Skip to main content

Bonus raya, adakah ianya satu kewajipan atau pun tidak?

Walaupun isu bonus tidak termaktub dalam akta kerja 1955, para pekerja masih berhak untuk memperjuangkan sebarang bayaran faedah tambahan yang dirasakan adil buat mereka. Banyak kesatuan pekerja yang telah berjaya memperjuangkan dan memenangi hak-hak seperti sedemikian. Ianya wajar kerana majikan harus sentiasa ingat bahawa segala punca keuntungan syarikat adalah hasil daripada tenaga kerja semua pekerja yang melibatkan diri dalam urus niaga syarikat.

Namun para majikan diberikan hak untuk membuat keputusan dalam hal pembayaran gaji termasuk faedah-faedah lain seperti bonus, elaun, komisyen, insentif dan sebagainya. Para pekerja yang mempunyai peranan penting dalam ekonomi syarikat dan negara harus mempunyai kuasa untuk menentukan pengagihan keuntungan yang dibuat oleh syarikat.

Bonus Raya Kakitangan Kerajaan dan Swasta

Berita gembira buat semua kakitangan kerajaan khususnya.

Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak selain RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.

Dijangkakan bayaran akan dibuat pada bulan April 2023. Untuk makluman, BKKA bagi tahun 2023 ini dinaikkan sebanyak RM700 berbanding RM500 pada tahun 2022.

Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Namun, bagi pekerja swasta sudah tentu nilai atau jumlah bonus raya tidak sama seperti yang diterima oleh kakitangan kerajaan. Ini kerana terdapat pekerja swasta yang menerima lebih banyak bonus raya seperti sebulan gaji atau lebih. Mungkin anda juga tahu atau tidak yang tidak semua syarikat swasta memberikan bonus raya kepada pekerja mereka kerana ianya bergantung kepada tahap penilaian kerja pekerja serta prestasi sesebuah syarikat itu.

Manfaat Bonus Raya

Menurut Menteri Kewangan, pemberian bantuan khas bagi kakitangan kerajaan adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh dengan cabaran ini.

Selain itu juga, bantuan khas atau bonus raya adalah tanda menghargai usaha serta komitmen semua pekerja yang tidak mengenal erti penat bersama-sama memakmurkan jabatan masing-masing.

Bagi majikan yang memerlukan sistem yang sistematik bagi membantu cara kerja Jabatan Sumber Manusia di syarikat anda, boleh muat turun segera applikasi MySyarikat dan kami sedia membantu anda!

Leave a Reply