Skip to main content

Umum mengetahui bahawa pengeluaran duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya boleh dibuat apabila pekerja mencapai usia persaraan sahaja. Buat masa ini had umur persaraan negara ditetapkan pada 60 tahun.

Ini bermakna apabila seorang pekerja mencapai usia 60 tahun, mereka dibenarkan untuk membuat pengeluaran penuh dari mana-mana akaun KWSP. Tetapi pekerja sebenarnya boleh membuat pengeluaran dari Akaun 1 atau Akaun 2 KWSP untuk tujuan peribadi tertentu.

Pengeluaran-Pengeluaran KWSP

Sebenarnya terdapat 2 kategori pengeluaran yang ditawarkan oleh KWSP kepada ahlinya. Kategori pertama adalah Pengeluaran Sebahagian yang membenarkan pekerja akses kepada Akaun 2 mereka dan Pengeluaran Penuh apabila mencapai usia persaraan.

Ini adalah ringkasan pengeluaran-pengeluaran yang dibenarkan oleh pihak KWSP untuk pekerja. Suka diingatkan senarai bawah ini adalah ringkasan semata-mata, rujukan lanjut boleh diluar pada laman rasmi KWSP.

  • Pengeluaran Sebahagian
    • Umur 50 
    • Pendidikan
    • Beli Rumah
    • Bina Rumah
    • Mengurang/ Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
    • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
    • Perumahan Fleksibel
    • Perumahan PR1MA
    • Haji
    • Kesihatan
    • Simpanan Melebih RM1 Juta
  • Pengeluaran Penuh
    • Umur 55
    • Umur 60
    • Pekerja Berpencen dan Pesara Pilihan
    • Hilang Upaya
    • Meninggalkan Negara
    • Kematian 

Syarat-Syarat Pengeluaran KWSP

Tentunya sebagai pencarum KWSP, pekerja perlu memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka mengeluaran wang dari dalam akaun. Tidak kira sama ada untuk tujuan peribadi, syarat-syarat ini perlu dipenuhi.

  1. Umur 50
    • Pengeluaran dari Akaun 2
    • Berusia di antara 50 tahun hingga 55 tahun
    • Buat buat sekali sahaja pengeluaran atau kesemua simpanan Akaun 2
  2. Pendidikan
    • Pengeluaran dari Akaun 2
    • Tujuan biayai pendidikan sendiri, pasangan, anak-anak atau ibubapa
    • Biayai pengajian di peringkat Sijil Tahap 3 dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara
  3. Beli Rumah
    • Pengeluaran dari Akaun 2
    • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun
    • Tujuan membeli rumah kediaman
    • Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan sebelum ini
  4. Bina Rumah
    • Pengeluaran dari Akaun 2
    • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun
    • Membeli tanah atau membina rumah atas tanah persendirian
    • Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan sebelum ini
  5. Mengurang/ Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
    • Usia di bawah 55 tahun
    • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun
    • Telah membeli/ membina rumah kediaman
    • Telah didaftarkan sebagai pemilik rumah
  6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
    • Usia di bawah 55 tahun 
    • Mempunyai sekurang-kurangnya RM600 dalam akaun
    • Membeli? Membina rumah kediaman
    • Memiliki tinggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf KWSP
    • Ansuran bulanan telah bermula 
  7. Perumahan Fleksibel
    • Usia di bawah 54 tahun
    • Membeli/ membina rumah kediaman
    • Memiliki pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP 
  8. Perumahan PR1MA
    • Usia di bawah 55 tahun
    • Membeli rumah PR1MA
    • Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA
    • Tidak pernah buat pengeluaran perumahan atau pernah buat pengeluaran perumahan tetapi sudah menjual/ melepaskan hak milik harta
  9. Haji
    • Usia di bawah 55 tahun
    • Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh Lembaga Tabung Haji
    • Tidak pernah memojon pengeluaran haji
    • Simpanan di Lembaga Tabung Haji tidak mencukupi
  10. Kesihatan
    • Usia di bawah 55 tahun 
    • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
    • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
    • Perlatan bantuan kesihatan diluluskan KWSP
    • Untuk tujuan diri sendiri, ibubapa, pasangan, adik-beradik atau anak-anak
  11. Simpanan Melebih RM1 Juta
    • Usia di bawah 55 tahun
    • Mempunyai simpanan berbaki melebihi RM1 juta

Selaraskan Caruman KWSP Dan Gaji Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, caruman yang dibuat dalam KWSP boleh keluarkan untuk tujuan peribadi seperti membeli rumah atau biayai pendidikan. Untuk mengeluarkan sepenuhnya pula simpanan tersebut, pekerja perlu mencapai usia persaraan 60 tahun.

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan! Sistem MySyarikat dapat memastikan caruman KWSP dibuat secara automatik setiap bulan. Tiada lagi masalah atau kebimbangan pembayaran caruman KWSP setiap bulan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply