Skip to main content

Gaji minimum bukan sekadar sejumlah wang yang dibayar majikan setiap bulan, tetapi ia adalah satu dasar ekonomi yang mencerminkan nilai dan perkembangan ekonomi bagi sesebuah negara.

Realitinya, perlaksanaan gaji minimum ini memainkan peranan besar dalam membantu pekerja memenuhi keperluan asas kehidupan dan memastikan majikan kekal berdaya saing dalam pasaran ekonomi semasa.

Namun, masih ramai yang tertanya-tanya tentang bagaimana cara pelaksanaan kadar gaji minimum negara dapat dijalankan secara adil. Artikel ini akan menerangkan tentang cara pelaksanaan kadar gaji minimum secara mendalam untuk kefahaman majikan dan pekerja.

Sejarah Gaji Minimum di Malaysia

Malaysia mula melaksanakan dasar gaji minimum secara rasmi pada tahun 2013. Ia menjadi langkah penting dalam memperkukuh kebajikan pekerja dan merapatkan jurang pendapatan antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi.

Tujuan pelaksanaan dasar ini merangkumi,

  • Memenuhi keperluan asas pekerja dan keluarga mereka, termasuk makanan, perumahan, pendidikan dan kesihatan.
  • Melindungi daripada eksploitasi, khususnya dalam sektor pekerjaan bergaji rendah.
  • Merangsang produktiviti dan pelaburan teknologi, dengan mendorong majikan mengoptimumkan penggunaan tenaga kerja dan meningkatkan kecekapan.

Seiring perubahan ekonomi global, pendekatan ini juga bertujuan memastikan negara kekal kompetitif dengan memberi insentif kepada majikan untuk meningkatkan produktiviti dan melabur dalam teknologi.

Siapa yang Menentukan Kadar Gaji Minimum?

Penetapan kadar gaji minimum dilakukan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732). Majlis ini terdiri daripada wakil kerajaan, majikan, pekerja serta pakar yang dilantik.

Fungsi Majlis Perundingan Gaji Negara adalah untuk,

  • Menilai semula kadar secara berkala.
  • Melaksanakan perundingan dengan pihak berkepentingan.
  • Mencadangkan kadar baharu berdasarkan situasi ekonomi semasa.

Penting: Akta 732 menjadi asas kepada sistem akta gaji minimum di Malaysia, yang memastikan proses ini dijalankan secara telus dan adil.

Kadar Gaji Minimum Terkini (2025)

Bermula 1 Februari 2025, kerajaan Malaysia akan melaksanakan kadar gaji minimum baharu iaitu RM1,700 sebulan. Ia merupakan kenaikan daripada kadar sebelumnya sebanyak RM1,500.

Tarikh Kuat Kuasa dan Kategori Majikan

Tarikh Kuat KuasaMajikan TerlibatKadar Minimum
1 Februari 2025Majikan dengan 5 orang atau lebih pekerja dalam sebuah syarikat RM1,700 sebulan
1 Ogos 2025Semua majikan, termasuk majikan dengan kurang daripada 5 orang pekerjaRM1,700 sebulan

Pekerja yang Terlibat dan Dikecualikan

  • Terlibat: Semua pekerja sektor swasta, termasuk pekerja bukan warganegara.
  • Dikecualikan: Pekerja domestik dan mereka yang menjalani kontrak perantisan (tetapi bermula 1 Ogos 2025 perantis layak menerima bayaran gaji minimum).

Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menambah baik pendapatan gaji minimum pekerja swasta serta menyesuaikan kadar dengan realiti ekonomi semasa.

Langkah-Langkah Pelaksanaan Gaji Minimum

Berdasarkan brosure Perintah Gaji Minimum 2024 yang dikeluarkan, cadangan perlaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan adalah seperti berikut:

Sumber dari Kementerian Sumber Manusia

Bagi pekerja yang tiada gaji pokok tetapi dibayar mengikut upah ikut kerja (piece-rate), berat tan (tonnage), tugasan (task), perjalanan (trip) atau komisen, gajinya hendaklah tidak kurang daripada kadar gaji minimum bulanan iaitu RM1,700 sebulan.

Kesalahan dan Penalti Atas Kegagalan Pematuhan

Suka diingatkan bahawa perlaksanaan gaji minimum ini adalah wajib. Majikan yang mencukupi syarikat dan bermula 1 Ogos 2025 nanti perlu melaksanakan gaji minimum mengikut penetapan yang telah digazetkan.

Jika majikan gagal untuk melaksanakan gaji minimum boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

  • Seksyen 43: Bagi kesalahan pertama, hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap seorang pekerja;
  • Seksyen 44: Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar perbezaan gaji pokok termasuk sebarang tunggakan gaji pokok dan bayaran-bayaran lain;
  • Seksyen 45: Bagi kesalahan-kesalahan yang tidak dinyatakan dalam Akta, majikan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000;
  • Seksyen 46: Bagi kesalahan berterusan, majikan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 sehari; dan
  • Seksyen 47: Bagi kesalahan berulang, majikan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun.

Baca juga: Kesan Gaji Minimum RM1,700 Kepada Majikan & Pekerja

Kesimpulannya, memahami cara pelaksanaan kadar gaji minimum adalah penting bagi memastikan kesejahteraan kedua-dua pihak. Pematuhan bukan sahaja mencerminkan integriti korporat, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.

Dasar gaji minimum adalah lebih daripada sekadar peraturan, ia adalah asas kepada ekonomi yang adil dan progresif!

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply