Apakah Itu Kontrak?
Kontrak bermaksud perjanjian bagi mendapatkan pertimbangan adil di antara pembuat janji dan pemberi janji. Selain itu, kontrak mesti melibatkan beberapa pihak dan mestilah ada kata sepakat dan persetujuan bersama.
Selanjutnya, kontrak yang sah haruslah dimeterai untuk pertimbangan yang dipersetujui secara kontrak dan mesti disertakan dengan niat bahawa transaksi itu adalah berbentuk komersial atau bertujuan untuk meraih keuntungan.
Kontrak Tempoh Tetap di Malaysia
Adakah kontrak tempoh tetap memberikan manfaat kepada pekerja di Malaysia atau sebaliknya?
Sesetengah majikan dan pengurusan syarikat berpendapat ianya adalah keperluan dan akan memberi manfaat kepada kedua belah pihak. Sebab utamanya ialah majikan mempunyai pilihan untuk melanjutkan atau menamatkan kontrak pekerja mengikut keperluan, ini menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk memberhentikan pekerja bergantung kepada situasi tertentu.
Walau bagaimanapun, banyak majikan tidak menyedari bahawa kontrak tempoh tetap tidak semestinya membenarkan perkara sedemikian berlaku. Ini adalah kerana di bawah undang-undang buruh Malaysia dan dengan berbuat demikian, mereka boleh mengundang risiko tuntutan penamatan atau pemberhentian pekerja melanggari undang-undang jika mereka memilih untuk tidak memperbaharui kontrak pekerja atas sebab yang tidak munasabah.
Di Malaysia, Akta Kontrak 1950 adalah undang-undang dominan mengenai kontrak pekerjaan. Ia pada asalnya dikenali sebagai Ordinan Kontrak (Negeri-Negeri Melayu) 1950. Pada tahun 1974, ordinan itu telah dipinda untuk melanjutkan penguatkuasaannya ke Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Kontrak Bertempoh Tetap : Undang-Undang di Malaysia
Akta Kerja menyentuh kontrak tempoh tetap iaitu Seksyen 11 di mana ia menjelaskan bahawa kontrak tempoh tetap adalah untuk tempoh tertentu atau melaksanakan kerja projek tertentu. Di dalam kontrak juga haruslah disertakan kenyataan mengenai gaji, bayaran gaji lebih masa, cuti tahunan, cuti sakit, EPF, SOCSO dan sebagainya bergantung kepada terma dan syarat yang ditawarkan oleh syarikat yang bakal pekerja bekerja.
Di Malaysia, undang-undang mengiktiraf bahawa majikan mempunyai hak untuk menggaji dan memilih pekerja dengan kontrak tempoh tetap dengan syarat terdapat keperluan yang berasas untuk berbuat demikian. Syarat yang sangat penting yang mesti dipenuhi oleh kontrak tempoh tetap ialah dengan memiliki kontrak yang asli. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) juga telah mewajibkan majikan untuk menyimpan maklumat tertentu di dalam bentuk tulisan.
Sebaik sahaja kontrak tempoh tetap pekerja telah tamat, penamatan kontrak secara sendiri akan berlaku. Maka secara realitinya tiada pemecatan atau peletakan jawatan secara tiba-tiba dilakukan. Dengan cara ini, jika pekerja tidak berpuas hati atau kecewa bahawa kontrak mereka tidak diperbaharui, mereka harus menerimanya kerana majikan tidak diwajibkan membuat pembaharuan bagi melanjutkan perkhidmatan pekerja.
Terdapat beberapa isu di mana kontrak perkidmatan tetap dikelirukan dengan kontrak tempoh tetap. Untuk kontrak perkhidmatan tetap, keaslian kontrak mesti disahkan dan biasanya tiada perjanjian dibuat untuk melanjutkan kontrak sedia ada.
Undang-undang di Malaysia mencadangkan bahawa kontrak tempoh tetap sememangnya terbatal jika kontrak diperbaharui dari semasa ke semasa, dan kontrak terbuka terpakai apabila pekerja menerima faedah yang sama seperti pekerja lain.
Pembaharuan Konsisten Bagi Kontrak Tempoh Tetap
Majikan boleh memperbaharui kontrak pekerja secara berkala bagi kontrak pekerjaan tempoh tetap. Walau bagaimanapun, majikan harus berhati-hati dalam kes ini. Pelanjutan yang konsisten diambil sebagai petunjuk bahawa kedudukan itu bukan sementara atau bermusim seperti yang dijangkakan.
Jika diheret ke mahkamah, mahkamah mungkin akan menganggap dan melihat kontrak itu sebagai sesuatu yang tetap jika terdapat bukti bahawa ia telah diperbaharui beberapa kali. Jika demikian, maka pekerja hanya boleh ditamatkan sekiranya ada sebab dan alasan yang munasabah. Sekiranya majikan tidak memberi alasan yang munasabah, maka pekerja berhak membuat aduan mengenai pemecatan tidak adil di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan.
Mahkamah akan mentafsir hak pekerja berdasarkan amalan buruh yang saksama, budi bicara dan timbang tara yang baik untuk membantu memastikan prinsip keselamatan pekerjaan tidak terjejas.
Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk mengambil pekerja dalam kontrak tempoh tetap, majikan harus mempertimbangkan dan menilai dengan teliti sama ada ia benar-benar perlu untuk mendapatkan pekerja dalam kontrak tersebut. Jika tiada sebab yang kukuh, adalah lebih baik untuk menggaji pekerja itu dalam tempoh percubaan di bawah kontrak pekerjaan yang bersesuaian.
Apakah Perkara Yang Membatalkan Tawaran Kontrak
1) Penolakan iaitu penolakan yang dibuat oleh pihak yang ditujukan tawaran itu secara khusus. Penolakan ini menjadikan tawaran itu tidak lagi wujud.
2) Tawaran balas sebenarnya satu bentuk penerimaan yang bersyarat atau tidak mutlak. Ini bermakna pihak yang ditujukan tawaran itu menerima tawaran yang diberikan tetapi membuat penambahan atau perubahan pada tawaran asal.
3) Luput masa. Seksyen 6 (b) Akta Kontrak 1950 menyebut bahawa sesuatu tawaran itu akan terbatal dengan luputnya waktu yang telah ditetapkan dalam cadangan itu mengenai penerimaannya, atau bila waktu tidak ditetapkan sedemikian, ia akan tamat dengan luputnya waktu yang munasabah tanpa komunikasi penerimaan itu.
4) Kegagalan memenuhi syarat dalam tawaran. Jika syarat yang ditawarkan gagal dipenuhi dan tidak akan dapat dipenuhi dalam tempoh yang munasabah, maka dengan sendirinya tawaran akan tamat.
Tindakan Boleh Dikenakan Terhadap Majikan Yang Memecat Pekerja Sesuka Hati
Undang-undang Malaysia melindungi hak-hak pekerja dengan memberikan mereka peluang untuk mengambil tindakan terhadap syarikat yang melanggar undang-undang pekerjaan.
Pekerja boleh membuat aduan di Jabatan Sumber Manusia terdekat dan sebaik sahaja aduan dihantar kepada Ketua Pengarah, selanjutnya aduan akan diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia yang kemudiannya boleh merujuk perkara itu kepada Mahkamah Perusahaan. Di Mahkamah Perusahaan, anda akan diminta untuk buktikan yang anda dipecat secara salah oleh syarikat. Anda boleh membuat aduan secara sendirian, diwakili peguam atau ahli kesatuan sekerja jika ada.
Namun demikian, pada masa yang sama sesebuah syarikat mahu pun organisasi bukan hanya memerlukan pekerja yang bermotivasi, tetapi juga memerlukan pemimpin yang bermotivasi. Hal ini kerana pemimpin yang bermotivasi dapat mendorong pekerja untuk mencapai objektif syarikat dan majikan haruslah memiliki personaliti yang baik seperti menghormati pekerja, berperikemanusiaan serta mengamalkan sikap adil.
Mahu dapatkan sistem pengurusan sumber manusia yang teratur dan terkini? Usaha pening kepala lagi. Anda boleh terus memuat turun applikasi MySyarikat sekarang!
SALAM SEJAHTERA ENCIK, SAYA NAK BERTANYA MENGENAI PEMBERHENTIAN DI LUAR KONTRAK TEMPOH TETAP YANG TELAH TAMAT. DI SINI SITUASINYA PEKERJA TELAH TAMAT KONTRAK TEMPOH TETAP, TETAPI MAJIKAN MENGARAHKAN UNTUK BEKERJA SEPERTI BIASA KERANA MAJIKAN BERHASRAT UNTUK MEMPERBAHARUI KONTRAK TEMPOH TETAP PEKERJA TERSEBUT. TETAPI SETELAH HAMPIR SEBULAN BEKERJA MAJIKAN BERUBAH FIKIRAN DAN MEMBERIKANNYA NOTIS SECARA 24JAM, PERTANYAANNYA DISINI ADAKAH NOTIS PEMBERHENTIAN ITU SAH DAN BOLEH KAH PEKERJA MENUNTUT HAK UNTUK MEMPERBAHARUI KONTRAK TEMPOH TETAP YANG DIJANJIKAN OLEH PIHAK MAJIKAN?. SAYA HARAP ENCIK BOLEH MEMBERI PENERANGAN LEBIH LANJUT TENTANG PERTANYAAN INI, SEKIAN TERIMA KASIH.
Akta Kerja 1955 menetapkan bahawa pemberhentian 24 jam perlu dibayar ganti rugi notis. Untuk kes seperti ini, yang melibatkan pemberhentian tidak adil adalah dinasihatkan untuk membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja.
Setiap kali perbaharui kontrak (renew), cooling period hendaklah berlaku pada hari bekerja sahaja atau cooling period tersebut boleh termasuk sabtu & ahad.
Termasuk setiap hari bekerja dan hari minggu.
SALAM SEJAHTERA, BOLEH KE MAJIKAN MENUKARKAN PEKERJA KEPADA PEKERJA KONTRAK DAN TIDAK MENYATAKAN ITU DIDALAM SURAT TAWARAN 3 BULAN PERCUBAAN? SYARIKAT KAMI ADALAH SYARIKAT DARIPADA CHINA. TERIMA KASIH
Majikan tidak boleh tukar status pekerja sesuka hati. Tindakan tersebut adalah sama seperti pemecatan konstuktif.
Aslm nk Tanya, saya habis kontrak satu bulan akan dtg Dan saya taknk lanjutkn kontrak berkenaan Dan saya dah pun hantar notis tapi majikan suruh bagi notis berhenti Dua bulan. Adakah boleh majikan buat berkenaan padahal penamatan kontrak telah ditetapkan.
Untuk pekerja kontrak mereka yang sudah tamat kontrak boleh memilih untuk sambungnya atau tidak. Perlu diingatkan juga walaupun pekerja kontrak, jika ingin berhenti semasa dalam kontrak masih perlu berikan notis.
Kontrak tempoh tetap saya dah tamat bulan Februari lepas. Tapi saya masih bekerja hingga sekarang disebabkan syarikat kecil & tiada HR. HR diuruskan majikan & ada sesetengah kerja HR yang saya juga buat.
Soalan saya untuk situasi macam saya, kalau saya nak berhenti perlu ikut notis dalam kontrak asal atau boleh minta majikan bagi surat tawaran dengan terma baru?
Kontrak tamat sepatutnya dapat surat penyambungan kontrak. Tapi kontrak yang berterusan adalah kontrak yang permenant. Jadi, ikut tempoh notis yang ditetapkan dalam surat tawaran.
salam Sya ingin bertanya bolehkah seseorang majikan boleh menamatkan kontrak 24 jam tanpa alasan yg munasabah
Majikan tidak boleh memberhentikan pekerja tanpa sebarang alasan munasabah seperti masalah disiplin pekerja, penurunan prestasi atau syarikat menamatkan operasi.
Saya bekerja sebagai live host setiap hari hanya 2 jam SHJ bekerja.. Ada Surat perjanjian Antara majikan dan Saya (sebagai pekerja sambilan) notis 1 bulan kalau nak berhenti
Soalan : –
Saya nak berhenti pada hari ke-14 Saya bekerja .. majikan mengatakan kalau Saya berhenti majikan tidak akan membayar gaji selama 14 hari tersebut..
Boleh atau tidak majikan lakukan sebegitu
Jika pemberhentian tersebut tidak mengikut tempoh notis maka majikan boleh menolaknya daripada gaji pekerja.
Saya masih dalam tempoh kontrak 2 bulan yang diberikan oleh syarikat, tetapi baru sahaja kerja dalam tempoh sebulan, Syarikat sudah berikan surat penamatan kontrak dalam tempoh 3 hari sebelum diberhentikan. Adakah saya boleh untuk menuntut ganti rugi? Mohon pencerahan
Jika dinyatakan dalam kontrak maka majikan berhak untuk memberhentikan pekerja, sebaliknya jika tidak maka ganti rugi notis perlu dibayar majikan kepada pekerja.
berapa hari minimum untuk cooling period sebelum sambung kontrak baharu?
Ia bergantung kepada polisi syarikat.
Salam sejahtera,mohon pencerahan pihak tuan. Adakah pekerja kontrak di wajibkan membuat caruman kwsp dan socso seperti pekerja tetap?
Adakah pekerja kontrak juga mempunyai kelebihan cuti sakit,cuti tahun dan sbg.. (cuti bergaji) seperti pekerja tetap?
Wajib kerana Akta Kerja telah menetapkan semua pekerja yang masuk kontrak perkhidmatan dengan majikan perlu mencarum ya.
Assalamualaikum Tuan,
Kakitangan kontrak perkhidmatan jangka tetap bagi tempoh tiga tahun dan telah dinyatakan di dalam term dan syarat perkhidmatan tarikh tamat kontrak adalah 31/12/2024. Di dalam situasi ini perlukan pihak majikan membayar ganti notis bersama faedah penamatan sekiranya perkhidmatan kakitangan ini tidak disambung.
Jika masih dalam tempoh kontrak dan majikan putuskan untuk tamatkan perkhidmatan maka pekerja layak menerima pampasan ganti rugi notis ya.