Skip to main content

Tahu tak, selain slip gaji, kontrak pekerjaan juga penting sekiranya anda baru menerima tawaran kerja. Kontrak pekerjaan ini telah termaktub di bawah Akta Kerja 1955 serta Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak bertujuan menjaga kebaikan pekerja. Jadi, mereka yang bekerja sendiri atau tidak bekerja tidak dilindungi oleh undang-undang ini.

Dari konteks Akta Kerja 1955, kontrak ini dikenali sebagai kontrak perkhidmatan (contract of services) membawa maksud “suatu perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, di mana seseorang bersetuju mengambil seorang yang lain sebagai pekerja (employee) orang itu bersetuju untuk memberikan khidmat kepada majikannya sebagai pekerja dan termasuk juga kontrak perantisan”.

Kontrak Tidak Bertulis Sah Ke?

Definisi di atas menunjukkan bahawa kontrak itu boleh di dalam bentuk Bertulis atau Tidak Bertulis (secara lisan) tetapi perlu memenuhi elemen-elemen penting kontrak seperti berikut:

  • Cadangan
  • Penerimaan
  • Balasan
  • Niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang
  • Keupayaan untuk berkontrak
  • Ketentuan
  • Kerelaan bebas
  • Tujuan yang sah

Jadi, jika majikan hanya menyampaikan kontrak tersebut secara lisan dan difahami sepenuhnya oleh pekerja tersebut, maka, kontrak tersebut adalah sah di sisi undang-undang selagi mana kontrak tersebut memenuhi elemen seperti di atas.

Kontrak Yang Wajib Secara Bertulis

Walau bagaimanapun, di dalam akta yang sama juga menetapkan bahawa majikan mesti menyediakan kontrak bertulis dengan pekerja mereka yang diambil bekerja untuk tempoh melebihi 1 bulan dan perlu dinyatakan bagaimana kontrak boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak.

Terdapat juga kontrak tertentu yang perlu dibuat secara bertulis seperti:

11 Perkara Yang Perlu Ada Dalam Kontrak Kerja

Sebelum anda mengambil keputusan untuk menerima satu tawaran kerja, pastikan 11 perkara ini ada dalam kontrak yang disediakan oleh syarikat tersebut.

  1. Gaji
  2. Jawatan
  3. Elaun
  4. Kenaikan Gaji Tahunan
  5. Tempoh Percubaan
  6. Jam Bekerja Dalam Sehari
  7. Hak Pekerja Kepada Jenis-Jenis Cuti dan Cuti Umum
  8. Rest Days dan Off-Days
  9. Faedah Perubatan dan Insurans
  10. Notis Penamatan Perkhidmatan
  11. Hak Majikan Untuk Memindahkan Pekerja

Semak secara teliti kontrak pekerjaan anda sebelum menerima tawaran tersebut. Senarai di atas adalah terma-terma asas yang sepatutnya terkandung dalam setiap kontrak kerja. Penambahan terma lain bergantung kepada jenis pekerjaan yang anda terima.

Kontrak Bertulis atau Tidak Bertulis?

Semestinya Kontrak Bertulis lebih baik dari Kontrak Tidak Bertulisan atau secara lisan ini. Walau kontrak tidak bertulis masih sah di sisi undang-undang, sekiranya berlaku sebarang isu melibatkan kontrak kerja tersebut di kemudian hari, pasti akan menyukarkan kedua-dua pihak.

Tugas untuk menulis kontrak bekerja ini adalah tanggungjawab majikan, bukan tanggungjawab pekerja.

Jadi, kalau nak lebih mudah untuk kegunaan akan datang, majikan bolehlah menggunakan Sistem MySyarikat untuk tujuan merekod setiap butir peribadi pekerja serta merekod aktiviti syarikat.

Lebih mudah dengan MySyarikat!

4 Comments

Leave a Reply