Rata-rata daripada kita memiliki akaun dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pembukaan akaun ini adalah wajib kepada semua pekerja kerana caruman daripada gaji bulanan akan dibuat setiap bulan untuk dimasukan ke dalam simpanan anda.
Bagi yang sudah membukanya bagus, anda bakal menerima persaraan yang selesa kelak! Tapi tahukah bahawa anda apabila membuka akaun dengan KWSP, simpanan tersebut adalah dalam bentuk konvensional?
Bagi yang beragama Islam tentunya anda dinasihatkan untuk menukar ke Simpanan Shariah, jadi artikel ini akan menerangkan kepada anda cara menukar simpanan konvensional kepada Simpanan Shariah KWSP.
Apa Itu Akaun Simpanan Shariah KWSP?
Simpanan Shariah KWSP adalah salah satu pilihan simpanan yang diperkenalkan KWSP sejak tahun 2017 lagi. Tujuan pilihan simpanan ini diperkenalkan adalah untuk memastikan ahli KWSP beragama Islam dapat menguruskan dan melaburkan simpanan yang mengikut prinsip syariah.
Simpanan Shariah KWSP ini juga telah dikawal selia dan ditetapkan bawah Seksyen 43A, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 yang akan memastikan simpanan pada akaun ini diuruskan atas syariah yang ditetapkan.
Antara tujuan lain Simpanan Shariah KWSP diperkenalkan adalah,
- Bantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diurus secara patuh syarikat bagi kegunaan ahli dan keluarga untuk tujuan menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan aray was-was.
- Dapat mengelak daripada simpanan ahli digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak seperti riba (faedah), masyir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian) apabila melabur.
- Berikan bantuan kepada ahli (sekirannya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.
Ahli yang bukan beragama Islam boleh ke simpan dalam Simpanan Shariah?
Tentunya BOLEH. Hal ini kerana Simpanan Shariah ini berfungsi sama seperti Simpanan Konvensional, cuma pelaburan yang dibuat hanya bertumpu kepada pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
Perbezaan Simpanan Shariah KWSP dan Simpanan Konvensional KWSP
Secara asasnya tiadak perbezaan fungsi di antara Simpanan Shariah KWSP dan Simpanan Konvensional KWSP, cuma cara wang tersebut dilaburkan sahaja yang menjadi penentu. Apabila anda membuka akaun KWSP buat kali pertama ia adalah dalam bentuk Simpanan Konvensional, dan anda boleh menukarnya ke Simpanan Shariah kelak.
Mungkin perbezaan ketara di antara Simpanan Shariah KWSP dan Simpanan Konvensional KWSP ini adalah pada kadar dividen yang diterima. Untuk kadar dividen Simpanan Shariah, ia adalah berdasarkan prestasi pelaburan patuh syariah sementara kadar dividen Simpanan Konvensional adalah tertakluk pada kadar minimum 2.5%.
Tetapi berdasarkan laporan kadar dividen KWSP tahun lalu, perbezaan di antara kadar dividen Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional dilihat makin mengecil dengan rekod kadar dividen tahun 2023 menyaksikan Konvensional pada 5.5% sementara Shariah adalah 5.4%.
Syarat dan Cara Menukar Ke Simpanan Shariah KWSP
Jika anda mencari keberkatan dalam sumber kewangan anda ataupun ingin menyelaraskan simpanan dengan prinsip kewangan Islam, Simpanan Shariah KWSP adalah pilihan terbaik!
Malah, syarat untuk menukar ke Simpanan Shariah KWSP bukan sahaja terbuka kepada mereka yang beragama Islam sahaja tetapi untuk semua bangsa tanpa mengira warganegara atau bukan warganegara Malaysia yang sudah menjadi ahli KWSP.
Untuk proses menukar ke Simpanan Shariah anda boleh melakukannya menerusi pejabat KWSP dengan membawa MyKad (untuk warganegara Malaysia) atau passport (untuk bukan warganegara Malaysia).
Selain itu, anda juga boleh menukar ke Simpanan Shariah secara atas talian (online) melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Di sini anda hanya perlu klik pada Profil dalam aplikasi pilih Butiran Akaun. Seterusnya ikuti langkah-langkah pendaftaran. Dapatkan pengesahan TAC dan selesai!
Suka diingatkan sekali lagi pekerja yang beragama Islam digalakan untuk menukar ke Simpanan Shariah dengan segera demi memastikan pelaburan yang dibuat pada simpanan tersebut mengikuti prinsip syariah dan dividen yang diterima bersih dari sebarang unsur pelaburan haram.
Automasikan Pembayaran Caruman dan Gaji Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pengurusan gaji pekerja secara efisien? Atau sering berdepan masalah membayar caruman secara automatik? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan gaji pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Payroll MySyarikat yang direka untuk membantu proses pengiraan, agihan, pembayaran dan selaraskan caruman secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!