Skip to main content

Gaji ialah bayaran tetap oleh majikan kepada pekerja yang dibayar secara mingguan atau pun bulanan namun kebiasaannya di Malaysia gaji dibayar secara bulanan.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa pekerja di seluruh Malaysia akan menikmati penetapan kadar gaji minimum yang baharu pada nilai RM1500 sebulan mulai 1 Mei 2022.

Namun, setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggajikan pekerja kurang dari 5 orang, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan kuatkuasa Gaji Minimum RM1500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini.

Definisi “gaji minimum” di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Bilakah Majikan Perlu Membayar Gaji Pekerja?

Bagi yang belum tahu, setiap pekerja patut dibayar gaji oleh majikan dalam tempoh 7 hari selepas hari terakhir tempoh gaji (biasanya sebulan) mengikut Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955. Maksudnya, jika pekerja telah menerima gaji pada hari terakhir bulan itu, maka gaji seterusnya mestilah diterima sebelum 7 hari pada bulan hadapan.

Untuk makluman anda, sebagai pekerja jika bekerja lebih masa anda layak untuk dibayar mengikut kadar yang telah ditetapkan.

Majikan juga haruslah cakna dan ambil tahu cara yang betul bagaimana untuk mengira gaji pekerja dengan tepat dan jujur setiap masa.

Tambahan itu, sebagai pekerja anda perlu memahami perbezaan antara gaji kasar dan gaji bersih adalah kunci untuk mengetahui jumlah wang yang akan anda terima pada hari gaji. Ia juga penting agar dapat membantu anda membuat belanjawan untuk perbelanjaan sara hidup bulanan dan simpanan anda.

Selain daripada gaji bersih, kita juga sering mendengar istilah seperti “gaji kasar”. Jadi, apakah perbezaan antara istilah-istilah ini? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan kepada anda maksud gaji bersih dan gaji kasar serta perbezaannya.

Maksud Gaji Kasar

Gaji kasar bermaksud gaji bulanan yang anda terima secara keseluruhan sebelum apa-apa pemotongan dilakukan.

Potongan yang diambil daripada gaji kasar anda mungkin berbeza bergantung pada negara tempat anda tinggal dan syarikat tempat anda bekerja. Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa potongan yang paling biasa dilihat pada slip gaji anda

Ianya juga adalah sejumlah wang yang diterima oleh pekerja daripada syarikat sebelum sebarang potongan seperti insurans kesihatan, cukai atau bayaran pinjaman pelajaran. Apabila pekerjaan diiklankan, gaji yang ditawarkan adalah sebagai gaji kasar. Ini juga kadangkala dikenali sebagai gaji pokok anda dan ianya tidak termasuk sebarang insentif atau faedah jangka pendek atau panjang.

Dengan erti kata lain, gaji kasar juga bermaksud gaji pokok yang ditambah dengan gaji kerja lebih masa (OT) serta elaun-elaun lain yang berkaitan.

Gaji Kasar = Gaji Pokok (gaji asas) + Elaun Bulanan (seperti Elaun sara hidup, elaun perjalanan dan sebagainya)

Jika kesemua ini dicampurkan, maka itulah gaji kasar anda dalam masa sebulan. 

Apakah Yang Ditolak Daripada Gaji Kasar?

Cukai

  • Ini adalah wajib dan berdasarkan sistem percukaian kerajaan. Jumlah itu ditolak pada sumber daripada gaji kasar anda. Bergantung pada jumlah gaji keseluruhan anda, cukai ini akan menjadi peratusan daripada pendapatan keseluruhan anda.

Caruman Persaraan

  • Ini adalah wang yang masuk ke dalam pencen anda. Ia biasanya peratusan daripada gaji kasar anda. Kebanyakan negara memotong peratusan tertentu daripada gaji anda untuk pergi ke pencen negeri anda, dan sesetengah negara menawarkan pilihan untuk menyumbang kepada pencen swasta atau syarikat sebagai tambahan.

Pinjaman

  • Jika anda pernah membuat pinjaman bank seperti pinjaman pelajaran, peribadi, kenderaan dan sebagainya. Maka gaji anda akan ditolak secara bulanan sehinggalah pinjaman tersebut selesai dibayar.

Maksud Gaji Bersih

Secara ringkasnya gaji bersih merujuk kepada jumlah wang yang anda terima ke dalam akaun bank atau tangan anda sebagai bayaran untuk kerja yang anda lakukan.

Ini juga merupakan jumlah yang telah ditolak, caruman KWSP, SOCO/Perkeso, dan apa-apa amaun lain yang dikenakan oleh firma atau majikan.

Tambahan pula, gaji bersih juga termasuk sebarang elaun tambahan seperti elaun pengangkutan, elaun kerja lebih masa, elaun kedatangan dan sebagainya.

Gaji bersih pula ialah gaji yang akan diterima selepas potongan dibuat. Biasanya majikan akan lakukan potongan gaji mengikut panduan undang-undang pekerja seperti :

  • Potongan simpanan KWSP biasanya dalam 11%
  • Potongan SOCSO sebagai bantuan kewangan sekiranya tercedera ketika sedang bekerja
  • Potongan cukai pendapatan jika sudah layak dikenakan cukai
  • Potongan EIS iaitu bantuan kewangan selama 6 bulan jika anda terpaksa diberhentikan kerja secara paksa kerana faktor kewangan syarikat.

Dengan erti kata lain, gaji bulanan yang masuk ke akaun bank itulah gaji bersih anda.

Gaji Bersih = Gaji Pokok + Elaun – Potongan (KWSP, SOCSO, Cukai pendapatan dan sebagainya)

Untuk membantu anda memahami perbezaan antara kedua-dua konsep ini, lihat formula mudah di bawah ini:

  • Gaji kasar: Gaji asas + elaun (jika ada)
  • Gaji bersih: Gaji asas + elaun (jika ada) – potongan

Akta Yang Melindungi Hak Pekerja Berkaitan Gaji Bulanan

Di Malaysia diperuntukan Akta yang melindungi hak pekerja berkaitan gaji bulanan. Ini adalah senarai jenis aduan yang pekerja boleh buat di Jabatan Tenaga Kerja.

Aduan oleh pekerja terhadap majikannya kerana tidak mematuhi peruntukkan undang- undang buruh yang mengakibatkan pekerja kehilangan sesuatu faedah kewangan (monetary benefit) atau faedah bukan kewangan (non-monetary benefit). Contoh adalah seperti berikut :

  • Tidak dibayar gaji
  • Tiada cuti tahunan
  • Tidak melapor penggajian pekerja asing
  • Diberhentikan kerja tanpa notis
  • Tiada kontrak perkhidmatan
  • Lewat bayar gaji
  • Majikan tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012
  • Majikan tidak mematuhi Akta Umur Persaraan Minimum 2012

Majikan atau pihak syarikat boleh menggunakan sistem yang menguruskan gaji dengan bantuan MySyarikat, anda boleh menghubungi atau memuat turun applikasi MySyarikat untuk maklumat lebih lanjut.