Siapa di sini pernah diminta ‘bantu sementara’ atau dalam bahasa Inggeris ‘cover’ kerja yang di luar skop kerja (job scope), yang secara tidak langsung tiba-tiba menjadi kerja hakiki anda?

Ini merupakan satu realiti yang sering berlaku, namun jarang dibincangkan. Hari ini diambil bekerja untuk satu peranan, tetapi esok tanggungjawab bertambah tanpa ada sebarang persetujuan secara rasmi.

Artikel ini akan membincangkan tentang hak pekerja apabila diminta kerja di luar job scope, cara menolaknya secara profesional, dan hak majikan untuk menambah tugasan pada peranan pekerja mengikut undang-undang buruh yang sah. 

Apa Maksud “Kerja Di Luar Job Scope”?

Job scope” bukan sekadar deskripsi kerja. Ia adalah kontrak psikologi dan undang-undang antara anda dan majikan. Ia sebenarnya menentukan:

  • Apa yang anda perlu lakukan?
  • Apa yang anda tidak diwajibkan lakukan?

Namun, tidak semua kerja di luar job scope itu salah. Di sini penting untuk difahami dan membezakan:

  1. Tugas tambahan (munasabah)

Masih berkaitan dengan peranan anda dan bersifat sementara atau menyokong.

  1. Perubahan tugas utama (drastik)

Mengubah fungsi kerja secara asas, seolah-olah anda memegang jawatan baru tanpa persetujuan.

Contoh mudah untuk memahami perbezaan ini adalah peranan Admin yang membantu HR sementara. Tugasan ini masih logik kerana saling berkaitan. Sebaliknya, apabila Designer disuruh uruskan akaun penggajian pula sudah lari jauh, dan ini di luar bidang.

Adakah Majikan Boleh Arahkan Kerja Di Luar Job Scope?

Jawapannya, ya, tetapi tidak mutlak. Majikan mempunyai hak yang dikenali sebagai management prerogative. Ini termasuk mengagihkan tugas demi kelancaran operasi. Namun, kuasa ini terikat dengan satu prinsip utama iaitu kemunasabahan.

Arahan kerja dianggap sah jika:

  • Masih berkaitan dengan peranan asal
  • Tidak mengubah asas kontrak
  • Tidak melanggar undang-undang

Selalunya juga majikan akan memasukkan satu klausa khas yang membolehkan majikan menggubah tugasan kerja pekerja. Jadi semak kontrak kerja anda sebelum tandatangan!

Bila Pekerja Berhak Menolak Arahan?

Ada masa untuk fleksibel dan ada masa untuk berkata tidak. Anda berhak menolak kerja di luar job scope jika:

  • Arahan melanggar kontrak pekerjaan
  • Tugas baru mengubah peranan secara drastik
  • Arahan melanggar undang-undang, seperti waktu kerja berlebihan

Sebagai contoh, jika anda diminta bekerja melampaui had masa tanpa bayaran atau persetujuan, itu bukan lagi ‘extra effort’ tetapi itu pelanggaran.

Hak Pekerja Mengikut Undang-Undang di Malaysia

Di Malaysia, asas perlindungan pekerja terletak pada dua perkara iaitu kontrak pekerjaan dan Akta Kerja 1955.

Pertama, job scope perlu jelas dalam kontrak. Tanpa kejelasan, tafsiran akan memihak kepada pihak yang lebih berkuasa. Bagi pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955, undang-undang menyediakan perlindungan terhadap:

  • Waktu kerja
  • Beban kerja
  • Hak asas pekerjaan

Bagi pekerja lain, kontrak menjadi rujukan utama.

Risiko Kepada Majikan Jika Melanggar Job Scope

Majikan yang melangkaui batas job scope boleh berdepan:

  • Tuntutan pemecatan tidak adil
  • Dakwaan constructive dismissal
  • Pertikaian di Mahkamah Perusahaan

Apabila pekerja dipaksa menerima perubahan yang tidak dipersetujui, ia dianggap sebagai pelanggaran kontrak.

Dan tanpa dokumentasi bertulis, kedudukan majikan menjadi lemah.

Cara Menolak Kerja Diluar Scope Secara Profesional

Menolak bukan tentang konfrontasi. Ia tentang kawalan. Pendekatan yang berkesan:

  • Mulakan dengan perbincangan terbuka
  • Rujuk kontrak sebagai asas, bukan emosi
  • Fokus pada penyelesaian, bukan masalah

Cadangkan alternatif:

  • Latihan tambahan sebelum ambil tugas baru
  • Pampasan tambahan jika tanggungjawab meningkat
  • Penstrukturan semula peranan

Bila Perlu Buat Laporan Kepada JTK?

Jika situasi sudah melibatkan pelanggaran undang-undang, tindakan perlu diambil. Laporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) jika:

  • Berlaku pelanggaran Akta Kerja 1955
  • Anda dipaksa bekerja melebihi had masa (contohnya >12 jam sehari)
  • Eksploitasi berlaku secara berterusan

Langkah asas:

  1. Kumpul bukti (kontrak, arahan, komunikasi)
  2. Buat aduan rasmi
  3. Ikuti proses siasatan

Ini bukan tindakan drastik. Ini hak anda.

Baca juga: Bagaimana Nak Tolak Tugasan Yang Bukan Dalam Job Scope?

Kerja diluar job scope bukan isu kecil. Ia isu struktur, kuasa, dan keadilan. Ya, organisasi memerlukan fleksibiliti. Tetapi fleksibiliti tanpa sempadan itu bukan profesionalisme. Itu penyalahgunaan.

Majikan ada hak untuk mengurus. Pekerja pula ada hak untuk dilindungi. Fahami hak anda. Tetapkan sempadan. Dan jika perlu, berani untuk bersuara.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of a employer angry and ready to sue employee
Situasi yang Membolehkan Majikan Saman Pekerja di MalaysiaUmum

Situasi yang Membolehkan Majikan Saman Pekerja di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondFebruary 23, 2026
Adakah Waktu Kerja Fleksibel Sama dengan WFH?Umum

Adakah Waktu Kerja Fleksibel Sama dengan WFH?

Zahin ByondZahin ByondFebruary 20, 2026
Show Cause Letter atau Warning Letter: Mana Satu Dikeluarkan Dulu?Umum

Show Cause Letter atau Warning Letter: Mana Satu Dikeluarkan Dulu?

Zahin ByondZahin ByondFebruary 9, 2026

Leave a Reply