Skip to main content

Dalam proses merekrut pekerja, pegawai HR bertanggungjawab untuk menjalankan sesi temuduga (interview) dengan calon pekerja. Walaupun kedengaran mudah ia merupakan proses kritikal lebih-lebih lagi dalam mencari bakat berkebolehan untuk syarikat.

Sebagai pegawai HR kebolehan melakukan interview ini tidak hanya terhad kepada mencari bakal pekerja semata-mata tetapi memerlukan kemahiran mengenal pasti individu berpotensi yang boleh membawa nama syarikat dengan baik.

Oleh itu, penting untuk pegawai HR mengambil maklum beberapa tip dan panduan melakukan interview yang dikongsikan pada artikel ini dalam memudahkan proses merekrut pekerja untuk syarikat. Ingat, interview yang efektif bermula dengan pegawai HR dan bukannya calon pekerja.

Persediaan Sebelum Melakukan Interview

Kejayaan sesuatu interview itu sebenarnya bermula dengan persediaan yang rapi oleh pemberi interview (interviewer). Baik pegawai HR atau perekrut yang dilantik oleh syarikat, penting untuk mengkaji resume calon, cover letter dan menyediakan bahan-bahan interview.

Ini adalah langkah persediaan yang boleh dilakukan sebelum interview.

  1. Rancang Struktur Interview

Perancangan struktur interview ini melibatkan pegawai HR atau perekrut menyenaraikan soalan-soalan yang ingin ditanya kepada calon. Rangka soalan-soalan berbentuk ‘open-ended’ yang berkaitan dengan jawatan yang dicari.

  1. Sedia Bahan-Bahan Interview

Penyediaan bahan-bahan interview ini bermaksud pegawai HR atau perekrut mesti terlebih dahulu faham deskripsi kerja yang ditawarkan, kemudian menyediakan tugasan (task) untuk menguji kemampuan pekerja jika perlu. 

  1. Pilih Tempat Interview

Pemilihan tempat interview juga sangat penting kerana ia bukan sahaja memberi keselesaan kepada pegawai HR atau perekrut semasa sesi temuduga tetapi turut memudahkan calon pekerja untuk hadirkan diri. 

  1. Kaji Resume Calon

Sebagai interviewer, pegawai HR atau perekrut perlu mengkaji resume dan cover letter yang dihantar oleh calon. Ini dapat membantu pegawai HR atau perekrut merancang struktur soalan yang ingin ditanya kepada calon semasa sesi interview.

  1. Beri Tarikh Kepada Calon

Selepas semua persediaan telah dibuat pegawai HR atau perekrut perlu memberi tarikh interview kepada calon untuk hadirkan diri. Di sini penting untuk pegawai HR atau perekrut memilih tarikh yang bersesuaian untuk kedua-dua pihak berjumpa.

Persediaan Selepas Melakukan Interview

Proses interview sebenarnya tidak berakhir selepas pekerja melangkah kaki keluar dari bilik temuduga. Bagi pihak pegawai HR atau perekrut proses interview ini sebenarnya berterusan sehingga calon itu diambil bekerja dengan syarikat.

Jadinya penting untuk pegawai HR atau perekrut ambil maklum beberapa langkah selepas melakukan interview di bawah. 

  1. Kaji Semula Jawapan Calon

Sebaik tamat interview pegawai HR atau perekrut dinasihatkan untuk mengkaji semula jawapan-jawapan yang diberikan oleh calon. Cuba kenal pasti adakah jawapan yang diberikan calon itu menjawab persoalan atau sekadar menjawab semata-mata.

  1. Lihat Kelayakan dan Permintaan Gaji 

Jika pegawai HR atau perekrut berpuas hati dengan jawapan yang diberikan calon semasa interview, kini tiba masa untuk melihat kelayakan dan pertimbangkan permintaan gaji yang diminta. Selalunya soalan gaji akan ditanya bagi kenal pasti permintaan calon.

  1. Nilai Kesesuian Calon Dengan Syarikat

Perkara yang paling penting dalam proses interview ini adalah untuk lihat jika calon pekerja itu sesuai untuk bekerja dengan syarikat atau tidak. Kebanyakan kes syarikat hanya ambil saja pekerja tanpa menilai kesesuaian mereka dengan visi dan misi yang dimahukan.

  1. Maklum Keputusan Kepada Syarikat

Apabila semua penilaian telah dibuat pegawai HR atau perekrut perlu memaklum keputusan interview yang dilakukan kepada majikan. Tidak kira sama ada majikan berikan kuasa sepenuhnya kepada pegawai HR atau perekrut membuat keputusan, ia masih perlu dilaporkan.

  1. Hantar Follow-Up Email

Untuk menutup proses interview bagi pegawai HR atau perekrut, hantarkan follow-up email kepada calon untuk memaklumkan sama ada mereka dipilih atau tidak. Sebuah interview yang efektif akan memaklum keputusan kepada calon walau apa jua keadaannya.

Interview Dan Uruskan Pekerja Jadi Lebih Mudah Dengan MySyarikat!

Berdasarkan apa yang dibentang di atas proses interview ini sebenarnya memakan masa yang panjang dan menelan kos besar. Oleh itu penting untuk pegawai HR atau perekrut memiliki kebolehan untuk melakukan interview yang bekesan dan efektif.

Cara paling mudah untuk mengukur jika sesebuah interview itu berkesan dan efektif adalah dengan melihat prestasi pekerja yang di bawa masuk. Pekerja yang berkualiti adalah mereka yang berjaya membantu syarikat dari pelbagai aspek.

Jadinya sebagai pegawai HR atau perekrut anda perlu memiliki kebolehan melakukan interview yang betul dalam mencari bakat-bakat berkualiti untuk syarikat. Segalanya bergantung kepada persediaan rapi sebelum dan selepas interview untuk mencari pekerja yang sesuai.

Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju. 

Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Tips HR

Tips Urus Pekerja Introvert

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024

One Comment

Leave a Reply