Mungkin ramai di antara kita yang melakukan kerja sambilan atau separa masa untuk menyahut idea kerajaan dengan melakukan dua kerja betul atau tidak? Lagi pun siapa sahaja yang tidak pernah buat kerja sambilan sewaktu zaman persekolahan atau selepas SPM dulu kan? Sambil-sambil hendak tunggu keputusan SPM, bosan-bosan duduk rumah baik lah cari kerja sambilan boleh juga dapat duit sampingan.
Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia pernah melakukan kerja sambilan atau separa masa, tidak kira lah kerja apa sekalipun.
Definisi Pekerja Sambilan atau Pekerja Separa Masa
Pekerja sambilan atau pekerja separa masa ialah orang yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan, iaitu jam kerjanya antara 30% hingga 70% daripada pekerja sepenuh masa dengan majikan yang sama. Pekerja sambilan boleh diambil bekerja secara tetap atau secara kontrak dalam jangka masa yang ditetapkan.
Oleh itu, pekerja sambilan mesti mempunyai kontrak perkhidmatan yang sah dan tidaklah hanya sekadar meminta mereka mengisi borang atau mengikat perkhidmatan mereka secara lisan semata-mata. Ini kerana bagi mengelakkan pertikaian sebarang isu di kemudian hari.
Akta Kerja 1955 dan Peraturan-Peraturan Kerja 2010
Ramai di antara kita masih tidak jelas tentang status undang-undang pekerja sambilan atau pekerja separa masa, sama ada mereka dilindungi oleh statut atau , sama ada terma dan syarat pekerjaan mereka hanya tertakluk kepada persetujuan bersama antara mereka dan majikan mereka sahaja.
Pekerja sambilan tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955. Walau bagaimanapun, pekerja sambilan dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010. Peraturan tersebut adalah sebahagian daripada Akta Pekerjaan 1955. Ini bermakna, selain daripada perlindungan yang diberikan kepada mereka di bawah Peraturan 2010, mereka juga dilindungi oleh Akta Pekerjaan.
Jika mengikut peraturan kerja di bawah klause “masa kerja normal”, ianya membawa maksud masa kerja yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau yang ditentukan bawah peraturan 4. Selain daripada itu, mereka juga mungkin terikat dengan terma dan syarat am perkhidmatan yang berkaitan syarikat majikan mereka.
Tambahan itu juga, pekerja sambilan dibayar dengan kadar bayaran mengikut jam dan sebab itu jugalah kadang-kadang orang ramai merasakan yang kerja sambilan ni lumayan bayarannya. Tetapi anda perlu cakna bahawa pekerja sambilan tidak boleh bekerja lebih masa daripada pekerja tetap.
Kadar Bayaran
Demikian dengan itu, jika majikan meminta untuk anda bekerja lebih masa daripada yang ditetapkan mungkin sebab atas alasan kedai terlampau banyak pelanggan pada hari kejadian dan mereka kekurangan tenaga pekerja. Pastikan anda menerima bayaran yang setimpal. Kadar bayaran kepada pekerja separa masa adalah seperti berikut:
(a) Tidak kurang daripada kadar bayarannya ikut jam untuk setiap jam atau sebahagian daripadanya yang melebihi masa kerja normal sebagai pekerja sambilan, tetapi tidak melebihi masa kerja normal bagi seseorang pekerja sepenuh masa yang bekerja dalam kapasiti dan syarikat atau tempat kerja yang sama.
(b) Tidak kurang daripada satu setengah kali ganda kadar bayaran ikut jam pekerja sambilan untuk setiap jam atau sebahagian daripadanya yang melebihi masa kerja normal seseorang pekerja sepenuh masa yang bekerja dalam kapasiti dan syarikat atau tempat kerja yang sama.
Bagi majikan yang tidak membayar pekerja sambilan untuk waktu kerjanya yang melebihi masa normal mengikut kadar yang ditetapkan, ianya menjadi satu kesalahan besar yang boleh dikenakan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000.
Adakah pekerja sambilan layak mendapat cuti hari kelepasan?
Setiap pekerja separa sambilan adalah berhak mendapat hari kelepasan berbayar pada kadar bayaran biasanya pada hari yang berikut dalam mana-mana satu tahun kalendar.
- Hari Kebangsaan.
- Hari Ulang Tahun Yang di-Pertuan Agong.
- Hari Ulang Tahun Raja atau Yang di-Pertua Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan bergantung kepada lokasi tempat kerja bagi pekerja sambilan tersebut. Hari Wilayah Persekutuan, jika pekerja sambilan yang bekerja di Wilayah Persekutuan.
- Hari Pekerja.
- Atau mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369].
Katakan lah hari kelepasan am tersebut jatuh pada hari rehat atau hari cuti pekerja, maka hari bekerja yang berikutnya atau keesokan harinya akan menjadi hari kelepasan berbayar bagi menggantikan hari kelepasan am tersebut.
Jadi jika majikan katakan yang cuti anda sudah terkira kerana sama tarikh dengan cuti am, jangan terpedaya. Anda sepatutnya mendapat cuti pada keesokan harinya dan cuti berbayar.
Demikian adalah antara kandungan dalam Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separuh Masa) 2010 dan ianya adalah sahih disisi undang-undang. Maka jangan ingat yang anda hanya pekerja sambilan sahaja, anda tiada hak dari segi cuti dan hari pelepasan. Tetapi, anda sebenarnya berhak mendapat apa yang sewajarnya.
Isu semasa berkaitan pekerja sambilan
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merayu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membela nasib 958 pekerja sambilan harian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ditamatkan kontrak pada 31 Disember 2022 yang lalu.
Setiausaha Agung, Kamarul Baharin Mansor berkata semua pekerja berkenaan ditamatkan perkhidmatan selepas operasi lembaga berkenaan beralih kepada digital.
Yakin dengan keprihatinan Perdana Menteri, Kamarul Baharin berkata, ia berikutan tindakan LHDN itu membabitkan pekerja bawahan yang mendapat gaji RM65 sehari.
Disini kita dapat lihat apabila pekerja ini diberhentikan kerja, mereka ini terputus sumber pendapatan. Sedangkan rata-rata di antara mereka bekerja demi sesuap nasi bagi menampung kelangsungan hidup.
Oleh itu, penting bagi pekerja sambilan untuk memahami akta yang berkaitan dan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separuh Masa) 2010 agar dapat memastikan hak kalian sebagai pekerja diterima dan dilindungi dengan baik. Selamat bekerja semua!
Adakah pekerja sambilan layak mendapat 3 kali ganda gaji pada hari cuti umum ?
Boleh, jika diminta bekerja pada hari cuti umum seperti yang diwartakan dalam kalendar dan syarikat.
adakah pekerja sambilan/partime ini boleh membuat tuntutan socso jika berlaku kemalangan ketika bekerja atau selepas waktu bekerja(pulang).
Boleh, jika anda adalah ahli PEKESO yang mencarum.
Adakah pekerja sambilan/part time tidak boleh memberi waktu/masa(availability )untuk masuk kerja?
Adakah pekerja sambilan/part time wajib masuk kerja ikut waktu normal pekerja sepenuh masa/full time?
Jam kerja pekerja sambilan adalah antara 30% hingga 70% daripada pekerja sepenuh masa. Tetapi majikan berhak untuk menentukan masa masuk, masa keluar dan masa rehat pekerja bergantung kepada corak perniagaan mereka.
bagaimana sekira pekerja tidak dapat gaji setelah bekerja walaupum perjanjian membayar gaji hari?selepas 24 jam
Pembayaran gaji adalah untuk tempoh satu bulan. Bagi penggajian harian pula perlu mendapat persetujuan antara pekerja dan majikan.
Adakah pekerja sambilan tidak layak terima slip gaji atau voucher bayaran? Kerana syarikat kami enggan memberikannya.
Slip gaji wajib dikeluarkan majikan tanpa mengira status pekerja.
adakah pekerja kontrak tertakluk pada dasar gaji minimum?
Ya, pekerja kontrak juga tertakluk pada gaji minimum. Ia terpakai untuk semua jenis pekerja di Malaysia.
Adakah syarikat/majikan berhak tidak membagi gajj atas alasan tiada scan id semasa masuk kerja.tetapi ada berkerja/masuk berkerja pd masa itu,cuma sistem scan in/out mereka ada masalah.
Majikan tidak boleh potong gaji sesuka hati melainkan untuk potongan wajib seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Untuk kes seperti ini adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan majikan dan HR bagi menerangkan keadaan yang berlaku.
Adakah pekerja part Time boleh diberhentikan dalam masa 24 jam tanpa menerima sebarang ganti rugi dari syarikat ?
Secara amnya, pekerja part-time tidak boleh diberhentikan dalam masa 24 jam tanpa menerima sebarang ganti rugi kecuali jika ada sebab yang sah, seperti salah laku berat. Jika penamatan adalah tanpa sebab yang munasabah dan tanpa notis yang ditetapkan, pekerja layak mendapat pampasan.
Salam, majikan saya ingin memotong 15 minit gaji saya untuk solat. Apakah akta yang boleh tolong kami menegakkan yang waktu rehat 15 minit itu untuk solat dan rehat dibayar walaupun kami hanyalah part time. Sangat tak adil nk tolak gaji kami yg mmg sikit hanya sbb tersebut.
Akta Kerja 1955 tetapkan pekerja yang bekerja lebih daripada 5 jam sehari berhak mendapat rehat tidak kurang daripada 30 minit. Untuk kes pemotongan gaji ini majikan tidak boleh memotong gaji pekerja sesuka hati melainkan seperti yang telah ditetapkan dalam undang-undang.
Boleh ke pekerja part time membuat report ke jabatan buruh atas kesalahan majikan buang pekerja part time tanpa sebarang notis ?
Boleh.
Saya dah bekerja full time dalam syarikat..bila pelangan ramai boss minta Saya buat partime tapi xbagi buat overtime …tapi saya menolak untuk buat p/time
Pekerja tetap tidak perlu buat parttime di bawah syarikat sama, dan apabila diminta membuat kerja melebihi waktu kerja normal majikan wajib membayar pekerja overtime.
adakah majikan wajib membayar gaji kepada pekerja separa masa atau sambilan sebelum 7 hari setiap bulan?
Ya, tempoh pembayaran gaji telah dinyatakan dalam Akta Kerja.
Hi saya nak tanya..saya ada bagi notis 3 bulan berhenti dan masa 2 bulan lebih tu bos tak cari ganti saya.. Dia dapat penganti saya lagi 2 minggu saya nak berhenti..
Dan dia minta saya kerja sampai 18/10 ok sebab bos saya memang tak tahu buat kerja.. dalam bulan 10 sebab notis saya dari bulan 7 sampai 30/9 saya cakap bulan ni saya nak jadi part time saja ada kah gaji saya tunggu keputusan LHDN?
Ya, hal ini kerana untuk pastikan jika ada cukai tertunggak/semasa yang perlu dibayar kepada LHDN. Ini terjadi jika pekerja bergaji yang dikenakan cukai.
Ok faham..kena tunggu 2 bulan ke baru tahu keputusan lhdn
Apa perlu buat jika majikan tidak membayar gaji saya dalam tempoh satu hari yang dijnjikan, tapi majikan kata dh masukkan saya check acc belum ada duit masuk…
Boleh cuba tanya semula majikan dan jika masih tiada boleh buat laporan ya.
Hai, saya bekerja di 2 buah syarikat dalam 1 masa. Sepenuh masa di syarikat A dan separuh masa di syarikat B dan kedua-dua syarikat terletak di dalam 1 bangunan yang sama. Soalan saya adakah akta kerja 1955 terpakai untuk pekerja separa masa seperti saya di syarikat B. Contohnya seperti cuti tahun, mc dan cuti am adakah masih sama seperti pekerja sepenuh masa ?
Perkara ini perlu dirujuk pada kontrak kerja kerana jika kontrak kerja tidak membenarkan pekerja untuk bekerja dengan syarikat lain dalam satu masa, ia boleh menyebabkan konflik kepentingan ya.