Skip to main content

PERKESO atau SOCSO (Social Security Organization) adalah sebuah badan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang ditubuhkan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja di Malaysia, termasuk perlindungan insurans pekerjaan dan faedah sokongan lain. 

Program ini penting untuk memastikan pekerja mendapat perlindungan sekiranya berlaku kecederaan pekerjaan, kehilangan pekerjaan, atau kematian. Artikel ini bertujuan memberikan panduan lengkap tentang cara daftar PERKESO untuk majikan dan pekerja.

Mengapa Penting untuk Mendaftar PERKESO?

  1. Perlindungan Pekerja:
    • Membantu pekerja mendapatkan bantuan kewangan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja.
    • Menyediakan perlindungan kepada ahli keluarga pekerja sekiranya berlaku kematian.
  2. Kepatuhan Undang-Undang:
    • Mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua majikan wajib mendaftar pekerja mereka dengan PERKESO.
    • Mengelakkan denda sehingga RM10,000 atau penjara jika gagal mematuhi, seperti yang dinyatakan dalam peraturan terkini Akta Keselamatan Sosial Pekerja.
  3. Manfaat Tambahan:
    • Akses kepada program latihan dan skim bantuan pekerjaan untuk pekerja yang kehilangan kerja.

Cara Daftar PERKESO untuk Majikan

Sebagai majikan, pendaftaran PERKESO adalah langkah pertama untuk memastikan pekerja anda dilindungi. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Sediakan Dokumen Penting

  • Salinan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atau dokumen pendaftaran syarikat lain.
  • Maklumat Pekerja: Nama penuh, nombor kad pengenalan, dan jawatan.
  • Butiran Gaji Pekerja: Untuk menentukan jumlah caruman.

2. Daftar Secara Dalam Talian

  1. Layari laman web rasmi PERKESO di PERKESO untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pendaftaran dan perkhidmatan mereka.
  2. Klik pada bahagian “e-Perkhidmatan” dan pilih “Pendaftaran Majikan”.
  3. Lengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat syarikat dan pekerja.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar permohonan dan tunggu pengesahan melalui e-mel.

3. Daftar di Kaunter PERKESO

  • Pergi ke mana-mana cawangan PERKESO terdekat.
  • Serahkan dokumen pendaftaran dan lengkapkan borang yang disediakan.
  • Pegawai PERKESO akan membantu anda menyelesaikan proses pendaftaran.

Cara Daftar PERKESO untuk Pekerja

Bagi pekerja, majikan biasanya bertanggungjawab untuk mendaftarkan anda. Namun, sebagai langkah proaktif, pastikan perkara berikut:

  1. Sahkan Pendaftaran Anda
    • Minta nombor pendaftaran PERKESO daripada majikan.
    • Semak status pendaftaran anda di laman web PERKESO atau hubungi khidmat pelanggan mereka.
  1. Daftar Sendiri Jika Perlu
    • Jika majikan tidak mendaftarkan anda, anda boleh melaporkan kepada PERKESO.
    • Sediakan dokumen seperti salinan IC, slip gaji, dan kontrak kerja untuk rujukan.

Kadar Caruman PERKESO

Caruman PERKESO ditentukan berdasarkan gaji pekerja dan dibahagikan kepada dua jenis:

  1. Caruman Jenis Pertama
    • Pekerja umur bawah 60 tahun, caruman perlu dibayar majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
    • Kadar caruman terdiri daripada 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja berdasarkan gaji bulanan pekerja itu, mengikut Jadual Caruman Akta 4.
  2. Caruman Jenis Kedua
    • Pekerja telah mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis Kedua bagi perlindungan Skim Bencana Pekerjaan sahaja.
    • Kadar caruman hanya daripada syer majikan sahaja, iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja itu, mengikut jadual caruman ditetapkan.

Kesimpulannya, mendaftar dengan PERKESO adalah langkah penting untuk memastikan perlindungan pekerja dan pematuhan undang-undang. Majikan dan pekerja perlu memahami tanggungjawab masing-masing untuk memastikan proses ini berjalan lancar.

Pengurusan Caruman Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis caruman pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan caruman: Semua pengiraan dan caruman direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pembayaran online: Sebarang pembayaran caruman kini boleh dibuat dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

feature mysyarikat

Leave a Reply