Skip to main content

Salah satu daripada tanggungjawab sebagai seorang pegawai sumber manusia (HR) adalah mengenal pasti calon pekerja yang sesuai untuk syarikat melalui sesi temuduga (interview). Prosedur ini dikenali sebagai proses merekrut pekerja.

Hampir setiap syarikat akan melakukan proses merekrut pekerja, sama ada untuk mencari pekerja bagi bahagian baru dalam syarikat atau mencari pengganti pekerja yang berhenti. Tetapi tahukah anda proses merekrut interview ini memiliki peringkat-peringkatnya?

Peringkat-Peringkat Dalam Interview

Secara asasnya proses awal dalam merekrut pekerja adalah dengan menjalankan interview bersama calon pekerja. Tujuan interview ini adalah untuk memberi ruang kepada pegawai HR atau perekrut mengenali dan menilai calon pekerja.

Terdapat beberapa peringkat interview yang perlu pegawai HR dan perekrut ambil maklum, pekerja juga perlu ketahuinya supaya boleh lebih bersiap sedia apabila memohon kerja.

  1. Interview saringan (Screening)
  • Kebiasannya peringkat awal proses interview akan bermula dengan pegawai HR atau perekrut menyaring permohonan-permohonan calon pekerja. Di sini resume calon pekerja akan dinilai dengan kesesuaian jawatan yang ditawarkan
  1. Interview telefon (Phoning)
  • Selepas pegawai HR atau perekrut mengenal pasti calon melalui penilaian resume, proses seterusnya melibatkan menelefon untuk bertanya dan mengajak calon pekerja hadiri interview bersua muka. 
  1. Interview awal (First)
  • Proses ini adalah langkah kebiasaan yang melibatkan calon pekerja ditemuduga depan-depan (face-to-face) untuk pegawai HR atau perekrut. Ia adalah untuk membantu perekrut lebih mengenali calon pekerja.
  1. Ujian Kemahiran (Assessment)
  • Selalunya untuk jawatan yang tinggi dan memerlukan kemahiran, pegawai HR atau perekrut akan menghantar ujian kemahiran kepada calon pekerja. Ia adalah untuk menilai kemahiran kerja calon pekerja.
  1. Interview Kedua/Ketiga (Second/Third)
  • Peringkat seterusnya dalam adalah interview kedua kemudian ketiga yang melibatkan calon pekerja bersama ketua bahagian (HOD), penyelia (supervisor) atau majikan itu sendiri.
  1. Tawaran Kerja (Job Offer)
  • Selepas kesemua keputusan dicapai oleh HOD dan majikan, pegawai HR atau perekrut akan menghantar surat tawaran kepada calon pekerja. Prosedur ini menandakan peringkat interview sudah terakhir.

Prosedur Semasa Interview

Bagi pekerja yang menghadiri interview tentunya mereka sudah membuat kajian berkenaan dengan syarikat. Jadinya sudah menjadi tanggungjawab pegawai HR atau perekrut untuk bertanya soalan yang betul bagi menguji pengetahuan calon pekerja tersebut.

Ini adalah beberapa soalan yang boleh ditanya untuk menguji calon pekerja.

  • Perkenalkan Diri Anda

Soalan asas ini sering digunakan pada permulaan interview bagi menenangkan calon pekerja. Pegawai HR atau perekrut boleh menggunakan soalan ini untuk menilai keselesaan dan keyakinan calon pekerja.

Dalam masa yang sama soalan ini boleh digunakan pegawai HR atau perekrut untuk periksa jika maklumat yang diberikan dalam resume adalah sama atau tidak dengan jawapan calon pekerja.

  • Apa Yang Anda Tahu Tentang Syarikat?

Sebagai pegawai HR atau perekrut yang dilantik syarikat, tentunya soalan ini perlu ditanya kepada calon pekerja bagi menguji sama ada pekerja melakukan kajian atau tidak. 

Dengan soalan ini pegawai HR atau perekrut dapat menilai ketersediaan calon bekerja dan minat mereka untuk berkhidmat kepada syarikat. Soalan ini juga dapat menguji keselesaan calon pekerja terhadap reputasi syarikat.

  • Kenapa Anda Berhenti Sebelum Ini?

Satu lagi soalan asas yang pegawai HR atau perekrut wajib tanya kepada calon pekerja. Tujuan soalan ini adalah untuk mengetahui sebab mengapa calon tinggalkan syarikat lama dan ia memberi bayangan terhadap perangai calon.

Bagi interview graduan baharu, pegawai HR atau perekrut boleh tukar soalan ini dengan bertanya jika calon ada pengalaman kerja atau tidak sebelum ini dan mengapa berhenti ataupun boleh bertanya tentang pengalaman semasa calon lakukan internship.

  • Bagaimana Anda Tangani Masalah Di Tempat Kerja?

Pegawai HR atau perekrut perlu tahu bahawa soalan ini adalah salah satu soalan penting dalam menguji kemahiran berfikir dan penyelesaiaan masalah calon pekerja.

Berikan satu situasi dan tanya kepada calon pekerja bagaimana mereka menyelesaikannya. Perlu diingatkan bahawa soalan ini tiada jawapan betul atau salah, ia hanya sekadar untuk melihat corak berfikir calon bekerja semata-mata.

  • Di Mana Anda 5 Tahun Akan Datang?

Tujuan soalan ini adalah untuk melihat visi dan misi calon pekerja. Sama seperti soalan sebelum ini, tiada jawapan betul atau salah.

Di sini pegawai HR atau perekrut sudah boleh mula menilai sama ada calon pekerja ini sesuai dengan visi dan misi syarikat, sama ada ia selari atau tidak. Jika tidak selari pegawai HR atau perekrut boleh minta calon pekerja untuk huraian jawapan mereka.

Kesimpulannya di sini adalah bukan calon pekerja sahaja yang perlu bersiap sedia sebelum menghadiri interview, pegawai HR dan perekrut juga perlu mempersiapkan diri untuk cuba mengeluarkan jawapan yang terbaik daripada calon.

Walaubagaimana pun, suka diingatkan soalan-soalan di atas adalah sekadar panduan sahaja. Pegawai HR dan perekrut bebas untuk bertanya apa-apa soalan yang dirasakan berguna untuk menilai calon pekerja.

Leave a Reply