Skip to main content

Seperti yang sedia maklum, KWSP telah pun mengumumkan kadar peratusan dividen tahun 2023 pada awal Mac tempoh hari. Sebagai pengetahuan terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan oleh pihak KWSP iaitu,

  • Akaun Konvensional
  • Akaun Shariah. 

Bagi pencarum Akaun Kovensional anda akan menikmati kadar dividen sebanyak 5.50 peratus dan 5.40 pula bagi mereka yang menyimpan dalam Akaun Shariah. Dan sebagai orang Islam kita dinasihatkan untuk menukar kepada simpanan yang patuh syariah.

Sejarah Akaun Shariah KWSP

Bagi yang masih belum tahu, Akaun Shariah KWSP telah diperkenalkan pada tahun 2017 yang disasarkan untuk pencarum beragama Islam.  Tujuan KWSP memperkenalkan jenis simpanan ini adalah untuk menyediakan kaedah yang bertepatan dengan hukum Islam.  

Terdapat perbezaan antara simpanan shariah dan konvensional yang melibatkan pulangan yang mengikut shariah. Tujuan simpanan shariah diwujudkan adalah untuk memudahkan penyimpan yang beragama Islam menyimpan dengan yakin dan dividen patuh syariah. 

Antara perbezaan antara simpanan shariah dan konvensional adalah seperti berikut:

KelayakanSimpanan ShariahSimpanan Konvensional
KeahlianSemua ahli boleh memilih untuk menukar ke akaun simpanan shariahSemua ahli adalah simpanan konvensional selagi tidak menukar ke 2akaun simpanan shariah
Akad (Kontrak Shariah)Tertakluk kepada Akad Simpanan Shariah berdasarkan akad WakalahKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan konvensional (yang termasuk pelaburan tidak patuh Syariah dan patuh syariah) dan tertakluk kepada kadar dividen minimum 2.5%
Kadar DividenKadar dividen adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh syariahDiperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus syariah
Perakuan Jawatankuasa Penasihat ShariahDiperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) dan tertakluk kepada Rangka Kerja Tadbir Urus syariahTidak Berkenaan
Pertukaran AkaunAhli tidak boleh memilih untuk kembali ke Simpanan Konvensional selepas tarikh kuat kuasa Simpanan ShariahTidak Berkenaan

Oleh itu, pencarum KWSP yang beragama Islam dinasihatkan untuk menukar dari Akaun Konvensional ke Akaun Shariah bagi memasikan dividen yang diterima adalah suci menurut penetapan Islam. 

Sebagai maklumat tambahan, penukaran ke Akaun Shariah ini bukan perkara baru tetapi telah diperkenalkan sejak daripada tahun 2017 sehingga kini. Antara jumlah kadar dividen yang diperolehi dari Akaun Shariah KWSP adalah,

TahunJumlah Penyucian Dividen (%)
202273%
202169%
202069%
201971%
201868%
201764%

Menariknya, hasil daripada penyucian dividen KWSP ini tidak boleh digunakan untuk diri sendiri dan ia perlu diagihkan kepada pihak yang tertentu seperti:

  1. Diberikan kepada Baitulmal untuk kebaikkan dan pembangunan umat Islam
  2. Diberikan kepada golongan fakir miskin

Cara-Cara Penyucian Dividen KWSP

Terdapat cara pengiraan untuk penyucian dividen dan bergantung kepada peratusan untuk tahun itu. Contohnya, pada tahun 2023, kadar peratusan untuk penyucian dividen adalah sebanyak 66 peratus.

Contoh Pengiraan: Jumlah Dividen RM 1000 x 66% = RM 1000 x 66/100 = RM 660

Peratusan untuk penyucian dividen KWSP boleh berubah mengikut tahun. Oleh itu, diingatkan kepada semua pencarum untuk semak laman sesawang KWSP untuk mengetahui info terkini. 

Proses Melunaskan Penyucian Dividen

Bagaimana hendak menyelesaikan penyucian dividen ini? Berdasarkan Maklumat yang disediakan oleh pihak KWSP, antara caranya adalah dengan mengeluarkan duit daripada simpanan KWSP jika layak untuk dikeluarkan. 

Selain dari itu, pihak KWSP mencadangkan supaya pencarum menyucikan dividen dengan menggunakan duit yang ada di tangan. Dengan kata lain, sumber duit ahli caruman itu tidak ada masalah untuk digunakan selagi dimiliki olehnya. 

Setelah mengenal pasti sumber duit untuk menyucikan dividen yang diterima, para pencarum haruslah memberikan jumlah wang itu kepada Baitulmal atau kepada golongan fakir miskin.

Selaraskan Pembayaran Caruman KWSP Pekerja Dengan MySyarikat!

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan! Sistem MySyarikat dapat selaraskan pembayaran caruman KWSP termasuk PERKESO dan SIP pekerja semuanya dalam satu aplikasi sahaja!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply