Skip to main content

Anda masih ingat tak artikel sebelum ini yang membincangkan tentang jenis cukai dan rebat yang boleh dituntut oleh pekerja? Ha, untuk kali ini pula kita akan mengupas sama ada manfaat berupa barangan boleh mendapat pelepasan cukai atau tidak.

Termaktub di dalam Seksyen 2 Hasil Kerajaan Persekutuan, hasil cukai di negara ini menyumbang 73.2% dalam jumlah hasil. Jadi, tidak dapat disangkal lagi bahawa bayaran cukai amatlah penting demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat sejagat.

Manfaat Barangan Yang Mendapat Pelepasan Cukai

Sudah tentu beberapa manfaat barangan boleh mendapat pelepasan cukai. Manfaat ini merupakan faedah yang diberikan oleh majikan anda sebagai pekerja yang tidak dapat ditukar dengan wang. Manfaat ini biasanya merupakan sebahagian daripada pendapatan bercukai anda, kecuali manfaat yang dikecualikan cukai yang mana tidak akan menjadi sebahagian daripada pendapatan bercukai anda.

ManfaatButiran
Manfaat PergigianPelepasan cukai
Manfaat Penjagaan AnakPenjagaan kanak-kanak yang disediakan oleh majikan seperti pusat penjagaan kanak-kanak.
Manfaat Makan dan Minum Yang Disediakan PercumaPelepasan cukai
Manfaat Khidmat Pengangkutan Percuma di antara Pick-Up-Point dan Tempat Kerja Secara Pergi dan BalikPelepasan cukai
Manfaat Premium Insurans Wajib Pekerja Asing Sebagai Pengganti Kepada Sumbangan PERKESOPelepasan cukai
Manfaat Premium Insurans Berkelompok Untuk Melindungi Pekerja Sekiranya Berlaku KemalanganPelepasan cukai
Manfaat Cuti Semasa Bekerja Pelepasan cukai jika bercuti ini terbahagi kepada dua iaitu:
i) jika di dalam Malaysia tidak lebih dari tiga kali setahun; manakala
ii) jika di luar Malaysia/luar negara tidak melebihi dari sekali setahun dengan nilai maksimum RM3,000.


Tetapi, pelepasan cukai ini hanya tertakluk kepada pekerja dan keluarga terdekat sahaja.
Manfaat Yang Digunakan Oleh Majikan Untuk Mengambil Pekerja BaharuPelepasan cukai
Manfaat Diskaun Untuk Barangan dan Perkhidmatan Yang Disediakan MajikanPelepasan cukai ini adalah dengan beberapa syarat tertentu:
i) tidak boleh ditukar kepada wang oleh pekerja walaupun mempunya nilai wang;
ii) memberi faedah kepada pekerja dan digunakan oleh pekerja secara peribadi; serta
iii) diberikan kepada semua pekerja tanpa memilih sesuatu kelompok pekerja sahaja.


Walau bagaimanapun, suka untuk diingatkan bahawa diskaun untuk barangan pelepasan cukai ini terhad kepada RM1,000 sahaja.
Manfaat dan Bil Bulanan Telefon Talian Tetap, Telefon Bimbit, Alat Kelui (pager), PDA dan Jalur LebarKos pendaftaran dan kos pemasangan termasuk di dalam jumlah yang mendapat kelulusan dan pelepasan cukai. Namun begitu, pelepasan cukai tersebut terhad kepada satu unit sahaja bagi setiap aset.
Manfaat Rawatan PerubatanPelepasan cukai ini termasuk untuk perubatan moden, perubatan tradisional dan bersalin. Tetapi, rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh doktor perubatan yang bertauliah atau pengamal perubatan yang berdaftar sah dengan badan-badan yang diperakui oleh kerajaan.
Manfaat PetrolPelepasan bagi manfaat petrol ini hanya untuk penggunaan petrol bagi tugasan rasmi berjumlah sehingga RM6,000. Had ini juga termasuk ke atas elaun petrol, elaun perjalanan, dan pembayaran tol.

Walaupun mempunyai had, jumlah yang melebihi RM6,000 masih boleh mendapat pelepasan cukai manfaat petrol ini jika rekod masih disimpan sehingga 7 tahun.

Situasi Yang Menyekat Tuntutan Pengecualian Cukai

Sebagai seorang pekerja, anda dibenarkan membuat tuntutan pelepasan cukai bagi manfaat-manfaat yang telah disenaraikan di atas, KECUALI jika anda mempunyai sebarang bentuk kuasa atau kawalan ke atas majikan anda.

Ini bermaksud, sekiranya pekerja mempunyai hak ke atas majikan mereka, maka segala perkuisit, elaun, mahupun faedah yang diterima oleh pekerja tersebut akan dianggap sebagai sebahagian daripada pendapatan mereka yang boleh dikenakan cukai. Jadi, mereka tidak boleh menuntut sebarang pengecualian yang berkaitan dengannya.

Definisi “Berhak Ke Atas Majikan Mereka”

Pasti anda masih keliru dengan frasa “berhak ke atas majikan mereka“, bukan?

Jangan risau, berikut kami senaraikan definisi frasa tersebut untuk lebih mudah anda faham.

  1. Bagi sesebuah syarikat, kuasa seorang pekerja adalah melalui pegangan saham, pemilikan kuasa undian dalaman atau berhubung dengan itu, mahupun syarikat yang lain, atau berdasarkan kuasa yang termaktub dalam artikel persatuan atau dokumen lain yang mengawal selia atau mana-mana syarikat lain, bahawa perniagaan syarikat-syarikat yang disebutkan pertama itu dilakukan sesuai dengan kehendak pekerja.
  2. Manakala untuk perkongsian, pekerja merupakan rakan kongsi majikan.
  3. Bagi pemilik tunggal pula, pekerja dan majikan adalah orang yang sama.

Lebih mudah untuk difahami, bukan?

Sistem MySyarikat

Jika anda masih belum berpeluang menggunakan sistem MySyarikat yang meliputi pengurusan sumber manusia serta lain-lain yang berkaitan dengan syarikat anda, inilah masanya untuk anda merebut peluang ini.

Dari pengurusan gaji sehinggalah ke pengurusan cukai, sistem kami di MySyarikat mampu membantu anda sebagai majikan. Bukan itu sahaja, kemudahan ini turut akan dirasai oleh pekerja anda.

Tidak perlu lagi cara manual untuk mengira, menuntut dan memproses cukai serta gaji pekerja anda. Hanya dengan satu klik di sistem MySyarikat, segalanya boleh diselesaikan dengan pantas dan efisien.

Ingat cukai, ingat MySyarikat!

Leave a Reply