Skip to main content

Memiliki pekerja berkualiti dan serba boleh sangat sukar. Hal ini kerana untuk mengukur seorang pekerja cemerlang bukan hanya pada kemahiran teknikal semata-mata, tetapi meliputi banyak aspek seperti sikap (attitude) dan kemahiran komunikasi (soft skill).

Oleh itu, kebanyankan majikan kini tidak hanya mencari calon yang ‘boleh buat kerja’ sahaja, tetapi seorang yang mampu berfikir kritikal, beekrja dalam pasukan, dan bersedia untuk belajar kemahiran baru atau pantas beradaptasi.

Artikel kali ini akan menerangkan ciri-ciri pekerja cemerlang untuk membantu pekerja berubah menjadi sebuah aset bernilai kepada syarikat, dan membantu majikan mengenal pasti kualiti yang dicari dalam mengambil calon pekerja.

Bagaimana Untuk Tentukan Seorang Pekerja Cemerlang?

Pekerja cemerlang merujuk kepada individu yang bukan sahaja melaksanakan tugasan mereka dengan penuh tanggungjawab dan komitmen, tetapi juga menyumbang secara aktif kepada kejayaan dan kehadiran sosial (social presence) di tempat kerja.

Dalam dunia pekerjaan semasa, seorang pekerja yang memiliki set kemahiran dan sikap yang menyeluruh akan dianggap sebagai aset strategik yang tinggi nilainya. Maka, tidak hairan mengapa permintaan terhadap pekerja berkualiti semakin meningkat dalam pasaran.

10 Kualiti Pekerja Perlu Ada Untuk Jadi Pekerja Cemerlang

  1. Kesungguhan dan Usaha Konsisten
  • Kesungguhan adalah asas kepada kejayaan. Seorang pekerja cemerlang akan sentiasa tonjolkan usaha konsisten dan komitmen yang tinggi dalam menyiapkan tugasan diberi tepat pada masanya.
  1. Kemahiran Komunikasi Efektif
  • Komunikasi dua hala yang jelas sangat penting dalam menyokong kerjasama pasukan. Komunikasi berkesan membolehkan setiap ahli memahami peranan mereka, menyumbang idea, dan mengelakkan konflik.
  1. Kecekapan dan Ketepatan dalam Melaksanakan Tugas
  • Keupayaan untuk menyelesaikan tugas dengan cekap dan tepat menjadikan pekerja lebih dipercayai. Penguasaan kemahiran teknikal dan sistem kerja memastikan hasil kerja yang berkualiti tinggi. 
  1. Sikap Positif dan Profesionalisme
  • Sikap profesional mencerminkan disiplin, tanggungjawab, dan etika kerja tinggi. Pekerja yang sentiasa positif bukan sahaja membina reputasi diri, tetapi turut mewujudkan budaya kerja yang lebih harmoni dan produktif.
  1. Komitmen dan Semangat Tinggi
  • Semangat kerja yang tinggi membezakan pekerja yang ‘datang kerja’ dengan pekerja yang benar-benar memberi impak. Mereka melihat tugas sebagai satu ibadah dan komited untuk menyumbang sepenuhnya, bukan sekadar mencari pendapatan.
  1. Penampilan dan Perwatakan Positif
  • Penampilan profesional membentuk persepsi pertama yang penting dalam dunia kerja. Di samping berpakaian kemas, pekerja cemerlang juga menjaga adab, komunikasi, dan menjauhi tingkah laku negatif seperti mengumpat atau mencetuskan sabotaj.
  1. Kebolehan Bekerja Secara Berpasukan
  • Kecekapan dalam kerja berpasukan membolehkan pekerja menyumbang kepada keharmonian dan kejayaan organisasi. Mereka tahu bagaimana menyesuaikan diri, menyelesaikan konflik dan meletakkan kepentingan pasukan melebihi agenda peribadi.
  1. Kemahiran Digital dan Pembelajaran Berterusan
  • Dalam era digital, kemahiran digital menjadi prasyarat penting. Pekerja yang cemerlang sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu dan komited terhadap pembelajaran berterusan, memastikan mereka kekal relevan dan kompetitif.
  1. Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
  • Kemahiran berfikir secara strategik dan mencari penyelesaian masalah secara inovatif membolehkan pekerja menghadapi cabaran kerja dengan yakin. Dalam persekitaran kerja dinamik, ini adalah antara kemahiran paling dicari oleh majikan.
  1. Membentuk Diri Sebagai Pekerja Cemerlang
  • Pemikiran kritikal menjadi komponen penting dalam membezakan pekerja cemerlang. Keupayaan untuk menganalisis situasi, mengenal pasti masalah, dan membuat keputusan yang tepat adalah kualiti yang amat dihargai.

Tanggungjawab Majikan Dalam Memupuk Pekerja Cemerlang

Sebagai seorang majikan, anda bertanggungjawab dalam memupuk dan mencipta seorang pekerja cemerlang. Hal ini kerana pekerja merupakan aset jangka panjang yang bernilai untuk syarikat, jadi telah menjadi tanggungjawab majikan untuk membantu pembangunan pekerja.

Anda boleh membantu pembangunan pekerja anda dengan menghantar mereka ke kursus latihan pembangunan yang diiktiraf oleh HRD Corp seperti di MySyarikat Academy.

Terdapat pelbagai latihan yang direka khas untuk membantu pembangunan pekerja, dan yang pasti ia mendapat kelulusan dan pengiktirafan oleh HRD Corp. Selain itu, anda juga boleh menggunakan dana HRDC untuk membayar kos menghadiri kursus di MySyarikat Academy.

Baca juga: Cara Jadi MajikanTerbaik Pilihan Pekerja

Kesimpulannya, anda mungkin sudah ada ciri-ciri pekerja cemerlang seperti yang dinyatakan di atas. Hanya perlu diasah dan dipupuk dengan latihan yang betul untuk membantu anda mencapai tahap yang diinginkan.

Akhir kata jadilah individu yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, tetapi juga membawa nilai, inspirasi dan perbezaan di tempat kerja kerana itulah sebenar-benarnya definisi seorang pekerja cemerlang.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply