Skip to main content

Hari Raya Haji, juga dikenali sebagai Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban, merupakan salah satu cuti umum penting dalam kalendar Islam di Malaysia. Disambut dengan ibadah korban dan ziarah keluarga, ia adalah hari kelepasan yang diwartakan secara rasmi.

Namun, bagi sesetengah kita mungkin perlu bertugas pada hari tersebut. Jadi, penting untuk memahami cara pengiraan bayaran overtime Hari Raya Haji, agar hak anda sentiasa dilindungi dan majikan pula tidak tersilap langkah dari segi pematuhan undang-undang.

Adakah Hari Raya Haji Merupakan Cuti Umum?

Hari Raya Haji adalah cuti umum yang diiktiraf secara rasmi di Malaysia melalui Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369). Oleh itu, semua pekerja yang layak berhak menerima cuti bergaji pada tarikh tersebut.

Untuk tahun 2025, Hari Raya Haji jatuh pada 7 Jun 2025 (Sabtu).

Perbezaan Tempoh Cuti Mengikut Negeri

Cuti Hari Raya Haji berbeza dari segi tempoh bergantung kepada negeri:

  • 1 Hari Cuti: Kebanyakan negeri hanya memberikan cuti pada hari pertama Hari Raya Haji.
  • 2–3 Hari Cuti: Negeri seperti Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu memberikan cuti tambahan sehingga dua atau tiga hari.

Ini memberi kesan kepada keperluan kehadiran kerja dan perancangan cuti tahunan pekerja. Sekiranya pekerja perlu bertugas pada hari yang tidak diwartakan sebagai cuti umum di negeri mereka, mereka mungkin perlu memohon cuti tahunan, bergantung kepada kontrak pekerjaan dan polisi syarikat.

Hak Pekerja Jika Diminta Bekerja pada Hari Raya Haji

Jika pekerja diminta bekerja pada cuti umum Malaysia, mereka mempunyai hak-hak yang dijamin oleh undang-undang:

  • Cuti Bergaji: Pekerja berhak menerima gaji penuh walaupun tidak hadir bekerja.
  • Jika Tidak Tersenarai dalam Cuti Syarikat: Pekerja perlu semak kontrak kerja masing-masing. Jika Hari Raya Haji bukan cuti rasmi syarikat, permohonan cuti tahunan mungkin diperlukan.
  • Dilindungi di Bawah Akta Kerja 1955: Majikan wajib mematuhi peruntukan Akta Kerja 1955 (pindaan terkini) yang menetapkan kadar bayaran lebih masa pada hari cuti umum.

Kadar Bayaran Overtime (OT) pada Hari Raya Haji

Pekerja yang bekerja pada Hari Raya Haji layak menerima bayaran overtime tiga kali ganda kadar gaji sejam, seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kerja. Ini adalah tambahan kepada gaji bulanan dan bukan ganti kepada cuti.

Formula Kiraan Overtime

Bayaran OT = Gaji Bulanan ÷ 26 ÷ Jam Sehari × 3 × Jam OT

Kenapa kena bahagi 26? Dalam konteks undang-undang buruh, 26 hari digunakan kerana ia mewakili purata hari bekerja dalam sebulan, setelah ditolak hari rehat mingguan.

Contoh Pengiraan Overtime Pada Hari Raya Haji

  • Gaji bulanan: RM2,500
  • Jam bekerja sehari: 8 jam
  • Jumlah kerja lebih masa: 3 jam

Langkah 1: Kira Gaji Sejam

RM2,500 ÷ 26 ÷ 8 = RM12.01

Langkah 2: Kira Bayaran OT

RM12.01 × 3 (kadar cuti umum) × 3 jam OT = RM108.09

Jadi, jumlah bayaran OT Hari Raya Haji adalah RM108.09 untuk 3 jam kerja lebih masa, di samping gaji bulanan biasa anda.

Baca juga: Cara Kira OT Gaji Basic RM1,700 Sehingga RM4,000

Walaupun pekerja mungkin bersetuju untuk bekerja lebih masa pada cuti umum, perlu diingat bahawa undang-undang mengehadkan jumlah jam kerja lebih masa kepada 104 jam sebulan.

Majikan tidak boleh memaksa pekerja melebihi had ini, dan semua kerja lebih masa perlu dilakukan secara sukarela dan direkodkan dengan betul.

Kesimpulannya, hari Raya Haji merupakan hari cuti umum dan pekerja layak dapat bayaran overtime apabila diminta bekerja pada hari tersebut. Sebagai pekerja anda wajib tahu hak supaya tidak ditindas sementara majikan juga perlu tahu cara pengiraan bayaran overtime yang betul supaya pembayaran dibuat secara adil.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply