Dalam dunia pekerjaan, banyak perkara boleh dirunding. Gaji boleh dibincang. Tarikh mula boleh diselaraskan. Tetapi satu perkara yang tidak boleh dibiarkan kabur ialah status undang-undang dokumen pekerjaan.

Antara kekeliruan paling kerap timbul dalam kalangan majikan dan pekerja ialah adakah surat tawaran kerja sahaja sudah mencukupi sebagai kontrak kerja?

Jawapannya tidak semudah ‘ya’ atau ‘tidak’. Namun, secara prinsip, ya, boleh, dengan syarat elemen penting dinyatakan secara lengkap dan mematuhi undang-undang.

Apa Itu Surat Tawaran Kerja (Offer Letter)?

Surat tawaran kerja atau offer letter lazimnya merupakan dokumen pertama yang diterima oleh calon pekerja selepas proses temu duga selesai. Ia bertindak sebagai persetujuan awal atau pra-kontrak antara majikan dan pekerja.

Kebiasaannya, surat ini mengandungi maklumat asas seperti:

  • Jawatan yang ditawarkan
  • Struktur atau kadar gaji
  • Tarikh mula bekerja

Fungsinya jelas iaitu mengesahkan bahawa majikan menawarkan jawatan dan calon bersetuju untuk menerimanya.

Namun persoalan ialah adakah surat tawaran kerja sekadar dokumen formaliti, atau ia sebenarnya boleh menjadi kontrak yang sah? Jawapannya bergantung kepada kandungan.

Apa Itu Kontrak Kerja?

Kontrak kerja pula ialah dokumen rasmi yang mengesahkan hubungan majikan–pekerja secara sah dan lengkap. Ia bukan sekadar surat pengesahan tawaran, tetapi satu perjanjian yang memperincikan hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak. Kontrak kerja biasanya mengandungi:

  • Skop tugas secara terperinci
  • Struktur gaji dan elaun
  • Waktu kerja
  • Hak cuti
  • Klausa penamatan
  • Tanggungjawab disiplin

Apabila berlaku pertikaian, kontrak kerja menjadi dokumen utama yang dirujuk oleh pihak berkuasa atau Mahkamah Perindustrian.

Perbezaan Antara Surat Tawaran Kerja dan Kontrak Kerja

Secara ringkas, perbezaannya boleh dilihat dari tiga sudut utama:

  1. Fungsi
  • Surat tawaran kerja: Persetujuan awal dan pengesahan penerimaan jawatan.
  • Kontrak kerja: Pengesahan rasmi dan menyeluruh hubungan pekerjaan.
  1. Kandungan
  • Surat tawaran kerja biasanya lebih ringkas.
  • Kontrak kerja lebih komprehensif dan terperinci.
  1. Kekuatan Undang-Undang
  • Kekuatan sesuatu dokumen tidak ditentukan oleh namanya, tetapi oleh kelengkapan terma di dalamnya.

Dalam beberapa kes, Mahkamah Perindustrian memutuskan bahawa surat tawaran tidak boleh berdiri sendiri jika kandungannya tidak lengkap. Terdapat juga keadaan di mana majikan mengeluarkan kontrak baharu untuk menggantikan offer letter bagi memperincikan terma pekerjaan dengan lebih jelas.

Bolehkah Surat Tawaran Kerja Dianggap Sebagai Kontrak Kerja?

Menurut Akta Kerja 1955, sesuatu perjanjian pekerjaan boleh berbentuk bertulis atau lisan. Undang-undang tidak mewajibkan dokumen itu dinamakan sebagai “kontrak” untuk menjadi sah.

Ini bermaksud, jika surat tawaran kerja mengandungi elemen lengkap yang membentuk suatu perjanjian pekerjaan, ia boleh dianggap sebagai kontrak kerja yang mengikat secara sah.

Elemen Wajib yang Menjadikan Offer Letter Sah Sebagai Kontrak

Untuk membolehkan surat tawaran kerja berdiri sebagai kontrak kerja yang sah, ia perlu menyatakan secara jelas:

  • Jawatan dan skop tugas
  • Struktur gaji
  • Waktu kerja (tidak melebihi 8 jam sehari)
  • Hak cuti tahunan
  • Syarat penamatan
  • Tandatangan kedua-dua pihak

Tanpa elemen-elemen ini, dokumen tersebut berisiko dianggap tidak lengkap dan sukar dikuatkuasakan sekiranya berlaku pertikaian.

Baca juga: Bolehkah Pekerja Tolak Surat Tawaran Selepas Tandatangan?

Kesimpulannya, surat tawaran kerja dan kontrak kerja boleh disekalikan, dengan syarat kandungannya lengkap dan mematuhi undang-undang.

Bagi majikan, pendekatan paling selamat ialah memastikan setiap surat tawaran kerja dirangka dengan jelas, komprehensif dan patuh undang-undang atau menyediakan kontrak kerja yang berasingan tetapi konsisten dengan terma asal.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDNCukaiFakta HR

Cara Kira Rebat Cukai Zakat LHDN

Zahin ByondZahin ByondFebruary 24, 2026
panduan bekerja semasa bulan ramadan
Panduan Bekerja Semasa Bulan RamadhanFakta HR

Panduan Bekerja Semasa Bulan Ramadhan

Zahin ByondZahin ByondFebruary 19, 2026
Adakah Akta Kerja Benarkan Kerja pada Hari Sabtu?Fakta HR

Adakah Akta Kerja Benarkan Kerja pada Hari Sabtu?

Zahin ByondZahin ByondFebruary 20, 2026

Leave a Reply