Skip to main content

Apabila sentuh tentang usia persaraan dan pengeluaran dana persaraan di Malaysia pasti tidak akan pernah habis dibincangkan. Terdapat banyak perdebatan tentang peningkatan had umur persaraan serta had pengeluarannya baru-baru ini.

Terbaharu pihak kerajaan pada awal tahun 2023 sedang mengkaji keberkesanan meningkatkan had umur persaraan negara kepada 65 tahun berbanding 60 tahun. Cadangan tersebut dilihat mendapat reaksi bercampur rakyat.

Antara kebimbangan yang disuarakan adalah umur pengeluaran untuk dana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terlalu lama, namun tindakan kerajaan pula tampak berbeza dengan membenarkan pengeluaran awal sebelum mencapai usia persaraan.

Jadinya artikel kali ini akan menerangkan kemas kini had umur persaraan, perbincangan peningkatan umur persaraan dan pengeluaran dana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebelum itu, pihak MySyarikat sebelum ini pernah kongsikan banyak topik berkenaan KWSP antaranya panduan mendaftar KWSP, cara mendaftar KWSP untuk pekerja sendiri, cara semak penyata KWSP, perbezaan akaun 1 dan akaun 2 KWSP dan banyak lagi.

Perdebatan Had Umur Persaraan

Pada April tahun ini timbul satu cadangan dari pihak kerajaan Malaysia untuk meningkatkan had umur bersara pekerja dari 60 tahun kepada 65 tahun seperti apa yang dibuat oleh negara-negara maju lain dan yang terdekat di Singapura.

Bagi yang tidak tahu sebenarnya had umur bersara negara telah mengalami perubahan sebanyak 3 kali iaitu pada 2001 had umur persaraan dinaikkan kepada 56 tahun; pada 2008 had umur persaraan dinaikkan lagi kepada 58 tahun; dan terbaru pada 2012 ia dinaikkan kepada 60 tahun.

Menurut pakar dan pengkaji ekonomi, peningkatan had umur persaraan ini bukan sahaja dapat memastikan kestabilan kewangan dan kebajikan pekerja tetapi pada masa sama dapat meningkatkan bekalan buruh serta meningkatkan sumbangan hasil cukai kepada negara.

Atas faktor itu Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menjangkakan had umur persaraan Malaysia akan dinaikkan kepada 65 tahun berbanding 60 tahun pada tahun-tahun mendatang.

Melihat situasi negara lain, Malaysia adalah negara dengan had umur persaraan yang rendah di mana Singapura usia persaraan pekerjanya pada 63 tahun. Hujah pakar ekonomi umur persaraan adalah salah satu penanda aras tenaga buruh dan sosial sesebuah negara.

Namun, disebalik cadangan ini terdapat beberapa kebimbangan rakyat tentang peningkatan had umur persaraan ini, antara yang menjadi keresahan adalah peluang pekerjaan bagi tenaga kerja baru dan jumlah tabung dana persaraan negara.  

Rentetan itu, sebilangan besar generasi mudah mahukan umur persaraan dikekalkan kepada 60 tahun bagi membuka peluang kepada lebih banyak tenaga kerja baru memasuki industri. Selain itu, ada juga dari golongan generasi lama turut tidak mahukan usia persaraan dinaikkan.

Hujah yang diberikan adalah kerana negara kita masih tidak sesuai untuk mengamalkan umur persaraan 65 tahun bagi menggalakkan penyertaan belia, selain faktor bahawa Malaysai tiada masalah dalam menghasilkan bakat atau sumber baru.

Kemas Kini Pengeluaran KWSP

Berdasarkan perdebatan mengenai had umur persaraan negara di atas, sukar untuk ditentukan sama ada wajarkah usia bersara dinaikkan kepada 65 tahun atau dikekalkan kepada 60 tahun. Jadi bagi menjawab persoalan ini kita haruslah dirujuk kepada KWSP sendiri.

Setakat ini umur persaraan negara masih kekal pada usia 60 tahun, seperti yang diwartakan kerja bermula sejak tahun 2013. Ini bermakna cadangan kenaikan usia persaraan 65 tahun masih belum berkuatkuasa lagi.

Selagi belum digazetkan mana-mana perundangan pada masa terdekat ini, ia bermakna pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran penuh dana persaraan KWSP apabila usia mencapai 50 atau 55 tahun.

Ini adalah ringkasan pengeluaran dana persaraan KWSP apabila mencapai usia 50 tahun atau 55 tahun.

Pengeluaran Sebahagian

  • Pengeluaran Akaun 2 semasa capai usia 50 tahun
  • Pengeluaran Akaun 2 untuk tujuan pendidikan
  • Pengeluaran Akaun 2 untuk pembelian rumah
  • Pengeluaran Akaun 2 untuk pembinaan rumah
  • Pengeluaran Akaun 2 untuk menyelesaikan pinjaman perumahan
  • Pengeluaran Akaun 2 untuk pembayaran ansuran pinjaman perumahan
  • Pengeluaran Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah haji
  • Pengeluaran Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan

Pengeluaran Penuh

  • Pengeluaran Akauan 1 semasa capai usia 55 tahun
  • Pengeluaran Akauan 1 semasa capai usia 60 tahun
  • Kehilangan upaya kekal secara fizikal atau mental
  • Meninggalkan Negara
  • Kematian

Kesimpulan yang boleh diambil di sini adalah tiada perubahan kepada pengeluaran dana persaraan KWSP setakat ini. Disebalik cadangan peningkatan umur persaraan yang sedang dikaji kerajaan, KWSP masih belum membuat sebarang perubahan mengenai pengeluaran untuk pencarum.

Perlu diingatkan pengeluaran khas yang dibenarkan kerajaan pula adalah cerita berbeza dan ia tiada kena-mengena dengan cadangan peningkatan had umur persaraan. Sebagai pencarum dan pekerja anda dinasihatkan untuk sentiasa ambil maklum tentang sebarang perubahan yang diumumkan kerajaan dan pihak KWSP.

Leave a Reply