Skip to main content

Negara kita dikejutkan dengan satu perhimpunan pada Hari Buruh lalu apabila lebih 200 orang awam berkumpul di depan Bangunan Maju Junction untuk gesa kerajaan ambil tindakan terhadap majikan yang gagal laksana pembayaran gaji minimum.

Ekoran itu pihak polis membuka kertas siasatan terhadap perhimpunan yang digelar sebagai ‘Perhimpunan 1 Mei’ itu kerana didapati tidak mematuhi aturan undang-undang dan risiko mengganggu ketenteraman orang awam.

Objektif Perhimpunan 1 Mei tersebut jelas iaitu menggesa kerajaan untuk ambil tindakan terhadap lebih 200 majikan yang dikenal pasti gagal laksanakan Perintah Gaji Minimum 2022, namun pendekatan yang dipilih sedikit salah.

Cara sebetulnya untuk seorang pekerja buat aduan terhadap majikan yang gagal ikut perundangan kerja adalah dengan berhubung secara terus kepada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia.

Majikan Gagal Patuhi Perundangan Buruh

Desakan utama perhimpunan tersebut adalah kegagalan majikan untuk patuh perlaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022. Seperti yang dinyatakan pada kemaskini terkini gaji minimum sebelum ini, kegagalan pematuhan membolehkan majikan dikenakan penalti.

Selain isu pematuhan Perintah Gaji Minimum, pekerja yang ditindas majikan juga boleh buat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS) atau Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah.

Antara bentuk penindasan yang dibuat majikan, tanpa kira kehilangan faedah kewangan atau bukan kewangan, yang membolehkan pekerja buat aduan adalah:

  • Majikan tidak bayar gaji
  • Majikan tidak beri cuti tahunan
  • Majikan tidak laporkan penggajian pekerja asing
  • Majikan berhentikan pekerja tanpa notis
  • Majikan tidak menyediakan kontrak perkhidmatan
  • Majikan lewat bayar gaji
  • Majikan tidak berikan waktu rehat 
  • Majikan melakukan diskriminasi, gangguan seksual dan amalkan buruh paksa

Senang cerita apa-apa perlakuan majikan yang bertentangan dengan Akta Kerja 1955; atau Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak; atau mana-mana perundangan kerja lain yang digazetkan adalah satu bentuk penindasan terhadap pekerja.

Cara Buat Aduan Terhadap Majikan

Seperti yang dinyatakan di atas, cara terbaik untuk buat sebarang aduan terhadap salah laku majikan adalah dengan berhubung secara terus kepada JTKSM atau JTKS atau JTK Sabah.

Sebarang aduan kini boleh dibuat atas talian di laman web JTKSM, laman Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), meneusi aplikasi Working for Workers (WFW) atau pergi ke mana-mana Pejabat Tenaga Kerja berhampiran.

Aduan juga boleh dibuat dengan menulis surat rasmi dan emel kepada JKTSM atau hubungi talian 603-8000 8000.

Di sini pekerja perlu beri butiran lengkap maklumat aduan termasuk bukti-bukti sokongan lain dan surat perlantikan atau kontrak perkhidmatan serta penyata gaji. Sebarang rujukan lanjut boleh dibuat pada laman sesawang JTKSM.

Selepas terima aduan pihak JTK akan buat siasatan dengan panggil majikan untuk beri penjelasan dan andai majikan enggan mengaku salah, maka kes akan dibawa ke Mahkamah Buruh.

Sebagai pengetahuan, Mahkamah Buruh adalah mahkamah khas yang diwujudkan untuk beri kuasa kepada Pengarah JTK menyiasat dan membuat keputusan selepas mendengar perbicaraan kes.

Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Buruh, maka rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah tinggi dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dikeluarkan Pengarah JTK.

Bagi kes kontrak pekerja ditamatkan secara tidak sah, boleh rujuk kepada Akta Perbuhungan Perusahan 1967 di mana pekerja boleh buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perindustrian (JPP) dalam tempoh 60 hari bagi dapatkan semula jawatan.

Walaubagaimana pun, sebarang masalah atau pertikaian antara majikan dan pekerja elok diselesaikan dengan cara baik tanpa ada campur tangan pihak ketiga. Andai penindasan yang berlaku berterusan, maka buat aduan kepada JTK adalah langkah yang sepatutnya diambil.

Tindakan seperti mengadakan perhimpunan ataupun mogok boleh mendatangkan masalah yang lebih besar daripada mencapai penyelesaian yang dimahukan dalam menegakkan keadilan terhadap pekerja.

24 Comments

  • Crystal Chong says:

    Tuan/Puan,
    Boleh tanya bagaimana nak report council member buli pekerja tetapi management tidak peduli?

    How can I lodge this complaint? I got the video. Thanks.

    • Zahin Byond says:

      Sebarang masalah kerja boleh diajukan ke saluran seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung untuk rujukan lanjut.

  • sinta says:

    mhu tnya,klu mcm kita kematian fmly.. lps tu kita blk kg.. dan kita sdh infom manager permasalahan. dan dorg jwp ok.. tp ada kh patut manager minta salinan surat kematian??

  • Rabiah samsuddin says:

    Sop mohon cuti berbayar 3 hari awal selepas diluluskan inform Di group WhatsApp..
    Saya sudah mohon cuti lebih 3 hari awal tetapi atasan saya sedang bercuti jadi HR saya menyerahkan borang cuti saya pada atasan Yang lebih tinggi tetapi beliau tidak jawapan atau sehingga tarikh saya bercuti masih tiada pesanan mengatakan cuti tidak diluluskan sehari sebelum gaji baru ada pesanan mengatakan cuti tidak diluluskan jadi allowance kedatangan Serta gaji akan di potong…mohon pencerahan tentang masalah ini

    • Zahin Byond says:

      Setiap syarikat memiliki polisi apabila melibatkan permohonan cuti, namun tempoh dan kelayakan cuti telah dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 pada Bahagian 12. Selain itu, di dalam Akta sama turut menggariskan hak pekerja untuk menerima upah (gaji) dan majikan untuk tidak boleh menolak gaji pekerja selain daripada caruman yang dibenarkan.

  • Mira carnella says:

    Saya nak tanya,saya kena ambil cuti tanpa gaji semasa saya dalam pantang sebab saya bersalin anak no 6,akta kerja cover 5 anak sahajakan? Jadi disini saya mula bekerja pada 23/5 dan masih bekerja sampai ke harini. Baki gaji saya bulan 5 tak masuk dengan amount yang betul dan baru ni gaji bulan 6 saya pon tak full. Bila saya tanya HR katanya sebab saya unpaid leave masa cuti besalin 2 bulan jadi dia tolak gaji saya. Boleh ke macam tu? Umpama saya cuti tapi saya kena bayar semula cuti saya. Masa cuti besalin saya tak dapat gaji langsung.

    • Zahin Byond says:

      Di dalam Akta Kerja ada menggariskan hak pekerja wanita untuk mendapatkan cuti bersalin dan pembayaran elaun penuh semasa tempoh tersebut, rujukan boleh dibuat pada Seksyen 37.

  • amy says:

    selama 8 bulan saya bekerja di syarikat sekarang ni , saya telah dibayar gaji lewat sebanyak 5kali termasuk bulan ni .. hari  ni sudah 9hb tetapi gaji masih belum masuk dan bila tanya bos, dia memberikan alasan yang sama setiap kali saya tanya mengenai gaji lewat masuk iaitu mempunyai masalah dengan “pemindahan/diluluskan dari pihak kedua”.. bukti saya sudah kumpulkan tetapi tak tahu nak buat apa dah lepas tu

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran (upah) gaji telah dinyatakan dalam Akta Kerja di mana tempoh pembayaran mesti tidak lewat 7 hari selepas memasuki tempoh penggajian baru.Sebarang masalah pekerja boleh diajukan ke Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Jabatan Buruh). Boleh gunakan MySyarikat untuk menyelaraskan pembayaran, agihan dan pengiraan gaji secara tepat serta lancar.

  • Fika says:

    Sy nk bertanya bagaimana jika majikan tidak membayar gaji warga asing pada tarikh yang ditetapkan kn?? Boleh ke dia membuat laporan?

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran (upah) gaji telah dinyatakan dalam Akta Kerja di mana majikan wajib membayar upah pekerja (mereka yang memasuki kontrak perkhidmatan) untuk tempoh perkhidmatan sebulan dan tidak lewat 7 hari selepas memasuki tempoh penggajian baru.

  • azny says:

    nk tanya , kalau majikan tidak memberi pay slip , waktu bekerja lebih dari 45jam seminggu, cuti hanya 1 hari seminggu boleh ke sy buat aduan ?

    • Zahin Byond says:

      Sebarang masalah berkaitan pekerjaan adalah dinasihatkan untuk rujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan pencerahan lengkap.

  • Tina says:

    saya bekerja di syarikat kedai pakaian,bagaimana dengan gaji pekerja dari pukul 7pagi hingga 4petang dan hanya diberi gaji sebanyak Rm25 sahaja dan itu hanya dikira untuk masa setengah hari bekerja sahaja, padahal pukul 7pagi sampai 4petang itu mahu satu hari bekerja .

    • Zahin Byond says:

      Sila rujuk semula penetapan dan persetujuan di dalam offer letter berkaitan jumlah pembayaran gaji yang diterima.

  • Nana says:

    Hi, saya nak bertanya berkenaan dengan 20 Julai 2024, (Hari Pertabalan Agung). Adakah cuti umum yang tidak boleh di forwardkan, atau memang bukan cuti umum? Mohon bantu saya untuk tujuan kiraan OT pekerja saya. Terima Kasih !

    • Zahin Byond says:

      Terdapat 5 hari cuti umum yang wajib untuk majikan seperti yang digariskan Akta Kerja 1955. Hari-hari tersebut adalah

      1) Hari Kemerdekaan
      2) Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
      3) Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri atau Pemerintah
      4) Hari Malaysia
      5) Hari Buruh

  • Sumen says:

    Sekiranya ada perkerja membuat aduan gangguan sexual (cubit pipi) terhadap perkerja lain kepada majikan.apakah langkah2 yg patut majikan perlu buat. Boleh ke majikan terus mengeluarkan surat “show cause plus suspended for 2 week” tanpa mengambil keterangan

    • Zahin Byond says:

      Di dalam Akta Kerja 1955 ada menggariskan tentang isu gangguan seksual. Ini terpakai kepada semua jantina dan majikan wajib meletakan notis amaran gangguan seksual di tempat kerja. Di sini juga majikan boleh membuat siasatan ke atas aduan pekerja dan mengambil tindakan disiplin ke atas pelaku jika terbukti bersalah.

  • Mdm bibi says:

    Ada satu company di sarawak . Belum ada bagi cuti tahunan , atas sebab company belum satu tahun .tahun ni mereka janji nak bagi pekerja cuti tahunan ,tetapi belom ada info lagi dari bos. Malah dipotong double gaji sebab cuti rehat bulan July ni . Bagaimana nak selesaikan masalah ni dan nak lapor kan ke labour ?

    • Zahin Byond says:

      Untuk pekerja yang bekerja di Sarawak atau Sabah perlu dirujuk pada Ordinan Buruh Sarawak dan Ordinan Buruh Sabah.

  • lilly says:

    nak tanya kalau perkerja cuti sakit terpaksa kena jawap call dari majikan ke? lepas tu majikan boleh dipaksakan membuat kerja tidak patutnya?? dan last majikan bagi kerja 2 company tetapi bayar satu company gajiboleh ke?

    • Zahin Byond says:

      Cuti merupakan hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Di sini pekerja yang ingin bercuti perlu memberitahu majikan dan majikan perlu menghormatinya. Untuk kes bekerja semasa bercuti,andai tugasan tersebut memerlukan penyelesaian segara maka tidak menjadi salah untuk pekerja lakukan namun majikan juga perlu faham situasi pekerja yang sedang bercuti.

Leave a Reply