Perkembangan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) di Malaysia dilihat semakin berlelusan terutamanya dengan pengunaan ChatGPT yang banyak digunakan untuk membuat penulisan pada bidang akademik dan profesional.
Kehadiran ChatGPT yang mampu memodelkan pemprosesan bahasa secara semula jadi untuk mencipta dialog percakapan seperti manusia banyak digunakan oleh pekerja sama ada untuk menulis kandungan dalam resume atau isi-isi cover letter.
Namun, persoalannya adakah penggunaan ChatGPT ini hanya terhad kepada pekerja sahaja? Bolekah model bahasa yang dijana AI ini dimanfaatkan oleh majikan atau pegawai HR untuk pengurusan syarikat?
Peranan ChatGPT Dalam Proses Pengambilan Pekerja
Bagi mereka yang mahir dalam bidang teknologi (tech savvy) mungkin sudah tahu bahawa ChatGPT bukan hanya model percakapan yang dijana AI semata-mata, ia juga boleh digunakan untuk membantu proses pemikiran idea (brainstroming).
Kemampuan model percakapan AI yang serba boleh ini patut dimanfaatkan sebaik mungkin terutama pada bahagian sumber manusia (HR) dan para perekrut syarikat. Antara cara untuk mengaplikasikan ChatGPT dalam memudahkan urusan pengambilan pekerja syarikat adalah:
- Jana Idea Untuk Pengiklanan Jawatan Kerja
Salah satu masalah utama dalam mengiklankan sesuatu jawatan atau ingin iklankan sesuatu perkara adalah penulisan kapsyen (copywriting). Tentunya bagi syarikat besar yang ada pegawai pemasaran (marketer) tugasan copywriting pasti lebih mudah tetapi bagi yang baru bermula mungkin akan menghadapai masalah memikirkan kapsyen.
Jadi di sini ChatGPT mampu membantu untuk menjana copywriting yang boleh digunakan dalam pengiklanan jawatan. Kemampuan model bahasa AI ini untuk mengumpul data dan menjana jawapan dalam masa singkat patut digunakan sebagai mungkin.
Tentunya jawapan yang diberikan mungkin tidak sesuai pada konteks yang dimahukan, namun sekurang-kurangnya ia memberi idea anda menulis pengiklanan yang sesuai dengan intonasi dan imej syarikat.
- Jana Idea Untuk Emel Kepada Calon Pekerja
Kelebihan ChatGPT untuk menjana dalam masa yang singkat telah membuatkan ia sangat popular dalam kalangan pengguna. Bayangkan anda hanya perlu tulis soalan yang ingin anda tahu dan model AI ini akan jana jawapan sepintas lalu.
Maka, menggunakan model bahasa AI ini untuk membantu anda menjana idea penulisan untuk di emelkan kepada calon pekerja adalah penyelesaian terbaik. Terutamanya ketika perlu mengeluarkan emel kepada puluhan calon pekerja secara serentak, ChatGPT mampu suaikan copywriting emel yang banyak dengan pantas.
Namun, suka diingatkan bahawa jawapan yang dijana oleh model bahasa AI mungkin akan kedengaran robotik memandangkan ia secara asasnya adalah sebuah mesin. Jadi anda masih perlu suaikan jawapan yang dijana menggunakan bahasa anda sendiri.
- Jana Idea Untuk Soalan-Soalan Interview
Jika pekerja sering gunakan ChatGPT untuk menduga soalan-soalan yang seing ditanya semasa interview, maka bahagian HR dan perekrut juga boleh buat benda sama untuk menduga jawapan-jawapn yang calon berikan.
Pastinya untuk yang berpengalaman kendalikan interview, anda mungkin sudah tahu apa jawapan yang ingin didengari dari mulut calon pekerja. Tetapi bagi yang masih baru anda boleh gunakannya untuk dapatkan idea jawapan serta soalan untuk interview.
Tetapi sekali lagi diingatkan soalan-soalan yang dijana ChatGPT adalah berdasarkan data maklumat yang dikumpul dari internet, jadi mungkin terdapat banyak soalan-soalan yang sama dan kurang unik untuk mencabar calon pekerja.
- Jana Idea Untuk Penerangan Jawatan Kerja
Satu lagi kegunaan utama ChatGPT dalam kalangan HR dan perekut adalah untuk menjana penerangan bagi sesuatu jawatan kerja itu. Tentunya setiap jawatan memiliki tugas-tugas dan kemahiran yang berbeza-beza, jadi agak sukar untuk fikirnya apa yang betul-betul diperlukan untuk sesuatu jawatan itu.
Jadi di sini model bahasa AI ini dapat digunakan untuk menjana penerangan tentang sesuatu jawatan yang diperlukan. Bayangkan anda seorang pegawai HR yang tiada ilmu dalam bidang kejuruteraan tetapi perlu tulis penerangan kerja yang memilki kemahiran-kemahiran kejuruteraan.
Maka, penggunaan model bahasa AI ini sangat membantu untuk mengenal pasti kemahiran-kemahiran tertentu yang diperlukan pada sesuatu jawatan itu. Ia akan mengumpul data dan menjana jawapan mengikut keperluan yang dimahukan.
- Jana Idea Untuk Carian Gunakan Carian Boolean
Carian Boolean adalah satu teknik carian pada internet dengan menggunakan perkataan atau simbol tertentu yang dikenali sebagai operator Boolean iaitu DAN, ATAU (AND,OR) bersama kata kunci untuk mengehadkan atau memperluaskan carian.
Contoh mudah untuk fahami teknik carian Boolean adalah seperti ‘kemahiran pemasaran ATAU pengiklanan’ atau ‘kemahiran pemasaran DAN pengiklanan’. Dengan menggunakan teknik ini carian akan menjadi mudah dan skop pencarian kini lebih spesifik.
Ia sangat berguna terutama sekali ketika pegawai HR atau perekrut ingin menulis penerangan untuk sesuatu jawatan. Teknik ini dapat bantu calon pekerja memahami kehendak pekerjaan yang ingin dmohon dengan lebih jelas.
Gunakan Teknologi Sebaiknya
Jelas penggunaan model bahasa AI, ChatGPT tidak hanya terhad kepada pekerja sahaja. Bahagian HR dan perekrut juga boleh memanfaatkan penggunaan AI dalam memudahkan urusan kerja.
Cuma nasihatnya adalah anda sebagai pengguna tidak terlalu bergantung kepada AI seratus peratus kerana kewujudan teknologi ini adalah untuk bantu memudahkan urusan manusia, dan bukannya sebagai pengganti.