Dalam dunia kerja, tidak ada hubungan profesional yang wujud tanpa asas dan asas itu ialah kontrak kerja. Ia mengikat dua pihak, pekerja dan majikan, pada satu set persetujuan yang harus dipatuhi dengan adil dan berintegriti.

Sebelum ini, MySyarikat pernah berkongsi tentang keperluan notis penamatan kontrak, disiplin pekerja, dan bagaimana kontrak boleh ditamatkan apabila salah satu pihak melanggar syarat.

Namun, terdapat satu lagi sisi gelap dalam landskap pekerjaan yang jarang dibincangkan secara terbuka iaitu pemecatan konstruktif, keadaan di mana pekerja bukan sekadar berhenti kerja, tetapi dipaksa untuk melakukannya.

Artikel ini membawa anda menelusuri isu itu dengan lebih mendalam.

Punca Kontrak Kerja Ditamatkan

Secara umum, kontrak kerja boleh ditamatkan atas beberapa alasan yang jelas dan munasabah. Pekerja boleh diberhentikan kerana prestasi yang lemah, salah laku, kegagalan mematuhi tatacara syarikat, atau apa-apa pelanggaran kontrak yang terbukti.

Apa yang tidak boleh berlaku ialah pemecatan tanpa sebab seperti keputusan spontan majikan untuk “mengosongkan kerusi” tanpa asas kukuh.

Dalam undang-undang buruh Malaysia, penamatan perkhidmatan mesti datang dengan justifikasi yang adil, bukan atas dasar suka-suka.

Selain itu, kontrak kerja juga boleh tamat dengan sendirinya melalui keadaan berikut:

  • Persaraan seperti ditetapkan dalam kontrak
  • Kematian pekerja
  • Tamat tempoh kontrak tetap (fixed period)
  • Kecewaan kontrak (frustration of contract)
  • Masalah kesihatan serius yang menghalang pekerja untuk bekerja
  • Syarikat gulung tikar

Dalam situasi-situasi ini, pertikaian biasanya minimal kerana puncanya jelas. Namun jika majikan menamatkan kontrak tanpa alasan yang sah, pekerja berhak membawa aduan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk mendapatkan keadilan.

Pemecatan Konstruktif: Bila Pekerja Dipaksa Berhenti

Pemecatan konstruktif berlaku apabila majikan bertindak secara tidak adil sehingga pekerja tiada pilihan selain meletakkan jawatan. Ia bukan berhenti secara sukarela tetapi ia berhenti kerana keadaan kerja sudah tidak tertanggung.

Lebih menyedihkan, ada majikan yang sengaja melakukannya untuk mengelakkan bayaran pampasan atau notis. Mereka ‘menolak’ pekerja keluar melalui penganiayaan halus atau terang-terangan.

Antara situasi yang lazim dikategorikan sebagai pemecatan konstruktif:

  • Pembulian, ugutan, atau gangguan seksual
  • Penurunan pangkat tanpa sebab yang sah
  • Diskriminasi terhadap jantina, umur, bangsa atau agama
  • Persekitaran kerja yang tidak selamat
  • Gaji sengaja dilewatkan atau tidak dibayar

Jika perkara ini berlaku, pekerja boleh merujuk kepada Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, yang memberi hak untuk menuntut sekiranya diberhentikan tanpa sebab yang adil.

Tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemecatan, dengan mengemukakan bukti bahawa majikan telah melanggar syarat kontrak atau bertindak tidak adil.

Pampasan dalam Kes Pemecatan Konstruktif

Jika mahkamah mendapati bahawa pemecatan berlaku secara tidak adil, pekerja berhak menerima pampasan seperti:

  1. Pengambilan semula (reinstatement) jika kedua-dua pihak bersetuju
  2. Back wages dan kos perbicaraan, tidak melebihi 24 bulan dari tarikh pemecatan
  3. Pampasan sebagai ganti pengambilan semula dan back wages

Walaupun undang-undang memberi perlindungan, lebih baik jika kedua-dua pihak menghormati kontrak kerja yang telah dipersetujui.

Baca juga: Apa Itu Conflict Of Interest Di Tempat Kerja?

Pertikaian di tempat kerja sepatutnya diselesaikan secara profesional, bukan dengan dendam atau manipulasi. Dalam apa jua keadaan ‘keep it professional’ kerana setiap keputusan yang tidak adil akhirnya meninggalkan kesan bukan sahaja pada pekerja, tetapi juga pada reputasi syarikat.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of 2 male employee holding company benefits
Faedah Kerja Yang Syarikat Selalu TawarkanFakta HR

Faedah Kerja Yang Syarikat Selalu Tawarkan

Zahin ByondZahin ByondNovember 19, 2025
picture of an employee resigning and a employer wondering
Apa Jadi Kalau Berhenti Kerja Tanpa Notis?Fakta HR

Apa Jadi Kalau Berhenti Kerja Tanpa Notis?

Zahin ByondZahin ByondNovember 17, 2025
picture of a man afraid of see unearned wages
Apa Itu Unearned Wages (Gaji Tidak Layak)?Fakta HR

Apa Itu Unearned Wages (Gaji Tidak Layak)?

Zahin ByondZahin ByondNovember 10, 2025

Leave a Reply