Skip to main content

Antara perkara yang menjadi perhatian para pekerja setiap tahun adalah prospek kenaikan gaji (salary increment). Secara amnya di Malaysia pekerja menjangkakan increment gaji tahunan adalah sekitar 4% ke 10% merentas pelbagai industri.

Menurut satu tinjauan gaji yang dilakukan pada November tahun lepas, seramai 71% pekerja merentas pelbagai industri menjangkakan terdapat kenaikan gaji tahunan sebanyak 10% meskipun keadaan ekonomi semasa negara kurang memberangsangkan.

Selebihnya pula mengharapkan untuk membuat rundingan gaji bagi mendapatkan kenaikan yang lebih tinggi dan ada juga sesetengah mengutamakan pemberian bonus yang tinggi berbanding mendapatkan kenaikan gaji.

Namun, satu perkara yang pasti adalah kenaikan gaji mahupun pemberian bonus tahunan adalah 100% berdasarkan polisi syarikat semata-mata. Pemberian bonus dan kenaikan gaji ini juga bergantung kepada banyak faktor luaran lain.

Polisi Kenaikan Gaji Tahunan

Seperti dikatakan awal tadi kenaikan gaji ataupun pemberian bonus adalah 100% berdasarkan polisi syarikat. Ini bermakna sesebuah syarikat itu boleh berikan increment sehingga 6% setiap tahun atau sebaliknya, dan mungkin juga berikan bonus tahunan berbanding kenaikan gaji.

Tetapi untuk sesebuah syarikat itu memberikan kenaikan gaji mahupun bonus, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira selain prestasi keuntungan syarikat sahaja. Antara faktor lain yang majikan pertimbangkan dalam berikan kenaikan gaji adalah,

  1. Prestasi, etika dan sikap pekerja

Pada kebanyakan kes, kenaikan gaji tahunan akan dibuat selepas majikan menilai prestasi kerja pekerja pada tahun sebelumnya. Atau penilaian juga boleh dibuat berdasarkan etika kerja dan sikap pekerja bekerja.

Contohnya, pekerja berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh majikan pada tahun berikutnya dan ini secara tidak langsung membawa lebih banyak keuntungan kepada syarikat. Jadi berdasarkan prestasi memberangsangkan tersebut, majikan memutuskan untuk menaikkan gaji pekerja sebagai ganjaran.

  1. Dorongan atau motivasi untuk lakukan lebih baik

Tentunya wang merupakan motivasi utama kepada pekerja. Dalam membuat pilihan, pekerja mesti mahukan syarikat yang boleh berikan jumlah gaji yang tinggi atau menawarkan prospek kenaikan gaji tahunan berkala.

Atas faktor itu syarikat-syarikat banyak menawarkan prospek kenaikan gaji bagi mendorong pekerja untuk bekerja. Dan strategi ini bukan diguna pakai terhadap pasal pekerja sahaja, tetapi turut dapat membantu pekerja sedia ada untuk terus bersama dengan syarikat (employee retention).  

  1. Menunjukkan nilai penghargaan kepada pekerja 

Faktor terakhir yang mempengaruhi syarikat untuk berikan kenaikan gaji adalah bagi menunjukkan nilai penghargaan kepada pekerja. Ini merupakan strategi utama yang kebanyakan syarikat selalu gunakan dalam mengekalkan pekerja (employee retention).

Namun, perlu diingatkan sekali lagi bahawa sebarang kenaikan gaji pekerja adalah bergantung kepada polisi syarikat semata-mata. Boleh jadi syarikat tidak memberi kenaikan gaji tetapi tawarkan bonus tahunan yang lumayan.

Apa Kata Akta Tentang Kenaikan Gaji Tahunan?

Jika dirujuk pada perundangan kerja negara, Akta Kerja 1955 terdapat banyak seksyen yang menyentuh tentang gaji. Dari tempoh pembayaran gaji, cara pembayaran gaji hingga potongan wajib pada gaji Akta Kerja 1955 lengkap menerangkannya.

Namun, tidak disentuh pula mengenai kenaikan gaji pada mana-mana seksyen. Sebaliknya Printah Gaji Minimum 2022 hanya menyebut tentang pembayaran kadar gaji minimum dan Akta Majlis Perundingan Gaji 2011 pula hanya menyelia pelaksanaan gaji.

Cara Kira Peratusan Kenaikan Gaji

Untuk mengira peratusan kenaikan gaji, penting untuk majikan mengenal pasti jenis-jenis gaji. Selepas itu kenal pasti berapa banyak kenaikan yang diberikan dan tambah pada jumlah gaji pokok yang diterima.

Contohnya, Afif bekerja sebagai Software Developer dan menerima gaji bulanan sebanyak RM3,500. Pada bulan Januari majikan Afif mengumumkan kenaikan gaji tahunan sebanyak 6% bagi semua Software Developer. Maka, pengiraannya adalah seperti berikut:

Jumlah Kenaikan Gaji = Gaji Pokok x Peratus Kenaikan Gaji

RM210 (Jumlah Kenaikan Gaji) = RM3,500 (Gaji Pokok) x 6% (Peratus Kenaikan Gaji)

Dan dari sini gaji terbaru Afif selepas kenaikan 6% adalah sebanyak RM3,710 (RM3,500 + RM210).

Uruskan Gaji Kini Lebih Mudah Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, peratusan kenaikan gaji pekerja bergantung kepada polisi syarikat semata-mata. Jika majikan tidak berikan kenaikan gaji kepada pekerja ia bukan satu kesalahan dalam perundangan kerja dan pekerja tidak boleh menyalahkan syarikat.

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. 

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Bagi syarikat yang berdepan masalah pekerja menguruskan overtime (OT) pekerja, fungsi Secured Payroll – MySyarikat dapat automasikan pengiraan gaji termasuk bayaran OT dengan sekali tetapan sahaja!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Fakta HR

Trend Faedah Pekerjaan di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondDecember 23, 2024

6 Comments

Leave a Reply