Adakah anda keliru tentang perbezaan antara rest day dan off day? Dalam dunia pekerjaan, kedua-dua istilah ini sering digunakan, tetapi ramai masih tidak memahami maksud sebenar dan hak yang berkaitan dengannya.
Dalam artikel ini, kami akan menerangkan secara terperinci perbezaan antara rest day dan off day, bagaimana ia dikawal oleh undang-undang, serta kepentingannya untuk keseimbangan kerja dan kehidupan.
Hak Cuti Dalam Akta Kerja
Jika dibuka Akta Kerja 1955, Seksyen 60D ada menerangkan tentang cuti-cuti yang berhak untuk pekerja dapat dan peraturan waktu cuti yang majikan mesti patuhi. Penetapan tersebut adalah seperti berikut:
- Pekerja layak untuk dapat sekurang-kurangnya 11 hari cuti dalam setahun.
- 5 hari cuti wajib adalah hari kelepasan am pada tarikh berikut:
- Hari Kebangsaan;
- Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;
- Hari Keputeraan Raja-Raja atau Yang di-Pertuan Negeri (Hari Wilayah untuk Wilayah Persekutuan);
- Hari Buruh;
- Hari Malaysia.
- 6 hari cuti pilihan yang majikan boleh pilih dalam takwin kalendar setiap tahun.
Selain itu, pada seksyen sama turut menyatakan bahawa dalam tempoh seminggu bekerja majikan mesti memberikan satu hari rehat (rest day). Bergantung kepada jenis perniagaan kebanyakan syarikat akan memberikan rest day pada waktu hujung minggu.
“Kejap, satu hari rehat dalam seminggu ke?”
Betul, Akta Kerja menyatakan sekurang-kurangnya 1 hari rehat dalam seminggu! Tetapi amalan kebiasaan kebanyakan syarikat di Malaysia akan menetapkan 2 hari iaitu pada Hari Sabtu dan Hari Ahad. Ia tidak menjadi kesalahan untuk memberi lebih tetapi tidak boleh kurang.
Apa Itu Rest Day?
Rest day ialah hari rehat wajib yang diperuntukkan kepada pekerja mengikut Akta Kerja 1955. Hari ini bertujuan memberi masa kepada pekerja untuk berehat selepas bekerja sepanjang minggu.
Ciri-ciri utama rest day:
- Wajib diberi: Setiap pekerja di Malaysia berhak mendapat sekurang-kurangnya satu hari rest day dalam seminggu.
- Ditetapkan oleh majikan: Majikan menentukan hari ini, contohnya Ahad untuk pekerjaan biasa atau Jumaat untuk syarikat yang beroperasi dalam jadual kerja tertentu.
- Bayaran lebih masa: Jika pekerja diminta bekerja pada rest day, bayaran tambahan mesti diberikan. Kadar ini biasanya lebih tinggi, bergantung pada kontrak kerja dan jenis pekerjaan.
Apa Itu Off Day?
Sebaliknya, off day ialah hari cuti tambahan atau hari di mana pekerja tidak dijadualkan bekerja, tetapi ia tidak sama dengan rest day.
Ciri-ciri utama off day:
- Fleksibel: Hari ini mungkin berubah-ubah mengikut jadual kerja, contohnya untuk pekerja shift seperti pengawal keselamatan atau jururawat.
- Bukan hak wajib: Tidak seperti rest day, pemberian off day bergantung kepada kontrak kerja antara pekerja dan majikan.
- Tiada bayaran tambahan: Jika anda bekerja pada off day, bayaran tambahan mungkin tidak diberi melainkan ia dipersetujui dalam kontrak kerja.
Perbezaan Utama Antara Rest Day dan Off Day
Seperti dimaklumakan di atas terdapat perbezaan yang besar antara rest day dan off day. Untuk membantu anda memahami perbezaan ini dengan lebih jelas, berikut adalah perbandingan mudah:
Rest Day | Off Day | |
Sifat Cuti | Ditetapkan pada satu hari dalam seminggu (contoh Ahad) dan tidak boleh digantikan dengan off day. | Tidak terikat pada mana-mana hari dan berdasarkan jadual kerja mingguan pekerja. |
Jenis Pekerjaan | Pekerja tetap, pekerja sambilan, pekerja kontrak. | Pekerja shift, pekerja kontrak, pekerja sambilan. |
Undang-Undang | Ditetapkan mengikut undang-undang kerja Malaysia. | Tiada penetapan khusus tetapi ditentukan berdasarkan jadual kerja pekerja. |
Kadar Bayaran | Bayaran kerja lebih masa (OT) sebanyak 2x jika diminta bekerja. | Tiada bayaran tambahan melainkan jika pekerja diminta bekerja. |
Bolehkah Off Day Jatuh Pada Rest Day?
Untuk mereka yang bekerja shift terdapat kemungkinan off day jatuh pada hari rehat mingguan iaitu rest day. Namun, ia jarang berlaku dan jika terjadi ini tidak bermakna majikan perlu memberikan pekerja hari cuti ganti pekerja.
Contohnya anda pekerja shift yang bekerja 6 hari seminggu dan kebetulan off day jatuh pada hari Ahad, jadinya di sini majikan tidak perlu menggantikan hari cuti tersebut pada hari seterusnya iaitu pada Isnin.
Tetapi andai anda pekerja shift yang bekerja 5 hari seminggu dan Ahad ditetapkan hari rest day. Kemudian kebetulan off day jatuh pada Ahad maka di sini barulah majikan boleh menggantikan hari cuti kepada Isnin.
Kesimpulannya, Rest day dan off day mungkin kelihatan sama, tetapi hakikatnya mereka mempunyai fungsi yang berbeza. Sebagai pekerja, penting untuk anda memahami perbezaan ini supaya hak anda dilindungi dan anda dapat merancang kehidupan dengan lebih baik.
Jangan lupa untuk merujuk kepada kontrak kerja anda atau undang-undang buruh yang berkaitan jika terdapat kekeliruan. Dengan pemahaman yang betul, anda boleh menikmati keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih harmoni.
Automasikan Penjadualan dan Proses Cuti Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah memproses cuti pekerja secara efisien? Atau sering berdepan masalah penjadualan gerak kerja pekerja semasa bercuti? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan cuti pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Leave Management MySyarikat yang direka untuk membantu proses permohonan cuti pekerja, selaraskan penjadualan kerja syarikat secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!
bagaimana kalau majikan bagi hanya 1 hari cuti sakit (mc) sebulan tp kita tidak sihat dalam masa 1 atau dua hari seperti mc yg dberikan oleh oleh doktor
Cuti sakit adalah hak pekerja dan jika ada surat MC yang sah majikan perlu membenarkan pekerja untuk bercuti pada hari tersebut.
Tuan, 7 1/2 jam waktu kerja harian untuk 6 hari seminggu adakah tidak termasuk waktu rehat?
Boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai situasi yang dihadapai ini?
nak tanya bila kita apply sick leave biasanya kita akan provide MC kan, adakah MC itu akan ditolak melalui cuti tahunan (Annual leave) atau macam mana? sebab company saya kata kena tolak anual leave. mohon penjelasan.
Akta Kerja menetapkan setiap majikan wajib berikan cuti sakit kepada pekerja dengan syarat pekerja dapatkan MC yang sah dari panel klinik. Akta Kerja juga tetapkan cuti sakit dan cuti tahunan adalah berbeza, ini bermakna majikan tidak boleh tolak cuti tahunan pekerja untuk MC melainkan jika kouta cuti sakit sudah habis.
Salam. Raya haji 2025 jatuh pada hari sabtu@7/6/2025 (jika tiada perubahan). soalan sy jika syarikat sy bekerja cuti pada setiap sabtu dan ahad, adakah cuti sabtu itu sendiri boleh diganti pd hari lain/dijadikan tambahan 1 hari annual leave?
Sebarang penambahan cuti umum adalah berdasarkan polisi yang diamalkan syarikat. Dinasihatkan untuk rujuk polisi syarikat atau bertanya kepada majikan untuk kepastian.
Perlukah syarikat memberikan cuti ganti jika syarikat telah menganjurkan Team Building pada hari Sabtu & Ahad yang merupan hari off day pekerja?
Cuti ganti adalah jika pekerja diminta melakukan tugasan kerja. Bagi kes aktiviti syarikat ia bergantung kepada polisi syarikat sama ada untuk memberi cuti ganti tambahan atau tidak.
Salam sejahtera. Saya bekerja dengan syarikat swasta. Tahun ini masuk tahun ke-3 saya berkhidmat. Annual leave yang patut saya dapat ialah 12 hari jikalau mengikut Akta yang sedia ada. Namun, company saya telah menolak Annual Leave saya sendiri melalui Apps SQL. Persoalan saya, bolehkah company memotong Annual Leave saya untuk cuti company sendiri (tolak Cuti Awam)? Sebagai rujukan kes tahun lalu, Annual Leave saya pada tahun lalu 13 hari. Namun Annual Leave yang saya apply sendiri cuma 6 hari, baki 7 hari semua company tolak untuk cuti tambahan company sendiri. Saya ada menghubungi pegawai Perkeso dan beliau mengatakan majikan tidak boleh tolak Annual Leave pekerja kerana AL pekerja ialah untuk kegunaan kecemasan pekerja sendiri. Kontrak saya akan tamat pada May 2025 dan pihak syarikat sudah meminta saya tandatangan kontrak yang baharu tanpa menjelaskan perihal cuti saya. Mohon penjelasan dari yang arif. Sekian, terima kasih.
Betul, AL adalah hak pekerja yang dilindungi Akta Kerja. Majikan hanya boleh propratakan cuti pekerja bagi mereka yang bekerja tidak cukup 12 bulan perkhidmatan sahaja. Selain itu, majikan juga tidak boleh memotong cuti pekerja sesuka hati. Dinasihatkan untuk adukan masalah ini ke Jabatan Buruh.
Terima kasih atas penjelasan Tuan. Pihak supervisor yang menjadi pengantara kami (employee). Supervisor mengatakan bahawa mereka sudah beritahu secara mulut semasa interview mula-mula (seingat saya tiada dalam ingatan saya) sebab hanya main cakap sahaja. Pihak HR memberitahu bahawa pihak syarikat memberikan lebih AL (13 hari) kepada saya berbanding AL yang standard. Itu alasan yang mereka berikan. Cuti sakit yang diperuntukkan hanya 6 hari tanpa panel klinik(kena bayar MC guna duit sendiri). Untuk kontrak baharu, pihak syarikat menghendaki pekerja untuk memberikan notis berhenti kerja 3 bulan, kontrak lama 1 bulan notis sahaja. Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya pihak majikan enggan peduli request saya? Bolehkah saya tangguhkan masa untuk sain kontrak yang baharu?