Memasuki bulan Mac, setiap pencarum KWSP menanti-nantikan pengumuman mengenai khabar pulangan dividen untuk simpanan masa depan mereka. Adakah ia kekal pada 6.30% seperti 2024, atau melonjak lebih tinggi selari dengan perkembangan ekonomi semasa?
Apa itu dividen KWSP?
Dividen KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah keuntungan yang diberikan kepada ahli berdasarkan jumlah simpanan dalam akaun mereka. Setiap tahun, KWSP mengumumkan kadar dividen yang berbeza-beza mengikut prestasi pelaburan mereka. Dividen ini adalah insentif untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan untuk persaraan.
Sebagai makluman, kadar dividen bagi akaun konvensional minimum adalah 2.50% berdasarkan prestasi pelaburan konvensional KWSP, manakala bagi akaun shariah pula berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariah yang diuruskan dan dilaburkan KWSP.
Dividen KWSP 2024
Pada 1 Mac 2025 lalu, KWSP telah mengumumkan dividen 2024 sebanyak 6.30% untuk simpanan konvensional ( berjumlah RM63.05 bilion) dan Shariah (berjumlah RM10.19 bilion) iaitu tertinggi sejak 2017.
Kini, mata tertumpu pada pulangan dividen KWSP 2025. Prestasi sembilan bulan capai RM63.99 bilion, naik 11%, disokong ekuiti RM13.77 bilion suku kedua.
Ramalan Pakar: 5.5% hingga 6.3%
Pakar ekonomi seperti Prof Emeritus Barjoyai Bardai (UNIRAZAK) meramalkan julat 5.8-6.3% konvensional, 5.5-6.0% Shariah. Samirul Ariff (Global Asia Consulting) setuju dengan mengatakan “Bukan semua keuntungan pasaran boleh diagih, hanya realisasi sahaja.” Ini kerana KWSP mengutamakan rizab jangka panjang, elak ‘mark-to-market’ yang belum tentu.
Menurut unjuran pakar, separuh pertama 2025 menyaksikan pendapatan RM38.92 bilion, naik 3% daripada 2024, dengan caruman sukarela melonjak 55% ke RM11.68 bilion. Tambahan 286,194 ahli baharu memberi tekanan lebih besar untuk kekalkan kadar, tapi pelaburan ekuiti global positif beri harapan.
| Simpanan | Ramalan 2025 (%) | Dividen 2024 (%) | Pendapatan Utama 2025 |
| Konvensional | 5.8-6.3 | 6.30 | Ekuiti RM13.77 bilion |
| Shariah | 5.5-6.0 | 6.30 | Had pelaburan syariah |
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Dividen KWSP
- Prestasi Pelaburan KWSP
- KWSP melabur dana ahli dalam pelbagai instrumen seperti saham, bon, dan hartanah. Prestasi pelaburan ini akan menentukan kadar dividen yang diumumkan.
- Keadaan Ekonomi Semasa
- Faktor seperti inflasi, kadar faedah, dan pertumbuhan ekonomi mempengaruhi pulangan pelaburan KWSP.
- Dasar Kerajaan
- Kerajaan Malaysia mungkin mengeluarkan dasar baharu yang mempengaruhi pengurusan dana KWSP.
Baca juga: Bagaimana Pengiraan Dividen KWSP Dilakukan?
Akhir kata mari kita sama-sama tunggu Mac 2026 untuk pengumuman rasmi KWSP mengenai dividen 2025. Sementara itu, simpanan anda bukan sekadar wang semata-mata tetapi ia benteng masa tua. Mulakan caruman hari ini untuk masa depan lebih terbaik.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!







