Skip to main content

Pemberian Bonus dan Insentif Kepada Pekerja

Tujuan bonus dan insentif adalah untuk memotivasikan pekerja bagi mencapai sasaran yang ditetapkan sebagai sebahagian daripada peranan mereka untuk menggalakkan pencapaian matlamat dan prestasi yang cemerlang di tempat kerja.

Bonus ialah pembayaran yang berpandangan ke belakang. Pembayaran diputuskan oleh pihak pengurusan sama ada untuk memberi bonus kepada seorang atau lebih pekerja untuk memberi ganjaran kepada pencapaian seperti dapat mencapai sasaran bilangan pelanggan, jualan, keuntungan, atau beberapa pencapaian penting lain untuk syarikat.

Secara amnya, bonus hanya akan dapat dijamin dan diputuskan selepas pencapaian matlamat di sesebuah syarikat mahu pun organisasi yang anda sedang bekerja.

Insentif pula adalah pembayaran yang berpandangan ke hadapan. Ia dikaitkan dengan rancangan dan objektif khusus dan tertumpu pada prestasi pekerja di sesebuah syarikat. Tidak seperti bonus yang diberikan kepada pekerja selepas mencapai matlamat, pemberian insentif kebiasaannya akan dimaklumkan kepada pekerja terlebih dahulu.

Hak Pekerja Untuk Bonus dan Insentif

Bonus datang dalam bentuk yang berbeza dan biasanya bonus tidak dikenakan cukai. Bonus boleh di kategorikan dalam pelbagai bentuk berdasarkan struktur syarikat dan kedudukan pekerja. Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang mewajibkan bonus pekerja, jadi usah menganggap bahawa bonus adalah perkara yang wajib.

Namun, Malaysia mempunyai Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Bonus Oleh Badan-Badan Berkanun terpilih. Bayaran itu menjadi insentif yang berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi kakitangan Badan-badan Berkanun yang berkenaan.

Tambahan itu, pekerja berhak mendapatkan bonus dan insentif jika pihak majikan telah terlebih dahulu menjanjikan tawaran ini semasa pekerja menandatangai surat tawaran menerima kerja. Sampai satu tahap, apabila syarikat telah mencapai matlamat tahunan yang telah disasarkan, pekerja yang dijanjikan dengan tawaran ini haruslah dapat menikmati bonus mahu pun insentif yang sewajarnya bersesuaian dengan terma dan syarat sesebuah syarikat tersebut.

Manfaat daripada penerimaan bonus dan insentif akan menaikkan semangat dan prestasi kerja buat semua pekerja. Secara tidak langsung, ianya dapat memberi kesan yang baik terhadap produktiviti sesebuah syarikat dari semasa ke semasa.

Bagi majikan yang memerlukan sistem yang sistematik bagi membantu cara kerja Jabatan Sumber Manusia di syarikat anda, boleh muat turun segera aplikasi MySyarikat!