Apabila kemalangan berlaku di tempat kerja penting untuk megikuti proses melaporakannya dengan betul dan sepantas mungkin. Hal ini kerana telah menjadi tanggungjawab semua lebih-lebih lagi majikan bagi melindungi pekerja dan perniagaan yang dijalankan.
Disebabkan itu penting untuk mempunyai prosedur betul terutamanya berkaitan cara melaporkan sebarang kemalangan yang terjadi di tempat kerja. Mengetahui bila dan bagaimana melaporkan kemalangan di tempat kerja serta cara melaksanakannya adalah perkara yang akan dibincangkan dalam artikel ini.
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja & Insitusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan
Sebelum mempelajari cara membuat laporan, penting untuk kita tahu di mana tempat laporan tersebut boleh dibuat. Terdapat satu entiti yang mengawal selia serta satu rang perundangan yang menjaga hak keselamatan dan kesihatan pekerja di Malaysia.
Pertama sekali kita perlu kenali rang perundangan yang mengawal selia keselamatan dan kesihatan pekerja iaitu Akta Keselamantan dan Kesihatan Pekerjaan 1944 atau Occupational Safety and Health Act 1994.
Akta ini diperkenalkan untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja di Malaysia termasuk melindungi individi lain daripada risiko yang boleh tercetus di tempat kerja. Mudah kata ia kawal selia peraturan keselamatan di tempat kerja.
Ketika digazetkan pada Februari 1994 ia memfokuskan kepada peraturan yang mewajibkan majikan untuk menjaga keselamatan pekerja dari kemalangan yang berpunca daripada pengurusan keselamatan dan kesihatan yang lemah di tempat kerja.
Kemudian ia diperkemaskan dan diperhalusi dengan mengabungkan Akta Kilang dan Jentera 1967 atau Factories and Machinery Act 1967 yang memberi fokus untuk melindungi pekerja-pekerja kilangan dari sebarang kemalangan yang berpunca darinya.
Kedua adalah Insttitusi Keselamatan dan Kesihatan Kebangsaan atau National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH). Badan ini yang mengawal selia perundangan keselamatan dan kesihatan negara.
Ia perperanan dalam menjalankan penyelidikan dan membuat sebarang cadangan untuk pencegahan kecederaan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. Terdapat tiga matlamat utama NIOSH ini iaitu penyelidikan, memperbaiki dan meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Mudah kata jika berlaku sebarang kemalangan di tempat kerja, anda perlu membuat laporan dan maklumkan kepada NIOSH.
Bilakah Perlu Laporan Kemalangan di Tempat Kerja?
Sebenarnya, jika berlaku kemalangan di tempat kerja adalah dinasihatkan untuk segera atau tidak lebih 24 jam membuat laporan ke NIOSH. Tanpa mengira sama ada kemalangan tersebut membawa maut (fatal) ataupun ancaman (hazard).
Digalakan juga untuk majikan memberi latihan kepada pekerja untuk membuat laporan kemalangan secepat mungkin selepas berlakunya kemalangan di tempat kerja. Hal ini kerana tindakan tersebut boleh memberi masa kepada NIOSH menyiasat dan menyediakan bantuan diperlukan.
Bagaimana Cara Laporan Kemalangan di Tempat Kerja?
Penting untuk memasukkan sebanyak mungkin maklumat mengenai suatu kemalangan yang berlaku dalam membuat laporan ke NOISH. Jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, ia akan menyukarkan pegawai untuk membuat penyelidikan punca kemalangan. Antara maklumat yang perlu disertakan dalam laporan tersebut adalah,
- Tarikh dan masa kejadian
- Nama sakti yang membuat laporan
- Penerangan terperinci berkaitan kejadian
- Nama-nama pihak yang terlibat
- Pernyataan sakti lain atau maklumat penting lain
- Hasil kejadian
Dalam membuat laporan penting untuk mengikuti langkah-langkah yang betul. Untuk artikel ini hanya ringkasan sahaja diberikan dan rujukan lengkap adalah dinasihatkan untuk layari laman rasmi NIOSH bagi mengelak sebarang kekeliruan.
- Kumpulkan semua bukti dan fakta kejadian
Dapat semua bukti dan fakta-fakta kejadian kemalangan yang berlaku. Ini termasuk nama di pelapor, tarikh, masa, tempat, punya kejadian dan fakta-fakta kemalangan. Pastikan semuanya direkod dengan baik untuk memudahkan penyiasatan dibuat oleh pegawai NIOSH.
- Terangkan kejadian dengan lengkap
Ambil masa untuk beritahu punca kejadian selengkap-lengkapnya. Daripada keterangan semua saksi kejadian sehingga mereka yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku. Ini akan dapat membantu dalam mengesan punca kejadian dengan lebih pantas.
- Analisis segala maklumat kejadian
Setelah menerangkan kejadian yang berlaku analisa semua maklumat dari sebelum, semasa dan selepas kejadian. Pertimbangkan untuk menganalisis aspek kejadian untuk mengenal pasti semua fakto yang boleh menyumbang kepada kemalangan.
- Nyatakan kemalangan, kecederaan yang berlaku
Jika berlaku kecederaan sama ada meragut jiwa atau tidak penting untuk melaporkannya sekali. Sekiranya ada pekerja yang mengalami kecederaan fizikal, berikan perincian mengenai kecederaan tersebut dan rawatan yang diterima.
- Hantar laporan ke NIOSH
Akhir sekali adalah untuk mengemukakan laporan kemalangan tersebut ke saluran yang betul seperti NIOSH. Bersedia untuk menjawab segala soalan yang bakal ditanya oleh pegawai berkaitan kejadian kemalangan untuk memudahkan urusan.
Mari Kami Bantu Tingkatkan Pengalaman Kerja Syarikat Anda Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, jika berlaku kemalangan di tempat kerja laporkannya secepat mungkin. Jangan biarkan ia terabai kerana kegagalan majikan untuk mematuhi penetapan keselamatan dan kesihatan yang digariskan boleh dikena denda atau penjara.
Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengalaman bekerja yang kurang best dan tidak efisien?
Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Dari pengurusan gaji, pengurusan cuti dan claim, pengurusan kehadiran sehingga pengurusan prestasi semuanya dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang! Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!