Skip to main content

Semua mengetahui bahawa pembayaran cukai adalah perkara wajib kerana hasil kutipan tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai sumber pendapatan negara, tetapi ia juga akan disalurkan semula kepada pembangunan infrakstruktur untuk si pembayarnya.

Konsep percukaian di Malaysia pula terbahagi kepada 2 iaitu Cukai Langsung dan Cukai Tidak Langsung, yang diselia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tetapi terdapat satu lagi badan penyelia cukai yang bertanggungjawab mengutip dan mengurus perihal pekerjaan iaitu Dana Pembangunan Sumber Manusia (PSBM) atau kini dikenali sebagai HRD Corp, yang berada di bawah penguatkuasaan Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Apa Itu Cukai HRDF?

PSBM ini bertanggungjawab untuk mengutip Cukai HDRF yang bertujuan untuk membantu melatih serta meningkatkan kemahiran pekerja untuk syarikat yang berdaftar di bawahnya. Rujukan cukai HRDF ini boleh dibuat pada Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001.

Bermula Mac 2021 PSBM telah menjenamakan diri sebagai HRD Corporation (HRD Corp) dan memperluaskan liputan Akta Pembangunan Sumber Mnausia Berhad 2001 kepada lebih banyak industri kerja di Malaysia seperti sektor pendidikan dan sukan.

Seperti dikatakan tadi objektif cukai HRDF ini adalah untuk pembangunan pekerja, ini bermakna syarikat yang berdaftar dan mencarum kepada HRD Corp akan diberi bantuan kewangan untuk melatih atau menghantar pekerjanya menghadiri kursus-kursus latihan.

Mudahnya syarikat yang ingin menghantar pekerja untuk hadiri kursus latihan atau seminar pembangunan diri tidak perlu mengeluarkan kos tambahan, sebaliknya HDR Corp akan menanggungnya dengan hasil kutipan cukai yang dibuat sebelum ini.

Levi Cukai HRDF

Apabila dirujuk Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 ada dinyatakan majikan wajib membayar levi iaitu sejumlah wang, sebanyak 1% daripada gaji bulanan pekerja bagi yang menggaji 10 pekerja ke atas, sementara levi 0.5% sukarela bagi yang mempunyai 5 ke 9 pekerja sahaja.

Perlu diingatkan bahawa setiap majikan di Malaysia tanpa mengira industri perlu mendaftar dengan HRD Corp kerana hasil kutipan tersebut adalah untuk pembangunan pekerja. Kegagalakan mendaftar boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara 1 tahun.

Antara manfaat mendaftar dan membayar cukai HRDF adalah untuk membantu pembangunan, produktiviti, daya saing, keuntungan dan kepakaran pekerja-pekerja syarikat dalam memastikan tenaga kerja negara yang berkualiti setaraf antarabangsa.

Majikan bukan sahaja dapat menikmati akses latihan berstruktur untuk kepada pekerja secara percuma, tetapi dalam masa yang sama dapat pengiktifaran peringkat kebangsaan melalui Anugerah HRD Corp kerana berjaya melahirkan modal insan berkualiti untuk negara.

Proses untuk mendaftar dengan HRD Corp juga sangat mudah dengan majikan hanya perlu mengisi borang yang disediakan pada laman rasmi HRD Corp, kemudian sertakan sekali lampiran dokumen sokongan dan tekan hantar.

Pengiraan Cukai HRDF

Formula pengiraan cukai HRDF dan levi adalah seperti berikut,

Cukai HRDF = Cukai HRDF% x (Gaji Asas + Elaun Tetap)

  • Levi = (Jumlah Gaji Pokok + Elaun Tetap) x 1%*
  • Levi = (Jumlah Gaji Pokok + Elaun Tetap) x 0.5%**

*Syarikat yang menggajikan 10 atau lebih pekerja

**Syarikat yang menggajikan 5 ke 9 pekerja

Contoh mudahnya adalah jika syarikat memiliki lebih 10 orang pekerja, dan seorang pekerja menerima gaji sebanyak RM2500 serta elaun tetap sebanyak RM250. Maka pengiraan levi HRDF adalah sebanyak 1%. Jadi jumlah yang perlu dibayar adalah RM27.5.

(RM2500 + RM250) x 1% = RM27.5

Bagi situasi syarikat yang memiliki pekerja antara 5-9 orang dengan jumlah gaji dan elaun yang sama seperti di atas, maka lebih yang dikenakan adalah 0.5%. Ini bermakna jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM13.75.

(RM2500 + RM250) x 0.5% = RM13.75

Ternyata jumlah cukai HRDF yang perlu dibayar tidak banyak dan melaluinya juga syarikat akan dapat manfaat. Pembayaran cukai ini bukan sahaja untuk kebaikan syarikat bagi mendapat pekerja yang berkualiti, tetapi turut membantu negara peroleh tenaga kerja yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Leave a Reply