Skip to main content

Selain dari isu gangguan seksual dan larangan diskriminasi di tempat kerja, masalah stereotaip umur atau generasi juga antara yang sering mengganggu dinamik kerja. Lebih mengusarkan apabila ada sesetengah syarikat gagal untuk mengenal pasti masalah stereotaip ini.

Untuk pengetahuan stereotiap generasi adalah satu andaian atau pandangan individu terhadap individu lain berdasarkan era kelahiran. Ia juga merujuk kepada cara cara pemikiran satu generasi yang berbeza dengan generasi yang lain.

Masalah Stereotaip Generasi Di Malaysia

Pada asasnya terdapat 7 kumpulan generasi yang dikenal pasti bermula dari tahun 1900-an sehingga sekarang. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

  • Greatest Generation (1901-1927)
  • Silent Generation (1928-1945)
  • Baby Boomer Generation (1946-1964)
  • Generation X (1965-1980)
  • Millennials Generation (1981-1996)
  • Generation Z (1996-2012)
  • Gen Alpha (2013-2025)

Berdasarkan kumpulan generasi di atas, kebanyakan tenaga kerja di Malaysia didominasi oleh Generation X, Millennials Generation hingga Generation Z. Malah, kajian terbaru mendapati mereka dari Gen Alpha ada yang sudah mula memasuki dunia pekerjaan walaupun secara tidak profesional.

Masalah stereotaip generasi ini tercetus apabila terdapat perbezaan pandangan, cara kerja dan corak permikiran antara mereka yang dilahirkan pada era berlainan. Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan satu generasi merasakan lebih bagus (superior) dari generasi lain. 

Contoh stereotaip generasi yang sering berlaku adalah bila mereka dari Generation X menganggap pekerja dari Generation Z terlalu manja serta sukar menerima teguran, dan mereka dari Gen Alpa anggap pekerja dari Millennials Generation buta teknologi.

Tanggapan negatif antara satu generasi dengan generasi lain ini yang menjadi punca utama kerosakan pada dinamik di tempat kerja, seterusnya menghalang perhubungan komunikasi antara pekerja di dalam syarikat. 

Lebih membimbangkan lagi apabila ada sesetengah pihak sengaja menggunakan alasan perbezaan generasi untuk menutup kelemahan diri sehingga tercetusnya isu diskriminasi generasi dalam pasaran kerja.

Cara Tangani Stereotaip Generasi

Setiap kali generasi baru muncul ia pasti akan menimbulkan persoalan mengenai kredibilit dan kemampuan individu-individu muda ini untuk menggantikan mereka yang sudah berusia dalam dunia pekerjaan.

Sesetengah mungkin menganggap generasi baru tidak sekompetatif, terlalu manja atau tiada kemahiran berbanding generasi terdahulu. Begitu juga sebaliknya dengan generasi baru anggap generasi sebelumnya gagal untuk berfikiran terbuka atau sukar menerima perubahan. 

Disebabkan itu, penting untuk para majikan dan bahagian sumber manusia (HR) mengetahui cara mengatasi masalah stereotaip generasi di tempat kerja. Ambil langkah awal untuk membendung masalah stereotiap generasi sebelum ia bertukar menjadi konflik di tempat kerja.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil majikan dan bahagian HR untuk mengatasi masalah stereotiap generasi adalah,

  • Fahami Keperluan Setiap Generasi Berbeza

Setiap generasi memiliki cara pemikiran, corak kerja dan fahaman yang berbeza-beza. Sebagai majikan dan bahagian HR penting untuk memahami perbezaan keperluan antara generasi ini. Apabila keperluan setiap generasi dapat dipenuhi maka pekerja akan berasa gembira dan tidak timbul masalah pilih kasih.

  • Wujudkan Aktiviti Kolaborasi Antara Generasi

Aktiviti kolaborasi adalah cara paling mudah untuk merapatkan hubungan antara generasi yang berbeza. Dengan meluangkan masa bersama, pekerja dapat memahami antara satu sama lain dan seterusnya mencari persamaan yang diperlukan untuk bekerja.

  • Tingkatkan Kesedaran Mengenai Stereotaip

Sama seperti mendidik pekerja tentang hak-hak mereka, majikan dan bahagian HR juga bertanggungjawab untuk memupuk kesedaran tentang masalah stereotiap di tempat kerja. Melaluinya pekerja akan lebih mengambil maklum tentang isu stereotiap generasi ini.

  • Amalkan Program Mentor/Buddy

Langkah terakhir yang boleh diambil majikan dan bahagian HR untuk merapatkan jurang antara generasi adalah dengan amalkna program mentor atau buddy. Program seperti ini bukan sahaja dapat meningkat kolaborasi tetapi juga merapatkan perhubungan antara generasi.

Akhir kata mencegah masalah stereotaip generasi di tempat kerja adalah sangat penting sebelum ia melarat hingga jadi isu lebih besar. Jika masalah stereotaip generasi dibiarkan begitu sahaja ia boleh menimbulkan pelbagai konflik antara pekerja, dan pada masa sama turut menghalang kelancaran operasi dan produktiviti syarikat dalam usaha untuk berkembang.

Selesaikan Segala Masalah Syarikat Anda Dengan MySyarikat 

Adakah anda alami masalah pengurusan pekerja kerana terdapat perbezaan generasi pekerja yang besar? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk rapatkan perhubungan pekerja dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Umum

Fahami Konsep Work-Life Balance

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024

Leave a Reply