekerja kontrak, adakah mereka pun perlu lalui tempoh percubaan?

Ini adalah penerangan ringkas mengenai tempoh percubaan, kelayakan pekerja semasa tempoh percubaan dan status pekerja kontrak di dalam tempoh percubaan.

Definisi Tempoh Percubaan

search bar searching tempoh percubaan

Tempoh percubaan adalah satu tempoh waktu yang ditetapkan oleh majikan kepada pekerja untuk menyesuaikan diri dengan tugasan kerja serta budaya kerja syarikat. Ia biasanya dijalankan untuk suatu tempoh tertentu sama ada 3 bulan atau 6 bulan.

Di dalam tempoh percubaan ini biasanya pekerja akan dinilai oleh majikan secara keseluruhan. Dari gerak kerja, perangai (attitude), motivasi dan pencapaian yang diraih semasa bekerja dengan syarikat.

Selepas penilaian dibuat, selalunya selepas tamat tempoh percubaan, majikan boleh serap masuk pekerja sebagai pekerja tetap atau melanjutkan lagi tempoh percubaan berdasarkan perestasi.

Adakah Akta Kerja 1955 Membenarkan Tempoh Percubaan?

Akta Kerja book with question mark talking about probation period

Sebenarnya di dalam Akta Kerja 1955, tiada satu pun seksyen yang menyebut tentang tempoh percubaan ini. Sebaliknya ia hanya menyatakan bahawa setiap pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan majikan layak menerima faedah perlindungan Akta Kerja 1955.

Jadi salah ke majikan buat probation period?

Perlu difahamkan di sini bahawa tempoh percubaan ini adalah berdasarkan polisi syarikat semata-mata. Ia bermakna tidak menjadi kesalahan ataupun kewajipan untuk sesebuah syarikat mengamalkan konsep tempoh percubaan ini.

Namun, sungguhpun sesebuah syarikat itu mengamalkan tempoh percubaan selagi seseorang pekerja itu memasuki kontrak perkhidmatan secara sah dengan majikan maka mereka layak untuk menerima faedah sama seperti pekerja lain seperti,

  • Gaji
  • Potongan Sah
  • Cuti
  • Bayaran Kerja Lebih Masa (Overtime)
  • Waktu Bekerja
  • Notis Penamatan Perkhidmatan
  • Aturan Kerja Fleksibel

Jadi tanpa mengira status pekerja yang bekerja dengan majikan sebenarnya layak untuk dilindungi dan menerima faedah pekerjaan yang sama tanpa mengira status pekerja tetap ataupun pekerja percubaan.

Bagaimana Pula Untuk Pekerja Kontrak?

Comparison between contract of service and contract for service

Umumnya, terdapat 2 jenis kontrak pekerjaan yang diamalkan. Contract of Service dan Contract for Service. Kedua-dua istilah ini dibezakan dengan penggunaan perkataan of dan ‘for, di mana ia merujukan kepada jenis kontrak pekerjaan tersebut.

  1. Contract of Service
    1. Kontrak perkhidmatan yang mengikat persetujuan antara pekerja dan majikan.
    2. Diberikan kepada pekerja tetap dan pekerja separuh masa.
    3. Majikan mempunyai kuasa terhadap pekerja dan berkuasa untuk memberi arahan.
    4. Tempoh kontrak adalah tetap atau tidak tetap.
    5. Keuntungan dan kerugian syarikat tidak dikongsi bersama.
  2. Contract for Service
    1. Kontrak pekerjaan yang mengikat persetujuan diantara pemberi khidmat dengan pelanggan.
    2. Pelanggan mempunyai kuasa untuk tugasan tanpa perlu mengikut arahan sesiapa.
    3. Tempoh kontrak adalah berdasarkan persetujuan pembayaran yang ditetapkan.
    4. Keuntungan dan kerugian boleh memberi kesan kepada pelanggan atas persetujuan.

Pekerja Kontrak dan Tempoh Percubaan?

Kini sudah tiba untuk menjawab persoalan utama artikel, adakah pekerja kontrak misalnya kontrak setahun perlu lalui tempoh percubaan juga?

Jawapannya adalah bergantung kepada polisi yang diamalkan sesebuah syarikat itu sendiri. Dalam kebanyakan kes pekerja kontrak juga perlu lalui tempoh percubaan kerana ia memberi peluang untuk majikan menilai prestasi suku pertama tempoh pekerjaan.

Kalau prestasi tidak memuaskan pekerja kontrak kena buang ke?

Dalam kebanyakan kes tempoh percubaan ini diamalkan bukan untuk mencari kesalahan pekerja sepanjang waktu awal bekerja, sebaliknya untuk memberi ruang kepada pekerja menyesuaikan diri dengan kerja baharu mereka.

Jangan salah faham bahawa jika anda tidak menunjukkan prestasi cemerlang anda akan dibuang kerana Akta Kerja 1955 tidak membenarkan majikan untuk membuang pekerja sesuka hati tanpa alasan.

Begitu juga untuk pekerja kontrak di mana mereka telah mengikat persetujuan kontrak, jadi selepas tamat tempoh percubaan dan didapati tidak menujukkan prestasi cemerlang kemungkinan selepas tamat tempoh kontrak ia tidak akan disambung.

Jika berlaku sebarang masalah seperti pemecatan tidak adil atau perlanggaran kontrak kerja oleh majikan kepada pekerja, adalah dinasihatkan untuk membuat aduan di saluran yang betul seperti Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Kesimpulannya, tempoh percubaan ini adalah berdasarkan polisi syarikat masing-masing. Tanpa mengira status pekerjaan sama ada pekerja tetap ataupun pekerja kontrak, jika syarikat minta untuk jalani tempoh percubaan anda perlu ikutinya.

Dan perlu difahamkan walaupun di dalam tempoh percubaan ini anda sebagai pekerja yang memasuki kontrak kerja layak untuk menerima segala faedah dan perlindungan yang ditawarkan oleh Akta Kerja 1955.

Urusan Pekerja Jadi Lebih Mudah Dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda boleh selaraskan jenis pekerja anda dengan MySyarikat! Sistem MySyarikat dapat membantu meningkatkan pengalaman bekerja dengan penawaran pelbagai fungsi untuk kelancaran semua jenis pekerja walaupun pekerja percubaan.

Selain itu, MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang dapat membantu majikan dan pegawai HR seperti pengurusan payroll, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan kehadiran, pengurusan KPI dan banyak lagi! Paling best segala fungsi-fungsi ini boleh bantu anda untuk selaraskan gerak kerja dengan penetapan Akta Kerja 1955.

Dengan MySyarikat pengurusan syarikat anda akan menjadi lebih lancar dan efisien. Rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software terbaik di Malaysia – MySyarikat sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk tetapkan temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

2 Comments

  • NORZILAH says:

    Salam Sejahtera,

    Mohon pencerahan berhubung Gaji Kasar Pekerja bagi pekerja swasta berjawatan Pengurus.
    Gaji Kasar Pekerja RM3000 ditawarkan semasa penawar jawatan.

    Selepas probation period 3 bulan beliau ditawarkan RM 3500 berserta Elaun.

    Pertanyaan : Boleh kah sebuah organisasi atau company menawarkan gaji kasar pekerja berserta elaun atas kebenaran dan kelulusan ahli jawatankuasa perbadanan pengurusan.

Leave a Reply