Levi HRD Corp bukan sekadar satu kewajipan undang-undang tapi ia juga adalah peluang pelaburan strategik untuk majikan di Malaysia. Di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612), levi ini dikutip bagi menyokong pembangunan kemahiran tenaga pekerja.
Ramai majikan melihat levi ini sebagai bebanan, namun apabila diuruskan dengan betul, levi ini mampu mengubah tahap kemahiran pekerja dan memberikan kelebihan daya saing kepada syarikat.
Oleh itu, artikel ini membimbing anda langkah demi langkah untuk memahami dan memanfaatkan Levi HRD Corp secara optimum.
Apa Itu Levi HRD Corp?
Levi HRD Corp merupakan caruman latihan wajib di bawah Akta 612, yang dikenakan kepada majikan tertentu untuk membolehkan akses kepada dana latihan yang diluluskan.
Kategori majikan dan kadar levi:
- 10 pekerja ke atas: Wajib bayar 1% daripada gaji bulanan (gaji pokok + elaun tetap).
- 5 hingga 9 pekerja: Boleh mendaftar secara sukarela dan mencarum 0.5%.
Perlu diingatkan bahawa komisen, bonus, elaun tidak tetap, dan insentif lain tidak termasuk dalam pengiraan levi. Kefahaman tepat mengenai komponen gaji ini penting bagi memastikan kiraan levi yang sah dan tepat.
Cara Daftar dan Bayar Levi HRD Corp
Untuk memanfaatkan Levi HRD Corp, majikan mesti terlebih dahulu mendaftar dengan HRD Corp melalui portal rasmi mereka.
Setelah pendaftaran selesai:
- Bayaran bulanan dilakukan melalui sistem e-TRiS, sistem pengurusan levi dalam talian.
- Pastikan setiap pembayaran disimpan sebagai rekod rasmi untuk memudahkan tuntutan latihan kemudian hari.
Pendaftaran dan pembayaran yang konsisten adalah asas kepada kelayakan menuntut semula dana latihan pekerja.
Kenal Pasti Keperluan Latihan Pekerja Anda
Sebelum membuat sebarang tuntutan, majikan digalakkan menjalankan audit kemahiran bagi mengenal pasti jurang kecekapan dalam organisasi.
Setelah jurang kecekapan dikenal pasti, pilih kursus yang diluluskan HRD Corp yang berdurasi minimum 4 jam, dalam bidang seperti:
- Kepimpinan dan pengurusan
- Kemahiran jualan dan pemasaran
- Pengurusan sumber manusia
- Transformasi digital dan teknologi kerja
Pemilihan kursus yang tepat membolehkan latihan pekerja menjadi lebih bermakna dan selari dengan objektif syarikat.
Jika anda sedang mencari kursus yang diluluskan HRD Corp, anda boleh layari MySyarikat Academy. Di sini anda boleh dapatkan akses kepada kursus yang bukan sahaja diiktiraf HRD Corp tetapi dijamin boleh dituntut melalui HRD Corp.
Cara Menuntut Semula Dana Levi untuk Latihan
Selepas latihan selesai, majikan boleh membuat tuntutan levi HRD Corp melalui portal e-TRiS dengan langkah berikut:
- Log masuk ke sistem e-TRiS.
- Isi maklumat kursus dan sertakan dokumen sokongan (sijil kehadiran, invois, dan sebagainya).
- Hantar permohonan untuk semakan dan kelulusan.
Tips untuk kelancaran tuntutan:
- Pastikan kursus yang diambil telah diluluskan.
- Simpan semua dokumen berkaitan latihan.
- Rancang kursus lebih awal untuk elakkan kekangan masa dan dokumen.
- Pengurusan tuntutan yang teratur membolehkan dana levi dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Kelebihan Majikan dan Pekerja Daftar HRD Corp
Melabur dalam latihan menggunakan dana HRD Corp membawa pelbagai faedah:
- Untuk pekerja:
- Meningkatkan kemahiran dan kompetensi.
- Peluang untuk kemajuan kerjaya.
- Meningkatkan kepuasan dan motivasi kerja.
- Untuk majikan:
- Meningkatkan produktiviti dan efisiensi organisasi.
- Membina budaya kerja positif yang mendorong pembelajaran berterusan.
- Mematuhi keperluan undang-undang dan mengelakkan penalti.
Sebaliknya, gagal membayar levi atau memanfaatkannya boleh menyebabkan kehilangan hak untuk menuntut dana latihan, risiko tindakan undang-undang dan denda atau ketinggalan dalam kemajuan industri akibat kekurangan kemahiran tenaga kerja.
Baca juga: Cukai/Levi HRDC: Panduan Lengkap Pekerja dan Majikan
Kesimpulannya, levi HRD Corp bukan sekadar tanggungjawab undang-undang tapi ia adalah peluang strategik untuk menambah nilai kepada syarikat melalui pembangunan tenaga kerja.
Majikan yang bijak akan merancang latihan lebih awal, memanfaatkan sistem HRD Corp sepenuhnya, dan mengubah dana levi menjadi pelaburan kemahiran yang berbaloi. Justeru mulakan langkah pertama hari ini dan jangan biarkan potensi Levi HRD Corp terbiar begitu sahaja!
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
