Skip to main content

Politik di tempat kerja tidak boleh dipandang remeh. Ia adalah permainan kuasa, pengaruh, dan strategi individu untuk menonjolkan diri atau membentuk persepsi dalam organisasi. Dalam konteks kerja, ia boleh muncul dalam pelbagai bentuk termasuk manipulasi emosi dalam pasukan.

Namun, kesan politik pejabat kepada pekerja tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh jejaskan motivasi, kesihatan mental, bahkan prestasi kerja secara keseluruhan. Oleh itu, memahami cara hadapi politik di tempat kerja bukan sekadar kemahuan, tetapi keperluan untuk terus relevan dan stabil dalam kerjaya.

Apa Itu Politik di Tempat Kerja?

Politik di tempat kerja merujuk kepada permainan kuasa, pengaruh, dan tindakan individu yang memanipulasi situasi demi kepentingan peribadi. Ia boleh melibatkan gosip, pilih kasih, sabotaj, atau manipulasi emosi dalam organisasi.

Antara kesan politik pejabat termasuk tekanan emosi, kehilangan motivasi, kerosakan hubungan pasukan, dan risiko kehilangan peluang kenaikan pangkat. Dalam jangka panjang, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan produktiviti seseorang pekerja.

Bagaimana Untuk Hadapi Politik di Tempat Kerja?

  1. Kekalkan Hubungan Profesional dan Positif

Asas dalam menghadapi politik pejabat adalah sentiasa mengekalkan hubungan profesional dengan semua pihak tanpa mengira jabatan ataupun status. Amalkan komunikasi terbuka, jadi pendengar yang baik dan berikan pujian atas usaha atau pencapaian rakan sekerja.

Ini bukan sahaja dapat mencipta suasana kerja yang positif, tetapi juga melindungi anda daripada dilabel sebagai toksik. Yang paling penting, elakkan daripada bergosip! Perbuatan ini boleh meletakkan anda dalam radar ‘politik dalaman’ yang merosakkan.

  1. Tetapkan Batasan Antara Kerja dan Kehidupan Peribadi

Salah satu kesilapan paling biasa ialah membawa pulang beban emosi politik pejabat ke rumah. Bukan sahaja ia mengganggu kesejahteraan peribadi, tapi boleh mencetuskan tekanan berpanjangan.

Jika anda ingin mencari cara atasi politik pejabat yang benar-benar berkesan, belajar untuk memisahkan dua dunia ini. Wujudkan sempadan jelas antara kehidupan kerja dan kehidupan peribadi. Keseimbangan emosi yang stabil membolehkan anda berfikir lebih rasional dan tidak mudah terperangkap dalam permainan politik.

  1. Fokus Tingkatkan Kemahiran dan Objektif Kerja

Daripada bazir tenaga menyertai politik tempat kerja, lebih baik anda fokus memperkukuh nilai diri sendiri. Salah satu cara hadapi politik di tempat kerja secara strategik ialah dengan menjadi pekerja yang berkualiti tinggi, bukan pekerja yang kejar populariti.

Ambil peluang untuk menambah ilmu, sertai latihan atau projek baharu, dan sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme. Apabila anda konsisten menghasilkan kerja yang cemerlang, politik dalaman sukar menjejaskan reputasi anda.

Jika anda mencari program latihan yang dijamin boleh membantu tingkatkan kemahiran diri, anda boleh dapatkannya di MySyarikat Academy yang menawarkan pelbagai latihan yang diiktiraf oleh HRD Corp.

  1. Utamakan Integriti dan Akauntabiliti

Tiada apa yang lebih kuat daripada integriti. Dalam suasana kerja yang penuh dengan permainan emosi, anda perlu berpegang teguh pada prinsip sendiri. Tunjukkan sikap telus, jujur, dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan. 

Ini bukan sahaja melindungi anda daripada manipulasi, tetapi juga meletakkan anda dalam kategori individu yang boleh dipercayai. Dalam jangka panjang, ini adalah strategi hadapi politik pejabat yang paling berkuasa kerana ia mencipta kredibiliti yang tidak mudah diganggu.

  1. Berkomunikasi Secara Terbuka dan Profesional

Salah satu punca utama tercetusnya konflik atau permainan kuasa di tempat kerja ialah komunikasi yang lemah. Dalam suasana pejabat yang kompleks, kejelasan adalah kunci. Jika berlaku salah faham, ambil langkah berani untuk berbincang secara profesional. 

Pilih waktu dan tempat yang sesuai, dan kendalikan perbualan dengan tenang. Fokus kepada penyelesaian, bukan pada menyalahkan atau melampiaskan emosi. Ini adalah sebahagian daripada cara hadapi politik di tempat kerja yang matang dan berkesan. Ingat, komunikasi terbuka bukan bererti konfrontasi!

Tips Bekerja Secara Berkesan di Tempat Kerja

Setiap individu ada cara tersendiri untuk memastikan produktiviti kerja di tempat kerja berada dalam keadaan terbaik. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh diamalkan dalam membantu anda memastikan gerak kerja anda sentiasa berjalan lancar walaupun terpalit dengan politik pejabat.

  • Fahami Budaya Organisasi: Pemahaman terhadap polisi, visi dan budaya sesuatu syarikat dapat membantu anda adaptasi dengan lebih cepat. Yang penting jangan pilih bulu!
  • Kenali Struktur Organisasi: Setiap syarikat ada struktur organisasi yang berbeza-beza tapi fungsinya tetap sama. Jadi penting untuk kenal pasti struktur organisasi dan bekerjasama dalam mencapai objektif.
  • Elak Sikap Negatif, Utamakan Sikap Positif: Imbangi emosi dengan sentiasa tonjolkan sikap positif dan jangan bermuka-muka. Tidak salah untuk senyum walaupun anda tidak rapat dengan individu lain dalam syarikat.
  • Kepimpinan dan Kolaborasi: Sama ada anda berada dalam jawatan kepimpinan atau tidak, anda tetap boleh memainkan peranan dalam mencipta budaya kerja yang kolaboratif. Fokus kepada kejayaan bersama, bukan kejayaan individu semata-mata.

Apa Perlu Buat Jika Politik di Tempat Kerja Tidak Terkawal?

Tidak semua situasi boleh diselesaikan melalui komunikasi terbuka atau strategi individu. Dalam kes tertentu seperti berlakunya gangguan, diskriminasi, atau sabotaj langkah terbaik ialah melaporkannya kepada pihak Sumber Manusia (HR).

Tanda-tanda bahawa anda perlu bertindak tegas termasuk:

  • Politik pejabat yang bersifat merosakkan reputasi
  • Tindakan tidak adil yang menjejaskan peluang kerjaya
  • Gangguan psikologi atau tekanan yang berlebihan

Sebelum membuat aduan, pastikan anda mencatat bukti yang berkaitan seperti emel, mesej, atau kronologi kejadian. Ini akan membantu pihak HR menyiasat dengan adil.

Jangan takut untuk menggunakan saluran rasmi. Kebanyakan organisasi profesional menyediakan ruang selamat untuk pekerja menyuarakan kebimbangan tanpa perlu risau akan balasan.

Baca juga: Cara Buat Aduan Terhadap Majikan di Malaysia

Kesimpulannya, politik di pejabat bukanlah sesuatu yang boleh dielakkan sepenuhnya. Ia adalah sebahagian daripada realiti di tempat kerja. Namun begitu, dengan pendekatan yang betul dan kesedaran yang tinggi, ia bukan sahaja boleh diurus tapi boleh dijadikan peluang untuk membina kredibiliti dan ketahanan diri.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply