Proses memilih calon pekerja bukan sekadar mengisi kekosongan jawatan, tetapi langkah penting untuk memastikan syarikat mencapai kejayaan jangka panjang. Keputusan merekrut yang salah bukan sahaja merugikan masa dan wang, tetapi juga memberi kesan negatif kepada budaya kerja dan produktiviti.
Dalam artikel ini akan kongsikan panduan lengkap tentang cara kenal pasti calon pekerja yang sesuai dengan keperluan syarikat anda, berdasarkan langkah strategik dan amalan terbaik.
1. Fahami Keperluan Syarikat
Langkah pertama untuk memilih calon pekerja ideal ialah mengenal pasti keperluan syarikat anda.
- Tentukan Kriteria Calon
Apakah kemahiran teknikal yang diperlukan? Contohnya, jika anda mencari seorang pereka grafik, pastikan calon mahir dalam perisian seperti Adobe Illustrator atau Figma. - Fokus pada Nilai dan Budaya Syarikat
Menurut kajian di Harvard Business Review, calon yang serasi dengan budaya syarikat cenderung lebih produktif dan bertahan lama. Jika syarikat anda mementingkan kerja berpasukan, cari calon yang menunjukkan sikap kolaboratif. - Pertimbangkan Kemahiran Interpersonal (Soft Skills)
Calon dengan keupayaan komunikasi yang baik, pemikiran kreatif, dan fleksibiliti adalah aset besar untuk mana-mana organisasi.
2. Proses Saringan Awal yang Efisien
Memastikan proses saringan awal yang teratur boleh menjimatkan masa dan memberi tumpuan kepada calon yang berkualiti.
- Gunakan Soalan Pra-Saringan
Tambahkan soalan mudah dalam borang permohonan, seperti pengalaman kerja terdahulu atau permintaan gaji. - Periksa Resume Secara Teliti
Fokus pada maklumat penting seperti pencapaian dalam jawatan sebelumnya atau pengalaman dalam industri berkaitan. - Manfaatkan Teknologi
Gunakan sistem pengurusan permohonan (ATS) untuk menyaring calon secara automatik. Alat ini mengenalpasti resume yang memenuhi kata kunci tertentu seperti “kemahiran pemimpin” atau “pengalaman HR.”
3. Tumpuan Semasa Temuduga
Temuduga adalah peluang untuk menilai keperibadian dan potensi sebenar calon.
- Gunakan Soalan Situasi
Contoh: “Ceritakan pengalaman anda menguruskan projek dengan tarikh akhir yang semakin dekat.” Soalan ini mengukur cara calon menyelesaikan masalah di bawah tekanan. - Nilai Gaya Komunikasi
Perhatikan sama ada calon berkomunikasi dengan yakin, jelas, dan profesional. - Pertimbangkan Keperibadian
Adakah calon mudah bekerjasama? Sikap positif sangat penting, terutama jika mereka perlu bekerja dalam pasukan.
4. Ujian atau Simulasi Kerja
Salah satu cara terbaik untuk menilai kebolehan calon ialah memberi tugasan praktikal yang relevan dengan tugas harian.
- Contohnya, untuk jawatan pemasar digital, anda boleh meminta calon mencipta strategi media sosial selama seminggu.
- Tugasan ini membantu anda memahami bagaimana calon mengurus masa, menganalisis data, dan menghasilkan idea yang kreatif.
Kesimpulannya, memilih calon pekerja yang sesuai memerlukan proses yang strategik dan terancang. Mulakan dengan memahami keperluan syarikat, lakukan saringan awal dengan teliti, fokus pada temuduga yang mendalam, dan jangan lupa untuk memberi calon tugasan praktikal.
Dengan langkah-langkah ini, syarikat anda bukan sahaja dapat mengenal pasti pekerja yang berkualiti, tetapi juga membina pasukan yang dinamik dan berprestasi tinggi.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasi tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!