Adakah PERKESO dan SOCSO dua organisasi yang berbeza? Soalan ini sering timbul dalam kalangan pekerja dan majikan yang mahu memahami tanggungjawab mereka dalam sistem keselamatan sosial di Malaysia.
Jawapannya mudah adalah PERKESO dan SOCSO adalah entiti yang sama! Bezanya hanya pada penggunaan bahasa. Artikel ini akan merungkai kekeliruan dan memberi gambaran jelas tentang fungsi, skim perlindungan, dan caruman PERKESO/SOCSO yang perlu difahami oleh semua pihak.
Apa Itu PERKESO/SOCSO?
PERKESO adalah singkatan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial, manakala SOCSO bermaksud Social Security Organization. Kedua-duanya merujuk kepada organisasi yang sama. Ia ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan berfungsi sebagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Agensi ini memainkan peranan penting dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan keluarga mereka di Malaysia. Meskipun ramai menyangka ia entiti berbeza, hakikatnya, ia hanyalah satu agensi dengan dua nama.
Objektif utama PERKESO/SOCSO ini ialah,
- Memberi perlindungan kepada pekerja dalam bentuk bantuan kewangan dan perubatan jika berlaku kemalangan, penyakit, kecacatan atau kematian.
- Menguruskan pendaftaran pekerja, pemungutan caruman, dan pembayaran faedah.
- Menyediakan program pemulihan untuk pekerja yang terjejas.
Skim Perlindungan Utama Ditawarkan PERKESO/SOCSO
PERKESO/SOCSO menawarkan beberapa skim utama di bawah payung perlindungan keselamatan sosial. Skim ini bukan sahaja memberi jaminan kepada pekerja, tetapi juga kepada tanggungan mereka.
- Skim Bencana Pekerjaan
- Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit yang berpunca daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan seperti,
- Kemalangan semasa jalankan pekerjaan
- Kemalangan semasa dalam perjalanan
- Kemlangan semasa kecemasan
- Penyakit khidmat
- Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau penyakit yang berpunca daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan seperti,
- Skim Keilatan
- Ditawarkan untuk mereka yang menghidap keilatan seperti keuzuran kekal yang tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak boleh bekerja secara normal. Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
- Sistem Insuran Pekerjaan
- Ia menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans yang kehilangan pekerjaan dengan menawarkan bantuan;
- Elaun mencari pekerjaan
- Elaun pendapatan berkurangan
- Elaun bekerja semula awal
- Fi latihan
- Elaun latihan
- Elaun orang tanggungan
- Ia menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans yang kehilangan pekerjaan dengan menawarkan bantuan;
Kategori Caruman PERKESO/SOCSO
Dalam sistem perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, semua majikan wajib mencarum bagi pihak pekerja mereka kepada PERKESO/SOCSO. Kelayakan untuk mencarum tidak hanya terhad kepada warganegara, malah turut merangkumi penduduk tetap dan pekerja asing yang sah.
Terdapat dua kategori utama dalam sistem caruman PERKESO:
- Kategori Pertama
- Melibatkan pekerja berumur di bawah 60 tahun.
- Caruman dibuat oleh kedua-dua pihak: majikan dan pekerja.
- Perlindungan ini merangkumi kedua-dua Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan, menjadikannya perlindungan yang lebih menyeluruh.
- Kategori Kedua
- Melibatkan pekerja berumur 60 tahun ke atas atau pekerja asing.
- Dalam kategori ini, hanya majikan yang mencarum, dan perlindungan hanya diberikan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
PERKESO telah menguat kuasakan had siling gaji baharu bagi caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan bermula pada 1 Oktober 2024 lalu. Amaun caruman yang terpakai bagi pekerja yang bergaji melebihi RM5,000 sebulan adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Akta 4 dan Jadual Kedua, Akta 800.
Fungsi dan Peranan Utama PERKESO/SOCSO
PERKESO bukan sekadar memberi perlindungan semata-mata tetapi peranannya lebih menyeluruh termasuk:
- Memberi perlindungan sosial menyeluruh kepada pekerja dan tanggungan.
- Menyalurkan bantuan kewangan dan rawatan perubatan kepada pekerja yang layak.
- Menyediakan pemulihan jasmani dan latihan vokasional untuk membantu pekerja kembali bekerja.
- Menjalankan kempen kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Menguruskan proses pendaftaran, caruman, dan tuntutan faedah secara sistematik.
Baca juga: Caruman EPF/SOCSO Wajib Ke Untuk Pekerja?
Kesimpulannya, PERKESO dan SOCSO adalah satu organisasi yang sama. Perbezaannya hanyalah dari segi istilah bahasa. Namun, peranannya adalah sama iaitu memberi perlindungan sosial kepada pekerja di Malaysia.
Sama ada anda majikan atau pekerja, memahami tanggungjawab dan hak anda di bawah sistem ini adalah langkah penting ke arah kesejahteraan jangka panjang.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
