Skip to main content

MySyarikat adalah sebuah aplikasi perisian HR yang mempunyai pelbagai fungsi dan ciri untuk membantu pengurusan HR, majikan dan pekerja dalam menguruskan proses HR dengan lebih cekap dan mudah. Namun, adakah semua fungsi dan ciri di MySyarikat boleh diakses oleh pengguna yang berdaftar sebagai ‘employee’ di bawah satu syarikat?

Jawapannya adalah tidak. Terdapat beberapa fungsi dan ciri yang hanya boleh diakses oleh pengguna yang memegang peranan sebagai HR, BOD dan jabatan kewangan. Pekerja hanya mempunyai akses kepada beberapa fungsi dan ciri sahaja, iaitu Papan Pemuka, Rekod Peribadi, Permohonan, Pengumuman dan Kalendar.

Ini bermakna pekerja hanya boleh menggunakan fungsi-fungsi tersebut dalam platform MySyarikat. Fungsi dan ciri yang lain hanya boleh diakses oleh pengguna yang memegang peranan tertentu dalam syarikat, dan ia bergantung kepada keperluan perniagaan dan penggunaan platform.

Akses pekerja MySyarikat

1. Papan Pemuka (Dashboard)

Fungsi ini memberikan gambaran ringkas mengenai perkara-perkara penting berkaitan dengan aktiviti syarikat dan pekerja seperti senarai kehadiran, maklumat gaji terkini, permohonan cuti, pengumuman penting, dan sebagainya. Papan Pemuka memudahkan pengguna untuk memantau dan membuat keputusan berdasarkan maklumat terkini dengan lebih cepat dan mudah.

2. Rekod Peribadi (MyRecord)

Fungsi ini membolehkan pekerja mengakses maklumat peribadi seperti maklumat pekerja, maklumat gaji, rekod kehadiran, rekod cuti dan banyak lagi. Rekod peribadi ini memudahkan pekerja untuk menguruskan maklumat peribadi mereka dengan lebih teratur dan mudah.

3. Permohonan

Fungsi ini membolehkan pekerja membuat permohonan seperti cuti, kebenaran lewat, penggantian gaji dan sebagainya. Dengan fungsi ini, pekerja boleh menghantar permohonan mereka secara atas talian dan membolehkan penyelia serta HR untuk mempertimbagkan permohonan tersebut dengan lebih cepat dan efisien.

Akses pekerja MySyarikat bagi HR

4. Pengumuman

Fungsi ini membolehkan HR atau penyelia menyampaikan maklumat penting atau pengumuman kepada semua pekerja dalam syarikat secara mudah dan pantas. Pengumuman ini boleh berkaitan dengan aktiviti syarikat, projek baharu atau sebarang perkara penting yang perlu dikongsikan.

5. Kalendar

Fungsi ini membolehkan pengguna untuk melihat jadual kerja mereka serta jadual aktiviti yang berlangsung dalam syarikat. Jadual yang terdapat dalam kalendar ini merangkumi tarikh penting seperti cuti am, hari cuti atau sebarang aktiviti atau mesyuarat yang perlu dihadiri. Dengan fungsi ini, pekerja dan HR dapat menguruskan jadual dengan lebih terancang dan efisien.

Walaupun fungsi ini terhad, tetapi ia memadai bagi pekerja untuk menguruskan keperluan asas mereka dalam syarikat. Selain itu, kehadiran fungsi-fungsi ini dalam satu platform yang mudah diakses membuat pengurusan pekerjaan lebih mudah perhubungan antara pekerja dan majikan serta memastikan ketelusan sistem pentadbiran syarikat.

MySyarikat semuanya dihujung jari

MySyarikat memberikan kelebihan kepada syarikat dalam dunia digital yang semakin pesat ini dengan memberikan kemudahan dan keselesaan dalam menguruskan operasi HR syarikat. Dengan akses yang terhad bagi pekerja, ini memberikan keselamatan dan perlindungan yang lebih baik kepada data peribadi syarikat dalam menguruskan operasi HR mereka.

Namun begitu, pengurus HR dan majikan mempunyai akses ke fungsi dan ciri lain yang lebih luas dan memberikan lebih banyak kawalan dalam menguruskan operasi HR syarikat. Fungsi-fungsi ini termasuk pengurusan pangkalan data pekerja, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan gaji dan banyak lagi. Boleh layari portal MySyarikat untuk mengetahui lebih lagi!

Jadi pekerja yang prihatin! Muat turun aplikasi MySyarikat sekarang!

MySyarikat lebih jimat kos

Keperluan setiap syarikat mungkin berbeza-beza, jadi dengan ada lima fungsi tersebut bergantung pada keperluan dan kehendak syarikat. Namun, sebagai platform HR yang lengkap, MySyarikat menawarkan pelbagai fungsi tambahan dalam pelan premium termasuk pengurusan tuntutan, pengurusan lebih masa, gaji automatik, baucar bayaran, borang tahunan dan pengurusan multi-syarikat. Oleh itu, jika syarikat memerlukan fungsi tambahan, pilihan untuk meningkat taraf ke pelan premium boleh menjadi pilihan yang sesuai.

MySyarikat menyediakan dua pilihan pelan yang boleh dipilih oleh pengguna. Pelan pertama, iaitu Pelan Lite, adalah percuma seumur hidup dan menyediakan beberapa ciri yang berguna untuk pengurusan sumber manusia syarikat, seperti pengurusan pekerja, pengurusan cuti, pengumuman, kalendar pasukan, kehadiran dan aplikasi mudah alih MySyarikat.

Jangan risau, anda sentiasa boleh meningkat taraf kepada pelan Premium untuk mendapatkan lebih banyak ciri dan pengalaman yang lebih baik sebagai pekerja mahupun majikan. Pekerja yang merasa bahawa fungsi-fungsi yang tersedia dalam Pelan Lite tidak mencukupi boleh meminta majikan untuk menaik taraf ke Pelan Premium, atau mereka juga boleh memilih untuk menaik taraf sendiri ke Pelan Premium pada bila-bila masa untuk mendapatkan fungsi tambahan.

 dua pilihan pelan premium dan lite

Bagi syarikat yang memerlukan ciri tambahan, terdapat Pelan Premium dengan harga serendah RM8/pengguna. Pelan ini termasuk semua ciri dalam Pelan Lite dan tambahan seperti pengurusan tuntutan, pengurusan lebih masa, gaji automatik dan terjamin, baucar bayaran, borang tahunan, dan boleh digunakan untuk lebih daripada satu syarikat.

Dengan pilihan pelan yang fleksibel ini, MySyarikat memudahkan syarikat dalam menguruskan bajet dan menyesuaikan keperluan pengurusan sumber manusia mereka mengikut tahap pertumbuhan syarikat.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan teknologi terkini dalam pengurusan HR syarikat! Muat turun MySyarikat sekarang muat turun aplikasi MySyarikat di App Store, Google Play Store dan App Gallery secara percuma sekarang!